Kelab Guru dan Staf ( KGS ) SKKBSR Buat Sambutan Hari Guru Dengan Tema Orang Kampung

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kelab Guru dan Staf ( KGS ) Sekolah Buat Sambutan Hari Guru Dengan Tema Orang Kampung-Yeay. Alhamdulillah, dah hampir dua minggu pun berlalu sambutan hari guru, tapi den nak jugak share kat sini meriahnya sambutan hari guru sekolah saya. Sebenarnya bukan meriah sebab banyak acara, tapi tema dan pelaksanaan sambutan itu yang buat saya rasa happy dan akan kenang sambutan ini antara yang paling menarik sejak saya menjadi guru. One time moment, yang tak tahu boleh ke di ulang.haha.

Antara Geng KGS SKKBSR depan gerai buah-buahan.Kita buat sampai jadi gaiss.

Tengok poster pun dah boleh agak meriah lain macam sambutan hari guru paling best setakat ini.

DI SEBALIK TABIR PEMILIHAN TEMA DAN PENGISIAN SAMBUTAN HARI GURU

Mesti korang pun excited nak tahu, macam mana boleh pilih tema kampung ni.Kalau ikutkan sejak hampir 10 tahun saya mengajar kat sekolah ini, belum pernah lagi sambutan Hari Guru pilih tema ini. Ada juga beberapa tema lain yang dipilih, antaranya tema kembar, tema warna, tema evergreen.Tapi bila Pengerusi KGS bagi idea nak buat sambutan ala ada pasar tani, kami sebagai AJK Tertinggi setuju sebulat suara. Dari sebuah video orang kawin yang bagi goodies sayur dan buah macam pilih sayur kat pasar tani, terus kami proceed utk buat sambutan hari guru dengan mood pasar tani dan tema kampung.

Ini salah satu imaginasi kami yang menjadi realiti.Menarik bukan.Buah sebenar ya.Bukan tipu-tipu.Gigih saya cari buah naga tu sampai kat Sungai Pelek, Sepang.Nak dapat harga yang berbaloi dengan kualiti buah yang terbaik.

Guru Besar dan barisan pentadbir sekolahku. Masing-masing sporting habis dengan tema orang kampung.Lebih tepat lagi cikgu kampung.haha.

Kan dah kata, walaupun tema orang kampung, cikgu-cikgu sekolah saya semuanya all out ya.Takde yang saya tengok pakai baju selekeh atau buruk sangat ya.Kami jadi orang kampung yang educated gitu.haha.Aksesori payung dan bunga bagai tu memang ngam dengan tema kampung kan.

kan dah kata.Cikgu lelaki pun sporting habis.Part paling best kat sekolah ini ialah time ada event sekolah dan ada tema, semuanya akan support dan tak pernah menghampakan. Kita yang tukang anjurkan program ni, bersemangat nak bagi mood dan vibe kampung on.

Anak murid yang kami lantik jadi QM pun function habis.Mak pak depa pun sepakat siapkan anak-anak dengan tema sama.Yang ini gerai sayur ya.Nampak tak tu ada serai dan bawang bagai.Ada tak sekolah korang buat macam ni.hikss.

Congrats my friends!! lawanya korang pakai macam ni.

CABARAN BUAT SAMBUTAN TEMA ORANG KAMPUNG DENGAN PASAR TANI

Kami sebenarnya bergerak sebagai satu pasukan.Yup inilah rahsianya.Walaupun Kelab KGS ada pengerusi, Naib pengerusi, Setiausaha dan Bendahari serta AJK, bila kita bergerak sebagai satu pasukan, semuanya rasa balance dan saling menyokong.Takde yang suka mengarah atau bagi pendapat je.Semuanya buat sama-sama.

Mana mungkin semuanya berjalan lancar.Dari mula memang kami amalkan open minded.Boleh bagi pendapat, tapi tak semestinya pendapat itu diterima dengan mudah.haha. Nasiblah sebab dalam grup AJK Tertinggi semuanya kami bincangkan, dari sekecil perkara sampai ke yang paling penting.

Ada juga di saat akhir, ada cadangan AJK supaya kami tukar plan lokasi, tapi bila dibincangkan semula, kami kekal dengan pilihan lokasi yang asal.Memang setiap hal, ada pro n cons, tapi percayalah suatu hal bila kita mesyuaratkan dengan baik. InshaAllah pilihan itulah yang terbaik.

