Pengalaman Terima Suntikan Vaksin Sinovac Lengkap 2 Dose di UCSI Hospital University, Port Dickson

 As Salam,

Pengalaman Terima Suntikan Vaksin Sinovac Lengkap 2 Dose di UCSI Hospital University, Port Dickson-Alhamdulillah.Dah lengkap dua dose suntikan vaksin saya terima sejak seminggu lepas.Entri ini asalnya saya nak kongsi masa kali pertama terima vaksin, tapi masa tu apa yang saya dah taip, terdelete masa saya nak edit di phone.Terus mood ke laut, sudahnya hari ini baru saya dapat naik semula ke dataran.adehh.Teruk benar moodnya hilang eh.

Ini pic selepas pertama kali terima vaksin Sinovac. Alhamdulillah, kami tidak mengalami sebarang simptom yang serius selepas mendapat suntikan ini melainkan rasa mengantuk yang amat sangat. Urusan kami selesai dalam tengahari, lepas Zuhur, dua-dua tumbang macam kena ubat tido gamaknya.hihi.

Dengan ada sijil ni, kira valid dahlah ya untuk rentas negeri balik kampung tanam jagung..eh..laki bini excited cakap pasal boleh balik kampung, padahal anak kat umah lagi 5 ketoi tak di vaksin lagi.sabo je.

Masa tahu yang kami dipanggil untuk hadir appointment vaksin kali pertama, memang saya dan Encik Suami belum tahap mengharap sangat-sangat untuk dapat vaksin.Yelah, masa tu fikir, ramai lagi kot golongan warga emas yang belum dipanggil..eh..eh.. ke umur kite org ni dah kategori warga emas? kiki.bertabah dan sedar dirilah ya.


Encik Suami yang rajin check My Sejahtera.Petang tu, sambil tunggu turn nak mandi, dia bagitahu yang dia dah dapat appoinment untuk vaksin.Saya pun mintak check kan My Sejahtera saya di phone.Alhamdulillah, kami dapat appointment pada tarikh, tempat dan masa yang sama.Syukur.Kira jodohlah jugak ni kann.heh.

Memandangkan UCSI Hospital ni dekat je dengan rumah, dalam 5 minit gitu, berlenggang kangkung kami laki bini datang pi appoinment.Bayangkan, jam 9.30 pagi appointment, 9.15 baru start enjin kete nak pi hospital tu.Siap breakfast bihun goreng dengan teh tarik lagi kat rumah.Korang kalau dapat appoinment, jangan ikut cara kami laki bini ya, datang awal lagi bagus, at least untuk suntikan kali pertama supaya tak nervous atau panic sangat kalau kita lambat sampai.

Yeahh, jalan pun steady lagi sebab tengok tak crowded sangat kat entrance tu. Apapun masa ni, memang kami rasa sangat relax dan enjoy follow the flow je.Kena beratur, kami beratur..Sebab fikir, ini first time, tak payah overthinking yang bukan-bukan.Bukan depa nak vaksin kita dengan senapang, jarum halus je kot.ecehceh.

Nampak tu, tak nervous kan.mueheh.Encik Suami siap ambik shoot time kite orang tengah line up.Masa ni tak tahu lagi, nak kena pi mana atau buat apa.Yang tahu, kita beratur je, sampai kena turun naik tangga kat hospital tu.Rupanya beratur panjang camni untuk ke kaunter pandaftaran.But, masa suntikan vaksin kali kedua, laluan lagi smooth dan cepat.

Kaunter pendaftaran ni kalau kita datang untuk appoinment kali pertama.Jangan risau, korang tak akan tunggu lama pun kat sini sebab depa yang bertugas tu sukarelawan yang cekap dan tak tanya banyak pun.Depa just nak tengok IC kita, tanya serba sedikit jika kita ada sebarang penyakit, kalau dia ramah, dia tanya ko kerja apa n gaji berapa..err..yang tu den saja tambah buat penghias bicara.ciss.

