Resepi Bihun Goreng Approve Tersangatlah Sedap Daripada Readers Blog Cik Matahariku

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Resepi Bihun Approve Tersangatlah Sedap Daripada Readers Blog Cik Matahariku-Alhamdulillah.Kadang-kadang tu malas nak cakap banyak.InshaAllah, resepi yang saya kongsi dalam blog ini sebenarnya dah pernah dicuba banyak kali oleh saya sendiri atau rakan pembaca Blog. Saya tak kongsi resepi yang saya sendiri tak pernah masak di dapur atau saya tak pernah mencubanya.Jadi, bila ramai pembaca blog komen yang resepi bihun goreng di Blog Cik Matahariku ni approve sedap, mohle kita buat ramai-ramai.haha.

                 Resepi Bihun Approve Tersangatlah Sedap Daripada Readers Blog Cik Matahariku

                                                  Bihun Goreng Sedap Resepi Mak Muo

Komen netizen yang approved resepi bihun ini sedap dan menjadi ni, korang boleh tengok kat sini : Petua Buat Bihun Goreng Sedap.

Salah satu sedekah paling baik ialah menjamu makan kepada orang ramai.Jadi, InshaAllah berganda pahala sedekah bila kita bukan setakat jamu makanan, tapi kita jamu makanan yang sedap dan disukai oleh ahli keluarga, saudara mara atau sahabat handai.

Kali ini saya kongsikan sekali lagi, supaya berpanjangan pahalanya buat Mak Muo saya sebab saya belajar buat bihun goreng sedap ini daripada beliau.Oh My God, anak Mak Mertua ai pun pandai masak tau. Sampai sekarang, kalau balik kampung, tak pernah jemu kalau Mak Muo masak Bihun Goreng. Apakah rahsianya tuan/puan sekalian? Jomm..kita bongkar segalan rahsia kesedapan Bihun Goreng Terbaik ni.

Resepi Bihun Goreng Sedap dan Mudah Disediakan
Sumber Resepi : Cik Matahariku
Satu bungkus bihun (tak kisah jenama apa, saya biasa guna jenama Jasmin)
1 ulas bawang besar saiz sederhana  ( dihiris)
3 ulas bawang merah (blend kasar )
3 ulas bawang putih (blend kasar )
Setengah gengam ikan bilis ( direndam dan blend kasar )
Setengah gengam udang kering ( direndam dan blend kasar )
Setengah senduk cili kering yang sudah dikisar.
Air secukupnya untuk rendam bihun.
3 sudu makan sos tiram
2 sudu makan kicap ( saya guna kicap lemak manis Jalen)
Garam, gula dan perasa jika suka.
Minyak masak anggaran satu senduk untuk menggoreng.

Bahan-bahan Hiasan
  • satu mangkuk kecil taugeh yang sudah dibasuh bersih
  • satu mangkuk kecil sawi yang sudah dipotong
  • Boleh juga masukkan fishball, fishcake, isi ayam/ daging.
  • bawang goreng atau daun sup
    Cara Masak Bihun Goreng Sedap
    • Pastikan bihun sudah direndam terlebih dahulu sebelum memasaknya.Toskan air rendaman jika bihun sudah lembut.
    • Memandangkan saya ni bajet ibu dan isteri mithali, maka saya tumbuk segala mak nenek bawang merah, bawang putih, ikan bilis dan udang kering.Setel.
    • Panaskan minyak dan masukkan hirisan bawang besar sehingga naik bau.Kalau ikut mak mertua saya, gorengan bawang besar inilah yang akan menjadikan sambal bihun goreng kita jadi lebih sedap.
    • Masukkan semua bahan yang ditumbuk tadi dan kacau rata sehingga naik bau juga.
    • Masukkan pula cili kering yang sudah dikisar tadi dan kacau sekali lagi supaya sama rata dengan bawang besar dan bahan yang ditumbuk tadi.
    • Masukkan sos tiram, kicap, gula, garam dan perasakan.
    • Masukkan sedikit air.
    • Biarkan sambal pecah minyak dulu, kemudian baru masukkan bihun yang sudah direndam tadi.
    • Masukkan lagi sedikit air supaya bihun cepat lembut.Tutup dengan penutup kukus sehingga air kering dan balik-balikkan bihun tersebut.
    • Kecilkan api ketika ingin melembutkan bihun tadi.
    • Akhir sekali bila bihun sudah lembut, masukkan sawi dan taugeh.
    • Kacau sekali lagi supaya semua sayur tadi rata.
    • Tabur bawang goreng atau daun sup untuk hiasan
    Boleh juga rujuk sini, untuk melihat step by step cara saya menyediakan atau memasak Bihun Goreng Istimewa Mak Muo : Cara masak Bihun Goreng Sedap

     Antara bahan yang digunakan dalam resepi Bihun Goreng Sedap Cik Matahariku :) Boleh guna apa yang ada kat dapur kita.Simple pun takpe, yang penting rasanya sedap:)

    Sediakan dahulu bahan sambalnya, barulah bihun kita akan menjadi lebih sedap dari biasa.


    Apakah Tips dan Rahsia Keenakan Bihun Goreng Mudah dan Simple Yang ada Dalam Resepi Mak Muo ?
    1. Masukkan hirisan bawang besar terlebih dahulu apabila minyak sudah panas.Kemudian barulah dimasukkan bahan-bahan kisar/ blend.

    2. Gunakan ikan bilis atau udang kering sebagai bahan masakan supaya bihun goreng kita berasa lemak.Elakkan guna telur kerana akan menyebabkan bau hanyir yang kuat.

    3. Gunakan cili kering homemade yang direbus terlebih dahulu, kemudian dikisar. 

    4. Bahan kisar dan cili kering blend ini akan manjadi ibu sambal yang membuatkan bihun goreng lebih sedap.Pastikan masak bahan sambal tu sehingga terbit minyak.

    5. Jangan masukkan air terlalu banyak.Cukup sekadar bihun boleh lembut semasa kita menggoreng bihun.

    Orait, harap mak-mak atau adik-adik yang baru nak belajar masak bihun beroleh manfaat dengan perkongsian ini.Resepi ini tidaklah sempurna mana, tapi ia istimewa kerana diajar oleh seorang Ibu Mertua kepada anak menantunya.hehe.

    Selamat Mencuba:)

    Cik Matahariku :
    Dari Mak Muo saya belajar, melalui masakan yang sedap dapat mengeratkan hubungan, mendekatkan hati dan membahagiakan orang-orang yang kita kasihi.AlHamdulillah :)



    Post a Comment

    0 Comments