Assalamualaikum,
Alhamdulillah.Syukur sangat.Cuti sekolah, walaupun musim hujan di Nogoghi Sembilan, masih boleh buat apa yang saya sukai.hehe.Selain masak untuk Family, saya boleh tengok-tengok pokok yang saya tanam sejak PKP dulu.Pendek kata, tak bosan langsung walaupun saya dok kat rumah je.haha.
Ada ke mak-mak atau akak-akak dan adik-adik manis yang tengah blank nak buat part time apa sempena puasa dan raya nanti.Maklumlah, menjelang puasa dan raya, kita semua tahu perbelanjaan keluarga meningkat dua tiga kali ganda.Dengan anak sekolah, dengan persiapan raya.Bertabahlah semua.
Baru-baru ini, saya ada dapat perkongsian berkaitan Tips Berniaga Sandwich Lebih Mudah Dari Rumah Dengan Untung Lumayan-Serius.Suka betul saya dengan perkongsian ni.
Susah ke Buat Sandwich ni ?
Of courselah tak susah kan.Anak saya yang darjah lima pun dah pandai buat sandwich telur sendiri kat rumah. Bila saya baca perkongsian tu, fahamlah saya kenapa bisnes sandwich ni tumbuh bagai cendawan lepas hujan.Mungkin sebab-sebab berikut dapat membuka pintu hati akak-akak dan abang-abang semua untuk memulakan perniagaan sandwich hanya dari rumah:)
5 Sebab Menjual Roti Sandwich Lebih Mudah Dan Menguntungkan berbanding perniagaan lain.
1. Kos bahan mentah lebih murah dan mudah didapati dimana-mana pasaraya berhampiran rumah.
2. Kadar penyediaan sandwich jauh lebih menjimatkan masa berbanding membuat kek atau bahan masakan lain.Jadi ada banyak masa mengurus rumahtangga atau pekerjaan hakiki.
3.Kos bahan jualan seperti pembalut sandwich atau bekas sandwich boleh pilih dan pelbagai sama ada jual dalam kotak, wrapping atau kertas.
4.Sandwich boleh disediakan mengikut tempahan, tanpa risau jika ada yang membatalkan tempahan sebab sandwich jenis makanan alas perut atau ringan dan mudah jual bila-bila masa.
5.Penyediaan bahan sandwich sangat minima tidak perlu basuh pinggan atau perkakasan yang banyak, tidak perlu ruang dapur yang luas, tidak perlu tenaga kerja yang ramai.Semuanya amat mudah dan sangat menjimatkan.
Orait, apa lagi yang boleh saya katakan.Terserah kepada budi bicara akak-akak dan abang-abang semua.Jika anda ingin mendapatkan bahan bacaan yang saya telah perolehi ini, boleh saja klik link yang saya kongsikan untuk download ( bagi mendapatkan gambaran awal tentang bahan bacaan yang terbaik dan terlaris di pasaran ini ).
SILA KLIK : SAYA NAK DOWNLOAD PERCUMA
PRE BACAAN TIPS BERNIAGA SANDWICH
Apakah Kandungan e-Book Berniaga Sandwich Dengan Mudah ini ?
Untuk makluman awal, buku yang saya dapat perkongsian ini, telah berjaya membimbing dan memandu para suri rumah, anak gadis, dan sesiapa sahaja yang sedang mencari kerja part time yang menguntungkan dan mudah. Antara panduan dan tips yang lebih detail, yang akan tuan puan perolehi ialah seperti berikut :
- Resepi dan cara penyediaan sandwich
- Kisah kejayaan buat duit dengan sandwich
- Peralatan yang perlu ada untuk mulakan bisnes sandwich
- Tips dapatkan bahan mentah dengan harga murah
- Masa yang diambil dalam penyediaan sandwich
- Cara persembahan dan pembungkusan sandwich
- Cara susunan sandwich yang betul dalam kotak
- Pembungkusan akhir yang memukau
- Cara ambil gambar yang sesuai untuk sandwich
- Memilih nama yang sesuai untuk penjenamaan sandwich
- Cara pengiraan harga sandwich
- Langkah mula pemasaran sandwich
- Pantang larang ketika buat sandwich
- Cara jaga kebersihan ketika hasilkan sandwich
- Cara untuk rolling modal perniagaan sandwich
- Tips asingkan duit modal dengan duit untung
- Cara memastikan ketahanan bahan-bahan dan sandwich
- Cara pengurusan bahan-bahan
- Cara pemasaran dan menjual sandwich
- Strategi mudah tarik pelanggan bisnes sandwich
Orait, lebih baik kita imaginekan macam mana organise dan bersistemnya perniagaan kita kalau kita dapat input yang sangat berguna seperti dalam e-BOOK yang saya kongsikan ini.Manalah nak dapat sifu atau tenaga pengajar yang boleh bagi kita macam-macam teknik dan strategi dalam perniagaan sandwich ?
Kalau ada pun, pastilah bayaran hampir sekali atau dua kali ganda.Itu belum lagi kena attend kelas atau seminar.Kena pulak ambik cuti atau travel jika seminar perniagaan tu dibuat di luar daerah kan.Ah, pening kalau camni.
Jadi, banyak juga faedah dan kebaikan kalau kita just grab je peluang download e-BOOK BERNIAGA SANDWICH DENGAN SANGAT MUDAH DAN UNTUNG HANYA DARI RUMAH-
Jika tuan puan lebih suka berjimat dan tidak mahu menganggu kerja hakiki sedia ada, marilah sama-sama kita tambah ilmu, pelajari strategi yang tidak dikongsikan dimana-mana platform media sosial berkaitan perniagaan sandwich.
Jana Pendapatan Lumayan Dengan Berniaga Sandwich Dari Rumah
Betul ke berniaga sandwich boleh jana pendapatan sehingga empat angka sebulan? Yup, betul sangat tuan puan.Dah ramai peniaga sandwich yang jana pendapatan ribu-ribu sebulan dengan hanya berniaga sandwich.Depa sahaja kunci mulut sebab malas nak heboh.haha.
Boleh je tengok testimoni pembeli e-BOOK BERNIAGA SANDWICH DARI RUMAH-tentang kejayaan mereka menjana pendapatan lumayan dengan menjual sandwich.
Saya ni penggemar sandwich pelbagai flavour, saya boleh jangka pendapatan kasar peniaga sandwich ni dengan berdasarkan untung kasar yang mereka perolehi berbanding modal bahan mentah menyediakan sandwich. Anda pun boleh jana pendapatan yang sama, asalkan ada keinginan untuk timba ilmu, perbaiki diri dan keluarga supaya lebih maju pada masa depan.
Sehingga bertemu lagi.
Ubah diri bermakna kita ubah keluarga dan masa depan sekeluarga :)
2 Comments
sekarang sandwich dah banyak filling boleh letak. dulu2 telur, sardin,tuna jela. sekarang isi ayam la macam2.
ReplyDeleteyup, betul tu.Kita yang jadi tukang beli ni sampai naik rambang mata nak pilih.semuanya sedap pulak tu.haha.nasib..nasib..
DeleteThanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!