Selamat Tahun Baru 2022 : Please Be Kind To Me

 Assalamualaikum,

Dalam beberapa akaun media sosial yang saya miliki, saya sebenarnya banyak mengutip hal-hal baik dan berfaedah melalui akaun instagram.Tak tahu kenapa, tapi jiwa saya benar-benar selesa dengan fungsi yang ada pada instagram.Secara peribadi, saya tak suka mendapat banyak komen jika di facebook.Kalau boleh, saya nak turn off sahaja comment di situ.Tapi macam pelik pula bukan ?

Antara menu breakfast di tahun baru tempohari.Tapi bukanlah hari pertama di bulan Januari.
Yang tepatnya, breakfast yang disediakan di rumah pada awal Januari.Biasanya breakfast kat luar sahaja.

Homemade macaroni goreng.favourite anak-anak sebab takdak sayur.haih.

Cucur bawang homemade juga.Yang ini kalau buat kena rangup dan makan time panas.Depa tak layan kalau saya hidang cucur ni bila dah sejuk.macam-macam pulak anak beranak kat rumah ni.

Akaun Facebook dibina untuk kita bersosial dengan sahabat handai dan saudara mara di alam maya.Begitu juga kita berkenalan dengan kawan baru.Walau apapun, saya berharap, mana-mana perkongsian saya dalam media sosial ( yang sebenarnya tak aktif mana pun ) tetap dapat memberi manfaat kepada sesiapa yang berkawan dengan saya.InshaAllah.

Eh.Hampir lupa tujuan asal saya menulis dalam blog pada kali ini.haha.

Antara aktiviti di tahun baru juga.Encik Suami ajak balik kampung di Muo sebab nak raikan hari lahir abah Muo dan ajak makan-makan kat luar.Yang dengan saya ni Mak Muo saya:)

Antara suggestion saya kat Encik Suami, kalau lepas ni dia nak lepak-lepak dengan Mak dan Abah Muo, kita balik kampung hari, dan bawak mak abah jalan-jalan atau makan-makan kat luar.
Boleh sembang banyak-banyak.hehe.

Saya ingin merakamkan ucapan Selamat Tahun Baru 2022-kepada semua pembaca atau sesiapa sahaja yang mengenali saya.Begitulah "tua"nya saya. Sudah hari ke-24, baru saya berkesempatan menulis ucapan ini dalam blog.Rupanya jika kita tidak rancang hidup ini, kita akan rasa seolah-olah Allah juga tidak merancang apa-apa untuk kita.Ada tak sesiapa yang perasan hal ini ?

Tapi berbeza sangat bila kita mempunyai wishlist tahun baru, impian atau cita-cita yang ingin dicapai, maka automatik kita akan rasa Allah akan kabulkan banyak permintaan dan wishlist kita tu.Ada tak sesiapa yang rasa seperti yang saya fikirkan ini ?

Orait, hari ke-23 daripada 365 iaitu hari semalam, kami dikejutkan dengan berita yang sangat menyeramkan sesiapa sahaja sejak musim pandemik ni. Anak ketiga kami dimaklumkan positif Covid-19 selepas menjalani Ujian RTK Saliva iaitu bagi kemasukan ke UKKM di MRSM Gemencheh, Negeri Sembilan.

Sebaik dapat panggilan telefon Ustazah di sana, kami yang ketika itu baru sahaja meningalkan sekolah, sebab dimaklumkan ujian akan berakhir sekitar jam 1,  berpatah semula ke sekolah untuk ambil Mia ( anak ketiga kami ).

Allahuakbar.Bila lihat Mia sampai berair mata, saya pula yang sebak.Kami pun tak pasti bagaimana Mia boleh positif.Tanpa berlengah, si Ayah pun pergi mencari farmasi berhampiran. Anak beranak terus buat Ujian RTK Saliva dalam kereta!

Hasil ujian, saya dan Mia positif, si Ayah dan 3 anak yang lain negatif.Subhanallah.Syukurnya saya dan Encik Suami bukanlah jenis panic dan kelam kabut kalau berlaku hal-hal seperti ini.haha.kerek pulak bunyinya.Sebab masing-masing dalam kereta pun buat ujian tu relax dan cool je.

Dalam perjalanan balik ke rumah, terus sahaja saya hubungi rakan sekerja dan ahli keluarga di kampung supaya membuat ujian RTK di rumah.Alhamdulillah, setakat ini semuanya negatif.Risau saya jika ditakdirkan menjadi asbab kesukaran atau kesakitan bagi orang lain.haih.Nauzubillahhiminzalik.

Tatkala saya menaip blog ini, saya dan anak sudah menjalani hari kedua kuarantin.Kami diarahkan menjalani kuarantin sementara menunggu result PCR Test yang kami jalani semalam.

Sebelah pagi saya dan anak dah buat RTK Nasal dan resultnya negatif. Doktor yang merawat kami minta supaya buat juga PCR Test sebagai pengesahan.Harap semuanya dipermudahkan untuk saya dan keluarga.

Tahun baru dengan Ujian baru.Semoga Allah pimpin hati kami dengan iman, petunjuk dan hidayah.Semoga kesabaran dan keredhoan menjadi semangat kami.Sedikit kesukaran dan banyak kemudahan dalam ujian yang kami terima.

Semoga anda juga baik-baik sahaja ya!

Jaga diri semua :)

Post a Comment

5 Comments

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!