Cara Promosi Blog Baru


Dengan Bismillah,
Memandangkan saya baru sahaja terjebak  menyertai dunia blogging nih, maka sudah tentu banyak perkara yang saya perlu fahami, pelajari dan selidiki. Asalnya, saya letakkan beberapa blog pilihan saya dalam senarai bloglist kerana ia akan memudahkan saya untuk mendapatkan terus info terkini dari blog mereka.

Selepas melalui beberapa fasa menimba ilmu melalui alam maya, maka barulah saya sedar ada sesetengah blogger dan kebanyakannya begitu menyediakan contest kalau nak blog kita tersenarai dalam bloglist mereka.

Entri kali ini saya ingin memberikan panduan, bagaimana memilih blog informasi yang dapat memberi kita banyak info tentang dunia blogging.



Klik gambar untuk mendapatkan info blogging daripada penulis

Klik gambar untuk mendapatkan tutorial yang mudah difahami di maribina blog

Panduan Memilih Blog Berinformasi Kepada Blogger Baru
  1. Aktiviti Blogwalking sangat membantu kita dalam mengetahui blog yang manakah menyediakan info dan tutorial yang mudah di fahami, praktikal dan bertujuan membimbing blogger baru. Walaupun blog personal, ada sesetengahnya yang dapat memberikan tutorial seperti pakar dan siap menunjukkan printscreen lagi.
  2. Ada sesetengah blog terkenal menyediakan sitemap dalam menu bar di atas setiap blog mereka. Kita boleh terus klik sitemap tersebut untuk melihat post blogger tersebut yang lama dan baru. Dari situ kita boleh menilai blog mereka.
  3. Baca Review blog yang terlibat dalam contest. Ia sangat cepat dan mudah. Kita akan terus diberi gambaran ringkas tentang sesuatu blog.
  4. Taip blog informasi di enjin carian anda. Itu lagi mudah kan ?
Blog Informasi yang saya maksudkan dalam panduan ini adalah khas berkaitan dunia blogging sahaja.Maksudnya blog yang banyak menghantar post tentang tutorial, tips SEO, dan banyak lagi.

Kalau anda mempunyai pandangan lain dan panduan yang lebih berguna bolehlah hantar komen anda ye. Terima kasih..

Post a Comment

8 Comments

  1. nice.. terima kasih untuk informasi yg simple tp berguna sangat buat blogger baru cam diri ini..huhuhu

    ReplyDelete
  2. eh, lupa plak..camna nak buat kotak komen yg macam ni eh? simple n easy utk komen.huhu

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas perkongsiannya. Memang berguna untuk new blogger macam saya. Anyway, nice blog :)

    ReplyDelete
  4. terima kasih semua yang sudi datang berkunjung ke blog ini..:)-

    ReplyDelete
  5. Terima kasih. Saya juga masih baru. Banyak yang hendak dipelajari.

    ReplyDelete
  6. good tips untuk org baru seperti saya. terima kasih.

    ReplyDelete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!