Bersyukurlah Tanpa Perlu Menunggu Engkau Cukup Segalanya

 Dengan Bismillah,

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Bersyukur Tanpa Perlu Menunggu Engkau Cukup Segalanya- Hari ini rasa terpanggil nak update blog setelah hampir tiga bulan sepi tanpa berita. Betullah orang kata, bila kita takde hati nak menulis, janganlah tulis apa-apa.Nanti pembaca akan rasa "seperti dipaksa" membaca tulisan kita walhal dia sebenarnya taknak pun baca apa yang kita tulis.Adoiila. Kesian pulak.Huhu.

Bersama anak-anak kecil disekolah, yang seharusnya tempat saya bersyukur setiap hari. Menjadi seorang Guru, yang sekolah itu sendiri ibarat ladang pahala jika benar-benar saya menguruskannya.

Alhamdulillah,

Syukur apa adanya. Time menaip tulisan ini, saya masih dalam mood cuti sekolah. Jadi, inilah kesempatan terbaik yang saya ingin gunakan untuk berkongsi apa yang saya perolehi sepanjang cuti ini. Saya sangat terkesan apabila menonton satu content reels di Instagram, dalam content tu, sambil mengecat papan kayu, Si Dia menyebut begini :

" Kadang-kadang kita ini lupa untuk bersyukur dengan segala yang telah kita punyai. Dapat bangun pagi juga sudah satu rezeki buat kita. Bersyukur itu tidak perlu tunggu kita telah cukup segalanya, baru mahu bersyukur. Cubalah sesekali, bila berdoa, Engkau jangan minta apa-apa.Tapi Engkau ucapkanlah terima kasih dan syukur kepada Allah yang telah mengurniakan kepada kita begitu banyak kurniaan, yang ada antaranya, mungkin tidak sekali pun kita pernah bersyukur kerana memilikinya.."

Mereka pula ibarat malaikat kecil di sekolah, yang sentiasa bersedia jika saya perlukan bantuan.Mereka yang sangat baik, berbudi dan tidak pernah menolak tatkala saya mohon bantuan.
 
Nikmat Tuhan mana lagi yang mahu saya dustakan.

Jangan minta apa-apa bila berdoa

Saranan ini sangat membekas di hati saya. Apatah lagi sebelum ini, saya pernah mendengar ajaran seorang Ustaz, menurutnya, jika ingin doa kita makbul, ucapkan syukur dan terima kasih dahulu dengan segala kurniaan Allah kepada kita. Inilah adab dalam berdoa.Syukur dahulu dengan apa yang ada, barulah minta yang lain.

Saya sendiri akui, kadang-kadang jarang sekali tidak minta apa-apa setiap kali berdoa.Sungguh, Allah itu kan Maha mengetahui apa yang kita lahirkan atau sembunyikan. Macam manapun, kita luahkan sahaja apa yang kita ingin minta atau adukan kepadaNya.

Bila sesekali, bila mengangkat tangan ingin berdoa, sebenarnya hati kita lebih lapang dan tenang tatkala kita tidak meminta apa-apa, melainkan kita luahkan rasa syukur kepadaNya atas segala kurniaan atau apa sahaja yang terjadi dalam hidup kita.TakdirNya yang baik atau buruk, tetap semuanya terbaik untuk kita.

Semoga dengan lebih banyak kesyukuran yang kita lafazkan, Allah akan kurniakan rezeki yang lebih baik dan banyak dalam hidup kita. Sebab itulah Allah perintahkan kepada kita, Bersyukurlah dan Aku akan tambah lagi nikmat untukmu-

Dalam kekurangan itulah kadang kala kebahagiaan hadir, jika kita benar-benar menikmati setiap pemberianNya:)

Cik Matahariku- 

Dalam diam, sungguh ku akui wahai Tuhanku, serba kekurangan dan ketidakcukupan itu tetap membawa lebih banyak bahagia dalam hatiku-

Post a Comment

0 Comments