Resepi Biskut Almond London Sukatan Cawan Azlina Ina Yang Mudah, Confirm Jadi & Rangup

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Resepi Biskut Almond London Sukatan Cawan Yang Mudah, Confirm Jadi & Rangup-Kalau sebut sahaja biskut Almond London, memang ramai yang terus teringat biskut raya yang paling cepat habis atas meja. Gabungan biskut mentega yang lembut, badam rangup dan coklat di luar memang susah nak tolak. Kalau anak-anak kat rumah ni, pergi beraya biskut almond ni memang yang dicari dulu.Jadi, nak bagi puas hati, mohle kita buat sendiri biskut almond london ni.Tak tahu datang dari mana Londonnya tu.haha.

Biskut Almond london antara biskut kegemaran mak sampai ke anak beranak.
buatnya tak susah mana, cuma kadang tu kena ada extra "R" baru menjadi :)

Ramai sebenarnya nak buat Almond London homemade, tetapi risau resepi susah atau sukatan terlalu teknikal. Jadi dalam post ini saya kongsikan resepi Almond London sukatan cawan yang sangat mudah dan sesuai untuk beginner.

Resepi ini juga sesuai untuk kalangan beginners atau bakers yang nak buat biskut raya, atau nak jual biskut almond homemade. Kalau ada plan nak buka bisnes homemade, tapi korang tak tahu nak mula macam mana, boleh ikut panduan dalam eBook Digital ini.Sangat mudah dan sangat membantu untuk permulaan perniagaan ibu-ibu semua :) klik link untuk download panduan bisnes bakeri.

Buat punyalah lama, sekali masuk bekas tak sampai satu hari dah selamat. Sebab tu mak-mak se-malaya yang anak ramai macam den ni, kena ada plan B. Kalau buat atau beli cookies yang sedap-sedap ni kena sembunyikan dulu, jangan bagi depa nampak. haha.

Resepi Biskut Almond London Sukatan Cawan Azlina Ina Yang Mudah, Confirm Jadi & Rangup
Bahan-bahan Menyediakan Biskut Almond London 
1 cawan + 2 sudu besar mentega
¾ cawan gula icing1 biji kuning telur
1 sudu kecil esen vanila
2¾ cawan tepung gandum (diayak)
¾ cawan tepung jagung (diayak)
¾ cawan badam panggang (atau dibakar dahulu)
Bahan tambahan untuk Almond London:
Badam panggang secukupnya (untuk inti)
250g coklat masakan 
Sedikit coklat rice atau badam cincang untuk hiasan

Cara Buat Biskut Almond London

1. Sediakan adunan biskut
2. Masukkan bahan basah
3. Campurkan tepung
4. Masukkan badam cincang
5. Bentuk biskut
6. Bakar biskut
7. Salut coklat
8. Hiaskan

Tips Almond London Sedap & Menjadi
✔ Pastikan badam dipanggang dahulu supaya lebih rangup.
✔ Biarkan biskut sejuk sepenuhnya sebelum celup coklat.
✔ Simpan dalam bekas kedap udara supaya tahan lama.

Cara Menyediakan Biskut Almond London Yang rangup dan Confirm Jadi
1. Dalam mangkuk besar, pukul mentega dan gula icing sehingga sebati dan sedikit lembut.
2. Tambah kuning telur dan esen vanila, kacau sehingga sebati.
3. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung yang telah diayak sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh lembut.
4. Tambahkan badam panggang cincang dan gaul rata.
5. Ambil sedikit doh, letakkan sebiji badam panggang di tengah, kemudian gentel sehingga menyaluti badam.
6. Susun atas loyang dan bakar pada suhu 160–170°C selama 20–25 minit sehingga masak.
7. Cairkan coklat menggunakan kaedah double boiler. Celup biskut yang telah sejuk ke dalam coklat cair.
8. Taburkan coklat rice atau badam cincang di atas sebelum coklat mengeras.

Penggemar Biskut almond ni dia boleh tahu biskut yang sedap tu macam mana.Ada sesetengah tempat, kalau kita jumpa biskut ini, dalam biskut tu jumpa separuh atau tak jumpa langsung isi kacang badam.Depa cuma tabur badam cincang.Adeeh. Macam kena scam pulak rasanya.huhu.

✔ Gunakan mentega berkualiti seperti Anchor atau SCS untuk rasa lebih wangi.

Antara sebab ramai suka biskut ini:
Rasa mentega yang lembut
Badam rangup di tengah
Lapisan coklat yang sedap
Nampak premium walaupun bahan ringkas

Sebab itu juga ramai yang buat Almond London untuk jualan biskut raya kerana permintaannya memang tinggi setiap tahun. 

Cik Matahariku,
Biskut raya ni tak wajib pun untuk kita berhari raya.Tapi tulah.Sebagai mak-mak, kena ada feeling untuk hidupkan suasana raya di rumah kita sendiri. Bayangkan kalau mak pak tak bersungguh nak sambut raya, anak-anak pun tak tahu betapa indahnya syawal tu. Sambut ikut cara dan kemampuan masing-masing.Tak mampu beli, kita buat sendiri.Kalau tak sedap, buatlah biskut yang paling mudah cornflakes madu ke kann...gerenti sedap.hehe.

Post a Comment

0 Comments