Panduan Isteri Bekerja Cekap Di Dapur


Dengan Bismillah,
Saya pernah "merungut" tentang suri rumah berkerjaya dalam entri ini, tentang keletihan saya menguruskan rumah tangga ( tak mithali sungguh isteri sorang ni..huh! ) tetapi pada masa yang sama, saya juga seperti suami saya, bekerja dan sudah tentu masing-masing akan keletihan apabila sampai di rumah.

Nah, pembaca semua. Sekarang , mari kita ubah paradigma kita tentang suri rumah berkerjaya. Jika anda hebat di ruang-ruang pejabat atau mana-mana tempat anda bekerja, mari kita juga tunjukkan kecekapan dan kehebatan kita di dapur. Wahh..ayat macam bagus sangat kan?

Apa salahnya mencuba perkara baru ( jika anda belum melakukannya ) dan berhenti merungut tentang penat atau letih sebab anda suri rumah berkerjaya.Cuba check list panduan di bawah, adakah anda sudah benar-benar cekap menguruskan wilayah dapur anda.


  • Pastikan bahan-bahan utama masakan seperti bawang, bilis, cili kering, halia dan lain-lain sudah siap diblender dan simpan di dalam peti sejuk. Jika bila mula ingin memasak, masa tu baru nak terhegeh-hegeh  kupas bawang dan blend cili kering, memanglah letih makcik weii..heheh.

  • Jika ke pasar, mintak tolong abang kat pasar tu siang atau bersihkan ikan siap-siap, potong ayam siap-siap, kalau terlupa, mintak tolong abang kat rumah buatlah..


  • Masak dahulu sayuran berdaun ( sebab sayuran berdaun jika tidak disimpan betul, mudah layu dalam peti ais ), kemudian barulah diikuti jenis sayuran lain.


  • Sediakan juga bahan makanan lain untuk dimasak waktu penat tahap gaban teramat seperti mee kuning, bihun, spaghetti, maggi (heheh), sardin dan seumpamanya.

  • Pilih masakan yang ringkas dan cepat disediakan pada minggu bekerja  seperti masak kicap, masak lemak dan lain-lain.Hari bekerja merupakan hari-hari dimana waktu itu kita banyak guna tenaga dan minda, dan selalunya kurang selera nak makan-makan yang grand. Makan untuk alas perut sahaja.
Haa..buat masa ini, cukuplah setakat ini panduan khas untuk para wanita bekerjaya menguruskan wilayah dapur anda dengan cekap. Saya akan update panduan terkini, jika ada perkara baru yang boleh disisipkan di sini..

Seperkara lagi, sudah tentu panduan ini tak relevan langsung sesuai kepada wanita berkerjaya yang sudah ada bibik, wanita yang suka bahan-bahan masakan segera ( tinggal panaskan je..) dan wanita berkerjaya yang memang malas memasak..Ok. 

Post a Comment

3 Comments

  1. betul2..heheh kadang2 merungut jugak kalau semua dah ada depan mata..heheh

    ReplyDelete
  2. heheh..samalah kita cik ayuezan...:)-

    ReplyDelete
  3. sesuai utk ibu2 yg bekerja ni..m3h surirumah je..hehe

    ReplyDelete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!