Makan Nasi Ayam Gepuk Top Global Yang Viral Masa Cuti Chinese New Year

 Assalamualaikum,

Makan Nasi Ayam Gepuk Top Global Masa Cuti Chinese New Year- Sebenarnya baru dua minggu lepas kami sekeluarga makan Ayam Gepuk Pak Gembus kat Seremban, kali ini pula sempena Cuti Tahun Baru Cina, kami berjalan-jalan ke AEON, Nilai.Dah alang-alang kat situ, haruslah mencuba Nasi Ayam Gepuk Top Global.

Korang dah pernah try tak Nasi Ayam Gepuk Top Global ni ? Mesti ramai yang dah cuba kan.Maklumlah cawangan dia ada banyak jugak kot, ada lebih kurang 25 cawangan. Korang yang belum pernah cuba, boleh search TikTok Top Global, boleh tahu area mana yang berhampiran dengan lokasi korang. Kalau orang Nismilan, selain kat Nilai yang sayan pergi ni, ada juga cawangan depa kat Rasah Jaya dan Seremban 2.

Nasi ayam Gepuk ni datang dalam bentuk pilihan set.Kami ambik set lengkap dia dengan harga RM14.90 satu set.Set ini kita akan dapat Nasi putih, ayam seketul saiz medium, sambal penyet, tempe dan tauhu, timun sepotong dan kobis goreng.

Orait, memandangkan kami anak beranak memang kuat pedas dan suka akan makanan yang berasaskan cili, maka Nasi ayam Gepuk Top Global ni haruslah dicuba.Semua orang ada selera dan level atau standard kesedapan makanan yang subjektif.Jadi, perkongsian saya ni lebih kepada mengikut tekak dan standard kami sekeluarga.

Bersama model ayam gepuk Top Global.haha.Gigih dia tolong angkat pinggan nasi ayam gepuk tu.Korang boleh pilih sambal tau.Nak sambal biasa, pedas atau extra pedas.Anak no.2 saya ni pilih yang extra pedas, tapi katanya tak pedass pun.mak aihh. 

Padanan yang betul bila makan nasi ayam gepuk ni mestilah ada kicap pekat yang manis ni.Kalau takdak kicap manis ni, macam tak puas makan nasi putih dengan sambal tu.Tapi bagi saya, korang jangan letak kicap banyak-banyak, dia kena letak sikit-sikit, gaul dengan nasi dan sambal dia, baru ngam nak makan dengan ayam goreng tu.

Kami sekeluarga memang suka dengan kobis goreng tu, jadi takdak masalah nak ambik set yang ini.ohh.lagi satu, set yang ini, depa siap letak pedal ayam goreng kat pinggan kami.Tapi tulah.Saya tak makan pun pedal goreng tu sebab liat sangat.haha.Boleh tercabut gigi dibuatnya kang.haha.

Alhamdulillah.Setakat hidangan set yang kami makan hari ini, memang sedap dan menyelerakan.Tambahan lagi pelanggan boleh mintak nasi dan sambal tambah secara percuma. Encik Suami masa makan tadi sengaja dia mintak nasi dan sambal extra, memang dapat walaupun masa kami datang kat restoran ni, meja penuh dan pelanggan beratur panjang sampai luar restoran.Ramai peminat ayam gepuk Top Global ni.

Nasi Ayam Gepuk Top Global yang viral dan menjadi kesukaan peminat masakan pedas. Nasi putih yang depa hidangkan memang panas2 tau. Jemput makan!

Kalau ikutkan pengalaman kami makan di sini, kami bagi rate dia 8/10. Servis depa memang mantap dan pantas walaupun pelanggan ramai.Sistem ambik order pun laju je. Pekerja depa pun laju je kemas kalau ada pinggan atau cawan yang sudah digunakan atas meja.

Jadi, kalau korang teringin nak cuba, bolehlah waze lokasi dan selamat menjamu selera dengan ayam gepuk Top Global.yeahh.


Cik Matahariku,
Kalau dah suka, semuanya baik dan indah saja kann.haha.

Post a Comment

0 Comments