Showing posts with label My Quotes. Show all posts
Showing posts with label My Quotes. Show all posts

Friday, December 18, 2015

Sebelum Engkau Mula Berkata-Kata, Fikirlah!

Friday, December 18, 2015 0
Dengan Bismillah, 
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Alhamdulillah, terima kasih jika masih sudi menjenguk Blog Kecil ini:)Ini nukilan kata yang saya temui dalam sebuah mini album lama yang hampir lunyai dikerjakan oleh putera kecil saya yang berusia 2 tahun 8 bulan-haih.


Padahal saya dah simpan elok dalam almari buku dalam bilik belajar anak-anak.Entah macam mana dia boleh jumpa dan selongkar.Err..lupa nak bagitahu, antara kelebihan putera kecil saya ni ialah dia boleh rosakkan apa-apa barang yang ada di tangannya kurang dari satu minit.huh.Hebat bukan..Sabarkan sajalah!:) 

Album kecil ini saya beli khusus untuk menyimpan "My Quotes" tatkala ada kelapangan masa atau ada kenangan dan pengalaman yang buat saya terilham menulis kata-kata mengenainya.

Mini album yang sudah agak kusam warnanya-kenangan zaman anak dara saya-pheww-

Hampir 12 tahun-Kini saya kongsikan kepada anda-readers Blog saya:)

Nukilan kata-kata ini ada kala lebih banyak ditujukan kepada diri saya sendiri apabila melihat perkara-perkara yang saya tak sukai berlaku ke atas saya.Ia, ada masa kita belajar perilaku yang baik apabila melihat perilaku yang buruk, ini bukan nasihat saya, tapi nasihat Luqmanul Hakim-

Sampai jumpa lagi, terima kasih luangkan masa untuk post yang tak seberapa ini-:)

Thursday, December 17, 2015

Manakah Yang Lebih Baik Buatku, Tuhan?

Thursday, December 17, 2015 0
Dengan Bismillah,
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Ungkapan doa ini saya perolehi sebaik selesai mendengar ceramah lewat malam Ramadhan tahun-tahun sudah.Saya sendiri tidak ingat bilakah kali pertama saya melafazkannya.Cuma, saya sangat bersyukur kepada Tuhan dan berterima kasih kepada Ustaz Ismail Kamus kerana berkongsi doa ini kepada kami.AlHamdulillah-

Semoga anda juga dapat manfaatnya bersama ya!


Terima kasih singgah blog kecik ini.Sampai jumpa lagi:)

Saat Engkau Tidak Disukai

Thursday, December 17, 2015 0
Dengan Bismillah,
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Saat Saya mengetahui bakal terbit buku Quotes oleh Prof Muhaya pada Januari 2016, saya mula pasang angan-angan dan impian suatu masa nanti saya ingin bukukan sendiri Nukilan kata-kata saya sendiri seperti Prof Muhaya.hehhe.Harapnya readers blog kecik saya ni sudi doakan hasrat saya ini-InsyaAllah!

Nah, saya kongsikan salah satu Quotes yang saya nukilkan tatkala membaca sebuah kisah tentang kesedihan seseorang yang dirinya sentiasa dipandang rendah dan tidak disukai.Ya, inilah "nasihat" saya kepadanya, jauh dari sini:)


Terima kasih, sampai jumpa lagi:)