Aktiviti PKP 3.0 Di Rumah : Hias Laman Porch Dengan Artificial Grass Carpet

 As Salam.

Aktiviti PKP 3.0 Di Rumah : Hias Laman Porch Dengan Artificial Grass Carpet-Dah lama saya berkenan nak pasang Grass Carpet ni kat laman porch saya.Tapi itulah, lama sangat bertangguh.Tahu-tahu dah masuk PKP 3.0. Finally, alhamdulillah.Dapat juga saya realisasikan impian saya nak bagi lawa sikit garden kecik saya ni. Biaq pi la kalau korang tengok, pokok-pokok yang ada tak banyak mana, tapi depa nilah yang selalu buat saya happy dan lapang dada lepas seharian berPDPR dengan anak-anak secara online.

Memang puas hati dengan carpet grass ni sebab lebar dan panjang dia ngam dengan saiz tepi wall porch saya ni.En suami park kereta dia dalam porch, kira saya berkongsi ruang dengan kete dia yang memang sah makan ruang.

Pokok Keladi ni memang senang tumbuh dan membiak. Siram air cukup dan bagi tanah dia sentiasa lembap, subur dan membiaklah dia dengan jayanya.

Mesti korang nak tahu, kat mana saya beli Carpet Grass ni kan.Of Courselah Shopee mari.haha.Time PKP ni mana lagi tempat yang kita boleh pi selain shopee kan.ahaks. 

Kalau korang pun ada plan nak upgrade laman rumah korang khasnya yang dok kawasan ala taman macam saya ni, boleh survey seller ni.Memang puas hati dengan kualiti grass artificial depa ni.

Ketebalan artificial grass yang saya beli ini dalam 25mm, memang sangat selesa dipijak dan rumputnya berasa lembut ditapak kaki.Kalau setakat anak-anak nak main kat ruang ini atau anak bulus nak lepak-lepak pun boleh.heh.

Saya beli dalam 4 roller.Dari segi penghantaran dan bungkusan juga sangat memuaskan.Eh, saya bukan promote sebagai sponsored post tau, takde maknanya.Saya just kongsi barang baik dengan korang je.:)

Sebenarnya saya ada plan tambahan lagi untuk ruang porch saya ni.Tapi itulah.Dah kita berkongsi kawasan ciput je, saya plan nak susun batu-batu kecil warna putih.Kemudian akan letak dua set kerusi dan meja warna putih atau warna batu bata atau warna serupa pasu yang kaler oren tu.Okey dak?

Inilah antara sebab saya nak pasang grass carpet kat porch.Nak bagi anak-anak bulus kat rumah ni happy, boleh lepak dan main-main kat situ.Tapi tak semua anak bulus yang suka lepak kat carpet ni, depa macam geli ke apa..entahlah..haha.Yang depa seronok dok panjat pasu pokok-pokok saya.adoilah..

Sekarang ni, ada 5 ekor yang tengah dok aktif main pagi petang siang malam.Depa nilah yang selalu main carpet dalam rumah.Yang heran, carpet rumput ni sikitpun depa tak mau usik.Kenapa ya? Siapa tahu sebabnya?

Okeylah. Setakat ini, saya memang takde masalah selepas pemasangan carpet grass ni.Siram pokok tetap macam biasa.Anak-anak bulus ni pun takdelah nak membuang ke apa ke kat sini.Depa memang dah well train membuang kat pasir khas yang dah disediakan kat sangkar.

Selang dua tiga hari, adalah saya sapu sikit-sikit atas grass carpet ni.Sebab kadang-kadang ada daun-daun atau rumput terbang masuk ke laman porch saya.Maklumlah, jenis pagar rumah yang open.Bukan hok jenis pagar bertutup rapat.

So, kalau korang interested atau ada plan nak pasang grass carpet sama ada kat balcony, backyard atau porch, bolehlah teruskan plan tu.Memang nampak lebih kemas, lawa dan menyejukkan pandangan mata kita lah.

Thanks sudi baca post kali ini sampai habis,Kalau suka dan ada idea lebih best untuk saya apply kat porch saya ni, bolehlah kongsi kat ruangan komen ya.Tq in advance!.


Post a Comment

2 Comments

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!