Assalamualaikum dan Salam syawal!
Alhamdulillah, tahu-tahu hari ini dah 17 syawal oi. Lebih dua minggu kita meraikan syawal yang penuh dengan keriangan dan kebahagiaan.Syukur masih punya keluarga, masih punya kampung dan ibu ayah untuk menyambut raya.kann?
Salam Lebaran buat semua pembaca dan pelawat blog Cik Matahariku:)
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, saya dan Suami ditugaskan untuk menyediakan keperluan barang-barang dapur di rumah mak kami.Rumah mak sekarang ini sudah tidak berpenghuni, jadi lebih kurang setahun atau 6 bulan sekali, barulah kami berkumpul.Itupun ikut sesiapa yang cuti panjang dan berkesempatan pulang ke kampung.
Tahun ini giliran kami berhari raya di kampung saya. Agak bernasib baik jugak kerana selain kami, kak Ngah dan adik Riza kami dapat beraya bersama.Meriah sikitlah.Biasanya turn raya saya di rumah mak tak sama dengan adik beradik lain.
gotong-royong sediakan popia carbonara. Sehari sebelum raya, depa geng sepupu sepapat kami minta buat popia ni.Encik Suami cadangkan buat popia ni untuk makan-makan raya kedua dan ketiga.Yang realitinya petang raya pertama dah selesai.haha.
Kak Ngah dan Adik Riza sedang agihkan makanan untuk Munjung raya ke rumah jiran-jiran.Menu raya kami raya tahun ni Ayam kicap berempah, sambal goreng jawa, kuah lodeh, rendang daging, kuah kacang dan Nasi himpit.
Tema Baju Raya warna Merah Burgundy
Bukan main kami pilih tema baju raya warna awam kali ini.haha. Tapi tulah.bab beli baju pula, anak-anak pompuan saya mintak beli sendiri ikut tema.Jadilah warna macam-macam kaler.Yang penting dalam frame gambar, hampir sama sahaja warnanya.
Potret keluarga bersama mak kesayangan.Alhamdulillah, masih berpeluang menyambut dan meraikan Aidil fitri dengan mak bersama:) semoga ALLAH sihatkan mak dalam kebahagiaan dan ketenangan beribadah.aamin
Salam Aidil Fitri daripada Cik Matahariku sekeluarga:) Mohon maaf zahir batin, jika ada catatan saya dalam blog yang menguris rasa pembaca semua atau ada salah silap yang lahir dan batin.
Marhaban Raya bersama jiran sekampung di Felda Tunggal, Kota Tinggi Johor.
Sudah menjadi kelaziman kami di mana-mana kejiranan di Johor, acara Marhaban Raya sudah seperti budaya dan adat pada hari raya yang dapat memeriahkan dan mengeratkan silaturrahim sesama jiran dan sanak saudara. Saya suka part ini.Sebab masa inilah saya dapat jumpa semula rakan-rakan lama zaman sekolah rendah dan menengah yang sama kejiranan dengan saya.Ada jugak yang sudah menjadi pasangan Datuk dan nenek.Kebanyakannya mempunyai anak-anak yang sudah remaja seperti saya juga.
Ahli keluarga besar Hajah Mohayah, lengkap tujuh beradik. Entah macam mana kami boleh terlupa untuk sesi bergambar adik beradik seramai tujuh beradik, padahal dah plan sebelum sesi beraya bermula. Takde rezeki nampaknya.
Salam Aidil Fitri Buat Pembaca Blog Cik Matahariku
Sedaya upaya setiap kali perayaan Aidil Fitri, saya ingin kongsikan momen bersama keluarga dalam blog ini. Entah lagi lima atau 10 tahun, kita pun tak tahu siapa yang akan meninggalkan siapa antara kami.Persaudaraan sesama kami dan pahit manis bersama serta segala baik budi semua akan menjadi kenangan yang tak akan dilupakan.
Buat pembaca atau pelawat blog Cik Matahariku,
Setulus hati saya mohon maaf jika ada penulisan saya yang menyinggung hati, ada info yang saya kongsi tidak menepati, atau ada resepi yang saya tuliskan dalam blog tidak menjadi.Semuanya atas kelemahan saya sendiri.Mohon doakan saya dapat berkongsi lebih banyak lagi resepi yang sedap dan menjadi, dan paling utama saya rajin menulis dalam blog ini..huhu.
Sehingga bertemu lagi di lain kesempatan.InshaAllah.
2 Comments
Selamat hari raya buat akak sekeluarga...
ReplyDeleteterima kasih Dana, selamat hari raya juga:)
DeleteThanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!