Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Cara Mudah Suri Rumah Buat Duit Dengan Bisnes Makanan Hanya Dari Rumah-Haih.Kemain panjang tajuk post kali ini.Entahlah.Kadang tu sebab nak sampaikan mesej yang tepat, kita terpaksa guna tajuk yang panjang meskipun buat tajuk pendek tu lebih jimat.haha.Semua benda ko nak jimat kan tahun 2025 ni.Haa..sebab itulah saya terpanggil nak kongsi dengan ibu-ibu dan adik akak semua bahawa sesungguhnya ada jalan kedamaian yang kita boleh jumpa demi mencapai kebebasan kewangan dalam hidup kita.cehwah.
Sebenarnya saya bukanlah suri rumah sepenuh masa melainkan kalau time cuti sekolah, jadilah saya suri rumah yang bergaji tetap.Namun begitu, tetaplah saya suka menjana pasif income walaupun saya tahu, nak buat kerja yang ada pasif income ni bukan mudah.Tapi kalau kita betul-betul mahu jana pendapatan sampingan, tak rugi pun kalau kita ambik tahu dan belajar serba sedikit tentangnya.
Apakah Bisnes Makanan Yang Boleh dibuat Hanya Dari Rumah ?
Kadang-kadang soalan ini bermain di fikiran kita kan. Bukan duit gaji tak cukup.Tapi tulah, bila anak-anak pun dah besar sikit, kita pun bosan jugak kalau hari-hari scroll phone.Orang lain scroll phone dapat duit, kita habuk pun tak dapat.haha. Sebenarnya saya ada download sebuah buku digital ( pdf book ) yang beri panduan kepada para suri rumah khasnya atau sesiapa sahaja yang ingin menjana pendapatan sampingan dari rumah. E-book ini sangat bermanfaat bagi kita yang ingin belajar tentang cara-cara memilih bisnes makanan yang sesuai.
1. Jenis makanan yang kita suka makan
2. Pandai masak makanan tersebut
3. Tidak memerlukan modal yang besar
4. Mudah dijual secara terus.
Tapi kenapa bisnes makanan ek ?
Ok, suri rumah yang bijak pasti akan bertanya soalan ini? Jawapannya kerana Bisnes makanan ni salah satu cabang bisnes yang tak pernah bermusim permintaannya. Sama macam ibu-ibu masak kat rumah.Masaklah hari-hari pun, anak-anak dan suami akan setiap hari bertanya, Hari ini masak apa Ibu ?Alang-alang kita masak untuk satu family, selalu dipuji-puji masakan kita sedap, inilah peluang kita sambil menyelam minum air.hiks.
Tips dan panduan segala bagai yang saya sebutkan untuk memulakan perniagaan makanan dari rumah ini boleh ibu-ibu dapatkan dengan download terus dari link yang saya kongsikan ini :Tips Percuma Memulakan Bisnes Makanan Dari Rumah-
Percaya atau tidak, dengan sedikit keyakinan dan kemahuan yang tinggi, kita boleh mencapai impian hidup dengan satu tindakan yang berani dan nekad. Pengalaman saya sekeluarga, kami pernah menjual pelbagai jenis produk, ada yang kami hasilkan sendiri, ada juga yang kami ambil komisyen dari orang lain.Namun tetaplah kami buat kerana selepas kami cuba menjual produk kami sendiri, barulah kami tahu bahawa makanan yang kami sediakan itu jenis boleh jual dengan laris sekali.Alhamdulillah.:)
Bagi saya, sesiapapun tiada halangan untuk berjaya dan meneroka bidang perniagaan ini asalkan mahu bertindak dan bersedia dengan cabaran yang mendatang. Kalau betul-betul tidak tahu bagaimana hendak bermula, jangan lupa download dulu ebook yang saya kongsikan di atas :Tips Percuma Memulakan Bisnes Makanan Dari Rumah- Percuma sahaja :)
0 Comments
Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!