Ini pula kaunter jajan dan biskut zaman dulu.zaman cikgu awk kecik-kecik kan.

siap ada label kat setiap gerai ya. Details macam tu sekali kite orang buat.Nak bagi nampak mood Pasar Tani tapi macam kat kenduri kampung.

Gerai sayur-sayuran. Manis sekali QM yang bantu kami di gerai.Masa pilih sayur ni pun banyak benda kena pikir.Saiz sayur dan kuantiti yang kami perlu sediakan.Masa perbincangan,kami sepakat untuk membeli semua item dalam anggaran separuh sahaja dari bilangan sebenar guru dan staf di sekolah.Tujuannya bagi elakkan pembaziran.


Kita panggil ini acara kenduri sekampung. kejap lagi saya kongsi moment cikgu-cikgu makan atas tikar dalam talam ya.Subhanallah.Sebiji seperti yang kami rancang.

Siap photobooth warung nostalgia Hari Guru.Setiap AJK main peranan dengan baik sekali.Dari backdrop, persiapan pentas, tempat sehinggalah cari daun pisang untuk buat alas talam.Daun pisang pulak ambik kat belakang sekolah.haha.Macam complete each other gitu.

kuih muih dan jamuan guru kami sepakat buat potluck ikut rumah sukan.Menu pun kena ikut tema ya.Yang korang nampak tu baru kuih koci, sebenarnya dalam menu potluck kami listkan apa yang depa kena sediakan contohnya ubi rebus, lempeng kelapa, cekodok pisang, bubur kacang, air panas teh tarik dan kopi o, dan nasi lemak sahaja yang KGS sponsored.

Inilah barisan AJK KGS sekolah saya. AJK Cikgu lelaki tak sempat bergambar sekali.Masing-masing pun dah sibuk uruskan sesi bergambar dan lain-lain. Depa semualah antara orang kuat disebalik tabir bagi sambutan Hari Guru sekolah saya.

SAMBUTAN HARI GURU ERATKAN UKHUWAH DAN RAIKAN PENGHARGAAN

Sebenarnya sebagai seorang Guru, jika kita sudah biasa berperanan sebagai Penyelaras Program, antara objektif program mesti kena ada aktiviti atau pengisian yang merapatkan hubungan atau ukhuwah antara sesama guru sebagai rakan sekerja.Team adalah pasukan yang tidak bermula secara tiba-tiba.Dia kena ada bonding.Bila ada bonding, baru senang nak buat kerja.

Inilah part yang paling meriah.Semua guru kami sediakan sebuah beg mini, boleh pilih sayur atau buah sebanyak 5 atau enam item, ini kami anggap sebagai goodies atau hadiah hari Guru dari KGS buat semua.Entahlah nampak macam simple sangat kan.Tapi tulah, harap effort kite orang depa nampaklah kat situ.nak bagi moment pilih sayur kat Pasar Tani tapi kat sekolah gitu.Dengan pakai baju mak-mak pegi pasar dan pak-pak balik kebun.Alahai...

kenduri sekampung.Makan ramai-ramai dengan member memang best kan.Tambah lagi hari sekolah.Dia macam ko rasa ko balik kampung lepak-lepak tak payah pikir pasal kerja.ha gitu. Mood cuti pun hado.haha.

Alahai.seronok kemain.makan-makan dengan geng, nikmati suasana.

Masing-masing happy dengan hasil dagangan. Baru tau, gitu rupanya kegunaan kain batik selempang yang korang pakai.Bijak betul.

Alhamdulillah, selesai sudah story mory sambutan hari guru sekolah kami.Sebenarnya ada part aktiviti permainan dan anugerah yang saya belum kongsikan.Banyak sangat gambar nak tunjuk.haha.

Syukur.Apapun semuanya dengan izin dan pertolongan Allah sehingga menjadikan rancangan kami menjadi lebih baik.Pasti ada kelemahan dan kekurangan kat mana-mana.Itu semuanya adaalah kekurangan kami sebagai penganjur.Mohon maaf semua, dan Selamat Hari Guru-Guru Bitara Nadi Negara :)

Cik Matahariku :
Cukuplah senyum manis dan sorak sarai rakan guru- menjadikan hari sambutan sangat bermakna.
Ukhuwah antara kita tidak dibina sehari melainkan ada kebersamaan dan saling menyokong antara satu sama lain.

Post a Comment

0 Comments