Assalamualaikum,
Sedap Rupanya Daging Belengas, Berselera Encik Suamiku Makan :). Petang semalam, semasa pulang dari tempat kerja, Encik Suami berkongsi satu video daging masak viral.Daripada bahan yang digunakan, saya perhatikan sama seperti resepi Daging Berlengas yang depa dok kongsi merata kat media sosial. Saya pun diamkan jelah.Biasa pun macam tu.Kalau Encik Suami share resepi masak-masak, bukanlah dia nak makan time-time tu jugak.Dia just share supaya kalau lain kali saya nak masak, saya boleh ikut resepi yang dia share.
Hari ini, saya berkesempatan masak Daging Berlengas ni sebab sempat mintak anak kedua yang sedang bercuti, rebus daging siap-siap.Jadi, balik sekolah petang karang bolehlah saya masak daging tu.Alhamdulillah, Allah bagi mudah dan saya berjaya masak untuk suami Daging berlengas tu.hehehe.
Daging berlengas viral kesukaan netizen.haha.
Kalau ada readers yang nak cuba buat sendiri Daging Berlengas ni kat rumah, sangatlah recommended sebab bahan-bahan dia mudah sahaja.Memang dah ready ada kat rumah. Meh, saya kongsikan resepinya kat sini.
RESEPI DAGING BERLENGAS VERSI CIK MATAHARIKU
Bahan-bahan :
Daging korban 1 kg ( direbus siap-siap dan hiris-hiris.Tebal atau nipis ikut kesukaan sendiri )
Bawang holland 1 labu (dihiris )
Bawang besar 1 labu ( dihiris )
Bawang putih 5 ulas
Halia 1 inci setengah
Serai 2 batang ( dihiris )
Tomato ( dihiris/ potong dadu ) 1 biji
cili padi 10 tangkai
cili kering blend 3 sudu makan
satu sudu serbuk black paper
Kicap lemak manis Jalen 5 sudu makan
Sos Tiram ABC 5 Sudu makan
Sos cili 2 sudu makan
Sos Tomato 1 sudu makan
Carrot separuh batang ( potong pendek )
CARA MENYEDIAKAN DAGING BERLENGAS
1. Rebus daging terlebih dahulu.Kemudian hiris nipis/ tebal.Ikut kesukaan sendiri. Saya rebus dalam 1 jam 30 minit. Alhamdulillah, daging empuk sedang elok.
2. Masukkan minyak dan panaskan. Masukkan semua bahan hirisan kecuali bawang Holland masuk last sekali bila daging dah betul-betul masak dan lembut.
3. Masukkan pula cili kering blend.Kacau hingga semua bahan sebati.
4. Masukkan pula segala mak nenek sos dan kicap.
5. Masukkan juga serbuk lada hitam.
6. Masukkan daging yang sudah dihiris tadi dan kacau hingga sebati dengan semua bahan.
7. Masukkan sekitar separuh cawan air untuk pastikan daging betul-betul terperap dengan elok sekali.
8. Perasakan dengan sedikit gula dan Mak Aji.
9.Akhir sekali masukkan bawang holland yang dihiris dan taburkan cili padi seadanya.yeahhh.
Sedapnya Daging berlengas makan dengan nasi panas.wuhh.
Orait, selamat mencuba.Resepi Daging Berlengas ni saya buat ikut style sendiri. Encik Suami tanya, berlengas tu apa Yang ? Den pun pening nak jawab.haha. Kalau ikut kamus Dewan, lengas tu maksudnya melekit ( badan berpeluh jadi badan berlengas ).Kalau makanan ni maksudnya daging ni kita masak jenis juicy dengan kuahnya yang pekat dan sedap. Daging ni dimasak lembap bukan kering, gitulah maksudnya.
Oklah. Boleh cuba buat sendiri untuk keluarga di rumah.Pasti berselera anak dan suami makan masakan kita.hehhe.
3 Comments
Sedap kak, tengah trend ni...
ReplyDeleteyup, Alhamdulillah.Time rajin, segala mak nenek makanan viral kita nak cuba.Cuba kalau malas, simpan jelah resepinya.haha..
Deletemmg fav ni tp anak lebih suka versi ayam goreng belengas
ReplyDeleteThanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!