Assalamualaikum,
Yayyy.Bestnya dapat masak-masak kat rumah :)Resepi Mudah Dan Sedap Masak Pucuk Paku Lemak Tempoyak Dengan Udang ni saya buat masa dua minggu lepas. Cuti sekolah baru sahaja bermula.Saya memang tak sabar nak tunggu cuti ini.Sejak naik sekolah Januari lepas, jadual harian persekolahan saya memang sangat padat.Nasib baik sahaja semuanya terkawal dan berakhir dengan jayanya.
Apapun syukur.Masih ada lagi tugasan yang belum selesai sepenuhnya,Tapi yang tu nanti-nantilah sebab saya sedang mood cuti dulu.haha.
Ramai ke yang suka pucuk paku masak lemak ni?Asalnya saya tak tahu nak masak apa dengan pucuk paku yang saya beli dengan parents di sekolah.Masa beli tak fikir yang pucuk paku ni remeh sikit nak masaknya sebab kena bersihkan dulu daun dari tangkainya.Pulak beli time weekdays.Memang taklah nak bersihkan pucuk paku ni balik dari sekolah kan.
Syukur.Ada Tok Laki yang willing nak tolong bersihkan pucuk paku ni.Yup.Daun pucuk paku ni memang sangat lembut dan sesuai utk dimasak.Terus saya teringat menu pucuk paku tempoyak masa mengajar di Covent KL sekitar 7 tahun lepas.Memang feveret lah masa tu.
Meh, saya kongsi resepi pucuk Paku Lemak Tempoyak Dengan Udang.Ini cara saya tau.Bukan cara Mak awak masak.hehe.
Resepi Pucuk Paku Masak Lemak Tempoyak Dengan Udang
Sumber resipi : Blogger Cik Matahariku
Bahan-Bahan :
1. Pucuk paku dua ikat
2. tempoyak satu mangkuk sup kecil
3.Santan Kara 125ml satu kotak
4.Bawang merah, bawang putih, serai, ikan bilis, kunyit hidup, asam keping.
5.Udang saiz sederhana dalam satu mangkuk kecil
6. Garam dan serbuk perasa dengan sukatan yang sesuai.
Cara Menyediakan Pucuk Paku Masak Lemak Tempoyak :
- Bersihkan dan siang pucuk paku.kalau batang dia lembut lagi, boleh patahkan dan ambik untuk dimasak sekali dengan daunnya.
- Tumbuk atau blend bahan seperti bawang merah, bawang putih, ikan bilis dan kunyit hidup.Nak guna kunyit serbuk boleh juga. Ketuk atau titik sahaja makcik serai tu.hikss.
- Masukkan sedikit minyak. Panaskan kuali dan tumis bahan tumbuk atau kisar tadi.Masukkan juga asam keping.
- Masukkan daun pucuk paku dan tambah 2 cawan air untuk lembutkan daun.
- Bila sudah mendidih, daun pucuk paku juga dah lembut, masukkan santan kotak.Tambah air lagi kalau terlalu pekat kuahnya.
- Masukkan udang yang sudah dikopek atau dibuang kepala.
- Kacau dengan api perlahan.Masukkan tempoyak mengikut kesukaan anda. Tempoyak ini boleh juga pekatkan kuah lemak tadi.
- Perasakan lemak pucuk paku korang, tutup api kalau rasanya dah okey.
- Sedia untuk dihidang bersama nasi panas dan ikan goreng.yeahhh.
0 Comments
Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!