Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Cara Mudah Buat Sambal Belacan Terpaling Sedap dan Pasti Menjadi versi Cik Matahariku- Kemain buat tajuk pasal sambal belacan terpaling sedap.Kotlah orang lain punya sambal belacan tu tak sedap ke apa ? haha. Dah blog ini kita yang punya, kita bubuhlah tajuk macam tu.hikss.
Sambal belacan ni sebenarnya banyak versi.Saya pula penggemar segala mak nenek sambal. Tak kisahlah ko buat dia macam mana.Asalkan sambal tu pedas den proceed.Dan satu lagii. tolonglah jangan panggil sambal kalau rasa manis lebih banyak dari pedas.Memang potong habis. Adehh.
Inilah rupa sambal belacan yang saya kata terpaling sedap. Alhamdulillah.Allah bagi rasa sedap untuk kita sama-sama menikmatinya.
Cara Mudah Buat Sambal Belacan Terpaling Sedap dan Pasti Menjadi versi Cik Matahariku
Bahan-Bahan
Belacan sebesar 2 inci ( kalau cili lebih belacan kena lebih )
cili hijau 1 cawan
cili merah 1 cawan
bawang merah 4 ulas
bawang putih 4 ulas
Garam/ Gula/ Ajinomoto ( secukupnya )
tomato 1 biji kecil
minyak masak untuk mengoreng semua bahan diatas
Dua biji limau kasturi
Cara Menyediakan
1. Goreng semua bahan yang dinyatakan dalam resepi.
2. Angkat bila dah layu
3. Masukkan dalam blender semua bahan dan jangan lupa masukkan dua sudu makan lebihan
minyak menggoreng tadi.
4. Masukkan juga garam/ gula dan aji secukupnya.
5. Blend kasar sahaja.
6. Hidang sambal belacan bersama hirisan limau kasturi.
7. Sedia untuk dimakan bersama nasi putih panas dan lauk ayam ungkep. hehhe.
Selamat mencuba semuaaa :)
Cik Matahariku,
0 Comments
Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!