Cara SPR tanggani Isu-Isu Kontroversi Dalam PRU 13

Dengan Bismillah,
Cuti hujung minggu ini, saya penuhi waktu-waktu terluang dengan meninjau-ninjau beberapa laman web berkaitan pilihanraya umum yang bakal berlangsung mulai 20 April 2013 dengan Hari penamaan Calon dan hari kemuncak untuk seluruh rakyat Malaysia ( Kecuali bagi mereka yang mendapat pelepasan mengundi Awal atau Undi Pos ) iaitu pada 5 Mei 2013 ( Ahad ).

PORTAL RASMI PRU 13


Turut memaparkan kemudahan menyemak daftar Pemilih

Menyalurkan pelbagai informasi Pilihanraya sama ada untuk Pengundi atau Ahli Politik

Paling utama sudah tentu laman web ini yang menjadi tumpuan saya kerana sebagai penghubung informasi kepada pembaca blog saya, sudah tentu saya harus seiring dan mendahului mereka dari aspek menyebarkan info-info berkaitan Pilihanraya Umum ke-13. Hal ini kerana saya melihat kecenderungan pengunjung ( baca entri saya yang ini ) yang datang ke blog saya memilih entri berkaitan pilihanraya sebagai fokus carian tertinggi mereka di Google.

SPR TANGGANI ISU KONTROVERSI
Entri kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda semua akan isu-isu yang sering dibangkitkan oleh kalangan orang awam atau pemerhati politik atau mana-mana penyokong parti yang bertanding dalam pilihnaraya. Isu-isu yang dibangkitkan ini bakal menimbulkan keraguan kepada para pengundi jika mereka tidak mendapat gambaran dan penjelasan yang tuntas daripada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).

Berikut merupakan antara isu-isu yang menjadi kontroversi sepanjang PRU diadakan di negara ini :

 ISU 1:   Nama Pemilih Yang Telah Meninggal Dunia Masih Belum Dikeluarkan Daripada   
            Daftar Pemilih
ISU 2:    Pemilih Tidak Bermastautin di Alamat Tempat Dia Didaftarkan
ISU 3:   Terdapat Ramai Pemilih Didaftarkan Dalam Satu- satu Alamat
ISU 4:   Pemilih Hanya Mempunyai Alamat Umum Tetapi Tidak Ada Nombor Rumah di     
            Dalam Daftar
ISU 5:    Pemilih Terdapat Kesilapan Butiran Peribadi Pemohon di Dalam 
            Daftar Pemilih

Memandangkan isu ini sentiasa berulang dan dibangkitkan, maka SPR telah mengambil inisiatif memberikan penjelasan dan huraian yang terperinci akan isu-isu tersebut melalui portal rasminya yang diwujudkan sempena PRU 13 kali ini.

Penjelasan dan Huraian terperinci itu boleh anda dapatkan dengan melayari terus portal rasmi SPR sepertimana yang saya paparkan di atas atau terus ke laman ini.

Post a Comment

7 Comments

  1. terima kasih Tirana Aduka, sudi membuat kunjungan balas ke sini..:)-

    ReplyDelete
  2. entry yang menarik.. memang keyword ini masih lagi panas.. selamat maju jaya dan mencari tips yang berguna.. apa pun yang paling penting readers lbih baik dari followers.. Teruskan berusaha untuk mencapai kejayaan..

    ReplyDelete
  3. nice entri, good sharing. ini info yg kita terlepas pandang..

    ReplyDelete
  4. tq sis, kdg2 isu ni sengaja dibangkitkan pihak berkepentingan untuk meraih undi..hehhe..sbg pengundi, kita ada hak untuk tahu dan ambil tahu hal sebenar..terima kasih bc entri ni:)-

    ReplyDelete
  5. err,sy belum layak mengundi...tp sebagai rakyat Malaysia rasanya kita kena peka dengan isu semasa ni...SPR dah buat yg terbaik...so harapnya tak adalah tuduhan yg tidak berasas dilemparkan pada pihak SPR...

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum ... kakak saya seorg jentera pilihanraya . maka dia ditugaskan utk settlekan isu 2 yg di atas tu lah . mmg letih n byk sgt ...

    ReplyDelete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!