Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Yay! lama dah tak bersiaran. Bukan mudah ya nak start menaip kat Blog ni walaupun ni blog ekau sendiri. Mungkin saya jenis tak istiqamah dan berdisiplin dalam penulisan Blog.Dia macam rasa tak cukup mood nak menulis dan dia tak de Big Why nak turun padang jenguk-jenguk blog sendiri.huhu.Harap catatan kali ini sempat sampai ke penghujungnya.
Satu lagi, bila kita fikir ada ke orang yang singgah blog kita ni.Cari apa je kat blog kita kan.Tapi tulah.Bila tengok stats blog, walaupun trafik tak sebanyak zaman kegemilangan yang boleh cecah hingga 1 juta views sehari, saya rasa bersalah pula.oooo..masih ada pembaca rupanya blog aku ni.Ada lagi orang baca post saya 10 atau 5 tahun lepas.Rasa macam ruginya tak aktif kat blog.Bayaran iklan mahal kot. Ha..tulah.Asyik pikir kepentingan dunia je.walhal dulu nak buat blog sebab nak bagi manfaat kat orang lain.waduhh. Mohon doakan saya kembali istiqamah gaiss.
Bulan Julai dan Kenangan Awal Berblog
Pada bulan ini, sekitar 15 tahun lepas adalah buat kali pertamanya saya mula publish post saya dalam blog Cik Matahariku. Ingat lagi masa tu, saya sedang pregnant anak ke-4, dan pada hari yang sama saya upload post pertama, petangnya sekitar maghrib saya selamat melahirkan putera pertama ( walaupun anak ke-4 sebab tiga anak saya yang diatas ialah perempuan ).
Alhamdulillah, saya direzekikan jenis yang mudah mengandung dan mudah juga melahirkan.Jadi, sebelah pagi sebaik saya siap mandi, saya publish post pertama setelah berhempas pulas buat tutorial buat blog ikut blogspot.Masa tu tak tahu pun blog ini akan berkembang dengan jayanya sehingga mampu menjana pendapatan pasif kepada saya.Yang saya ingat, masa tu buat blog sebab nak menulis sahaja.
Saya pula jika mengandung, kesemua baby saya akan lahir overdue, termasuklah anak keempat ketika itu.Nak jadikan cerita pula, rumah saya dekat dengan Hospital Selayang.Tak sampai lima minit dah boleh sampai hospital.Hari yang saya nak melahirkan pun, suami masih pergi kerja seperti biasa.Nampak tak betapa relaksnya laki bini bab nak deliver baby ni.haha.
Ok, itu semua kenangan yang bila kita ingat balik, baby yang kita lahirkan tahun 2011 tu,dah 15 tahun pun usianya sekarang.Alhamdulillah.
Kini, Blog Cik Matahariku sebenarnya masih sunyi tak seperti zaman saya aktif berblog sekitar tahun 2012-2017.Malah sepanjang PKP juga banyak resepi yang saya kongsikan sehingga hari ini masih lagi dilawati oleh pembaca blog.
Hanya apa yang saya doakan, blog ini benar-benar dapat memberi manfaat dan menjadi amal jariah yang berterusan meskipun saya sudah tiada lagi di dunia ini.Aamin.
Terima kasih jika anda masih lagi hadir menjadi pelawat blog saya. Boleh sahaja search banyak resepi yang saya kongsikan, siap dengan step by step cara menyediakan resepi tersebut.Jangan bosan dengan blog saya okey.haha.
InshaALLAH, ada kesempatan saya menulis lagi.Yang baik semuanya dari Tuhan semesta alam, saya hanya hamba yang selalu menzalimi diri sendiri dengan kesilapan dan kesalahan. Sampai jumpa lagi :)
0 Comments
Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!