Biskut Semperit Rangup Idaman Malaya

Dengan Bismillah dan Selamat Sejahtera,
Biskut Semperit Rangup Idaman Malaya bukanlah resepi biskut semperit baru ya. Saya tengok dekat search keywords di blog saya, ramai juga yang mencari resepi Biskut Semperit rangup. Terasa sedikit macam chef cookies raya pulak bila entri yang saya publish tu menjadi pilihan untuk di kongsi dan juga dicuba cara membuatnya.



Tatkala saya menulis dan publish entri ini, saya sekadar memilih resepi yang pada saya memang terbukti keenakannya berdasarkan bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan Biskut Semperit rangup. Saya tahu ramai blogger masakan yang telah pun publish resepi biskut semperit rangup ini pada dua tiga tahun raya yang lalu.

Maka, sudah tentu jika saya publish juga resepi biskut semperit rangup ni, akan tercampaklah entri saya ini ke halaman 20 atau 15 atau paling best sikit halaman ke-2 dalam engin carian Google.Lalu macam mana entri saya akan dibaca oleh ramai pengunjung?Cumanya saya ada belajar sikit-sikit macam mana entri dengan tajuk sama boleh tersenarai di halaman pertama di search engine Google. Hmm..ada sesiapa nak tahu? 

Entri saya yang berjaya tersenarai di laman pertama engine carian Google.
Menulis Dengan Ciri-Ciri SEO

Seingat saya, saya dapat ilmu ini masa menyertai contest "10 Blogger Terbaik Malaysia" anjuran Oh Cikgu.com dan saya perolehinya di Blog Blogger ini.Ianya berkaitan menerapkan ciri-ciri Search Engine Optimization (SEO) dalam penulisan kita. Cubalah cari di Blog Blogger yang saya maksudkan tu. Banyak sangat ilmu yang Beliau curahkan dalam penulisan di blognya, tinggal kita sahaja mahu mempelajarinya atau tidak kan...

Kita Bukan Blogger Famous

Bagi saya, apa pun yang kita publish dalam blog, jika ianya dapat dinikmati oleh ramai readers lagi bagus daripada terperap dalam list post. Yelah, kita bukan blogger famous yang sebut nama orang dah tahu apa blog kita. Jadi, jangan buang masa menulis sesuatu yang baik tetapi tidak dapat dikongsi dengan lebih ramai readers.

Saya sedang belajar dan sedang berusaha memperbaiki mutu penulisan dan cuba memastikan setiap penulisan saya bermutu dan berkualiti untuk dibaca. Harap anda begitu juga. Selamat Belajar Memajukan diri dan Blog anda semua...:)

Post a Comment

0 Comments