Lepas kaunter pendaftaran, untuk vaksin kali pertama, kita diminta untuk sign surat kebenaran terima vaksin di Vaksin Consent kaunter.Kat sini sekali lagi kita ditanya jika ada sebarang penyakit atau alergik sebelum kita sign borang tu.Masa ni saya dah tahu, yang saya akan divaksin Sinovac.Lpeas dah setel sign borang, ambik nombor giliran untuk divaksin.Masa ni Encik Suami dah di vaksin sebab dia potong barisan..haha.. Masa kat kaunter tadi, urusan dia cepat sikit sebab tak kena tanya gaji berapa kan..kiki.

Orait, ini rupa lepas kena vaksin kali pertama.Kami tunggu depa dok ambik IC untuk buat kad appointment yang seterusnya.Masa ni dah rasa kebas dan sengal-sengal kat lengan yang kena cucuk tu.Tapi kite orang still okey.Alhamdulillah.

Apa yang boleh saya kongsikan kat sini, urusan pengambilan vaksin kali pertama di UCSI Hospital, memang sangat lancar dan ikut SOP.Korang memang akan kena ambik masa untuk tunggu turn.Tapi tempoh menunggu tu taklah lama sangat sampai korang boleh layan satu episod drama korea.Ha, cakap pasal layan drama, suka saya nak ingatkan, setiap proses kat sini, kejap-kejap depa akan mintak kita buka My Sejahtera, jadi korang kena make sure dari rumah bateri phone full, atau bawak power bank siap-siap. Bagi kaum wanita solehah dan  yang tak mahu nampak aurat time kita nak kena vaksin tu, wajib pakai baju yang longgar, selesa dan mudah nak buka bila nurse nak cucuk kat lengan.Ikut koranglah nak pakai fesyen baju apa, kalau pakai baju kelawar pun, but still tutup aurat dan rasa comfort, just carry on.gitu.

Masa appoinment suntikan vaksin kali kedua, kami disediakan tempat duduk dalam satu bilik khas.Depa akan panggil ikut masa temujanji kita.Masa ni bolehlah gossip-gossip dengan kawan sebelah.Kebetulan bersama saya pada hari tu, ada sorang rakan guru sama sekolah.Jadi memang sangat ngamlah.Banyak benda jugak kami sembang, sampai lupa datang situ nak kena vaksin.heh.

Nombor giliran untuk vaksin kali kedua. Masa ni nombor dekat-dekat dengan Encik Suami.Sampai ke sudah kad nombor ni terbawak balik rumah.Nampak nau excited sebab dah setel dua dose kan.Kesian pulak bila teringat depa dok cari kad nombor yang ini ghaibon.haha.Sorry deh..

Iya, saya tahu awak dah get ready nak dose kedua.Awak jangan macam-macam ya lepas ni.Takdenya doctor kata syarat kawin dua kena dapat dua dose vaksin. ciss.

Saya dengan geng cikgu satu sekolah sama-sama dapat vaksin kali kedua.Dia dengan suaminya juga.Kita org ni sebenarnya jarang sembang kat sekolah, tapi kalau dapat jumpa dan sembang, memang tak ingat benda lain.Macam setahun tak jumpa. Tapi dia ni antara geng yang sekapal jugak dengan saya.Sangat sporting dan bestlah!

Selepas terima vaksin kedua.Kali ini tak terasa sangat kebas atau sengal-sengal kat lengan. Simptom lepas dapat vaksin dose kedua ni juga hampir langsung takde melainkan rasa kebulur cam lapar sangat.haha.Yang ini ko tak ambik vaksin pun, kalau dah time lunch, memang harus rasa lapar kann.

Alhamdulillah, lengkap sudah dose kedua kami.Semoga Allah lindung kita semua dan dijauhi daripada segala penyakit akibat covid-19.aamin.Terima kasih mengikuti perkongsian ini hingga akhir:)

Sampai jumpa lagi :) InshaAllah..



Post a Comment

10 Comments

  1. Tanhian dah lemgkap 2 dos vaksinasi

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah dah dapat vaksin.Syu masih lagi menunggu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga dipercepatkan dan dipermudahkan urusan Syu dapat vaksin, abang dan dua org kakak saya juga belum divaksin, masih menunggu panggilan dose pertama..

      Delete
  3. Dah complete dose, sudah ada pelindung harap rentas negeri akan di beri kebenaran .0

    ReplyDelete
  4. Salam, alhamdulillah dah selesai ikhtiar.

    ReplyDelete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!