Salam Aidil Fitri 1447h Kepada Pembaca Blog Cik Matahariku

Dengan Bismillah,
Salam Aidil Fitri semua. Salam 7 Syawal pada hari saya mencatat di blog ini. Sekejap je Syawal dah masuk seminggu. Puasa sunat 6 Syawal tak mula lagi ni. Korang dah mula ke.heh.

Alhamdulillah,
Tahun 2026, Allah rezekikan saya dan keluarga berkumpul lagi sekali pada lebaran yang cukup membahagiakan kita semua.Terima kasih Tuhanku, atas segala nikmat berkeluarga yang Engkau kurniakan kepadaku. Saya memang selalu fikir tentang diri saya ini.Saya telah mendapat semua yang mungkin orang lain sedang berdoa-doa untuk mendapatnya.Kalau saya lupa nak bersyukur ni, tak tahulah saya ni akan jadi hamba yang macam mana kepada TuhanNya?

Tema Baju Raya Warna Soft Pink
Ya, begitulah kononnya tema baju raya kami sekeluarga tahun ini. Saya sebenarnya, jarang sangat pilih tema baju yang jenis warna pastel atau soft ni.Tapi mungkin faktor umur yang dah tak berapa muda, saya jadi suka warna-warna lembut dan yang menyentuh hati.haha.

Selamat Hari Raya semua.Mohon maaf zahir batin kepada semua pembaca jika dalam tulisan blog ini ada kata-kata saya yang menyinggung hati sesiapa.
Terima kasih kerana sudi singgah blog yang tak sepertinya ini.Sempga Allah menerima ibadah puasa kita pada ramadan lalu dan menguatkan kita untuk istiqamah menjaga ibadat wajib dan sunat kita.aamin.

Korang tengok, masuk tak warna soft pink dengan kami ni.Nampak menyerlah tak atau korang rasa biasa je.ciss.

Tahun ini giliran beraya di kampung Encik Suami di Muo Johor. Alhamdulillah.Kalau raya-raya tahun sebelumnya, port bergambar kami di beranda rumah depan, tahun ini sebab kita nak mudahkan pergerakan abah, kita bergambar di beranda tengah rumah sahaja.

Gambar Family dihari raya. Happy tengok anak-anak semakin dewasa.bersama Mak Abah Muo.Syawal ini mengingatkan saya supaya jangan banyak merungut apatah lagi mengeluh. Syawal ini mengajar saya banyakkan bersyukur dan menghargai insan-insan yang kami sayangi.

Apabila beraya di rumah mertua, kebanyakan menu atau hidangan raya akan disdiakan oleh Mak Muo. Saya hanya bantu bab kupas bawang atau potong sayur.haha.Buat ketupat palas atau ketupat nasi pun saya tak sempat tolong. Mak saya dah sediakan awal kelongsongnya.Lagi satu, Mak Muo saya hanya masak untuk hidangan sekeluarga. 

Berbeza kalau giliran beraya sebelah kampung saya, saya antara yang paling sibuk memasak.Senang cakap macam ketua cheflah gamaknya. Mak saya akan mintak masak menu raya dalam kuantiti yang banyak sebab mulai malam raya keluarga kami akan mula munjong juadah raya ke rumah jiran-jiran.

Keluarga besar suami bersama adik beradik, ipar biras dan cucu menantu. 

Ziarah rumah Sanak Saudara Pada Raya Pertama
Pada sebelah pagi selepas solat sunat, kami dah mula berziarah ke rumah atok dan juga pakcik sebelah suami.Rumah depa ni pun dekat-dekat sahaja.

ziarah rumah pakcik di Serom.

Air gas dan air manis dengan musim raya memang tak dapat dipisahkan.Kena pandai-pandai pilih air yang kita sebaiknya minum.Kadang terpaksa minum juga kalau dah dahaga sangat.

Sebelum saya mengundur diri, jangan lupa rujuk di blog ini untuk banyak menu raya yang korang sukai.Boleh taip dekat box search, cari pelbagai resepi raya seperti rendang daging, rendang kerang, rendang ayam dan pulut kuning, nasi ayam, soto johor, kuah kacang, sambal goreng jawa dan banyak lagi. atau taip je nama resepi macam ni dekat google search : Sambal goreng jawa cik Matahariku.mesti jumpa nanti :)

Cik Matahariku.
Makna raya mungkin berbeza bagi setiap orang. Namun jangan lupa, raya tetap bermakna selagi mana kita bersyukur dengan segala yang kita ada.Tak mesti dengan baju atau kasut baru.Raya tetap istimewa selama orang yang kita kasihi ada bersama :)



Post a Comment

1 Comments

  1. Selamat hari raya. Wah balik muo kat mane tu. Macam kat area Parit Jawa je.

    ReplyDelete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!