Resepi Kek Batik Mudah dan Sedap

Dengan Bismillah,
Bulan puasa ni kadang-kadang selera makan kita mengalahkan orang mengidam, ye tak? Err..Kalau bukan anda, orang lainlah tu yang seleranya macam-macam.Sebab itulah, kalau sesekali pi Bazar Ramadan, rambang mata tengok pelbagai jenis lauk, kuih-muih dan macam-macam jenis nasi yang boleh kita jumpa.Kenapa agaknya orang puasa inginkan makanan berbukanya sesuatu yang lain, yang jarang-jarang dimakan atau nak cuba menu makanan yang baru? Entahlah, ekau sendirilah jawab.

Menghampiri 12 hari berpuasa, tak pernah sekali pun saya kongsi sebarang resepi di sini.Kali ini saya ingin kongsikan resepi Kek Batik Mudah dan Sedap. Memang banyak resepi kek batik kat internet, tapi resepi yang saya kongsi ini istimewa sebab saya mencuba kali pertama buat kek batik ni dengan menggunakan resepi ini dan telah buat banyak kali untuk anak-anak saya.Encik Husband saya kurang gemar kuih-kuih manis ni, tapi apakan daya, bila anak-anak dah pandai mintak apa yang depa suka, kenalah masak kan?heheh.

Resepi Kek Batik Mudah dan Sedap


Bahan-bahan kek batik yang mudah dan sedap

Bahan-bahan :

Biskut Marie (350g) dipatah 2 atau 3-  Saya biasa guna biskut marie original Hwa Tai.
Susu pekat manis (setengah cawan)
Telur (3 biji)
Butter (375g)
Coklat masakan (400g)
Milo (15 sudu penuh)

Cara-cara Membuatnya :

1.Campur kesemua bahan diatas di dalam sebuah kuali (kecuali biskut marie). Hidupkan api dan kacau sehingga semua bahan cair dan bercampur dengan sebati.Api jangan terlalu besar.

2.Apabila campuran sudah sebati, rasa sedikit. Jika suka rasa yang lebih manis, waktu ini tambah lagi susu pekat manis. Jangan berhenti kacau, jika tidak nanti ia berkerak - nanti tak sedap! Terus kacau sehingga mendidih.

3.Bila telah mendidih, tutup api. Waktu ini adunan akan jadi nampak berminyak (disebabkan butter). Masukkan kesemua biskut marie yang telah dipatahkan dan gaul sehingga sekata. Kuali besar mungkin memudahkan kerja mengaul ni.

4.Masukkan adunan tadi kedalam sebuah bekas yang beralas plastik sedikit demi sedikit. Tekan perlahan-lahan dengan tangan supaya mampat. Ulang proses ini untuk beberapa kali sehingga habis adunan dalam  kuali. Biarkan sejuk seketika sebelum masuk kedalam peti ais.

5.Bila sudah keras, keluarkan kek batik dari bekas bersama plastik. Kalau kek batik tak keras, nanti lembik dan sukar untuk dipotong. Bukak bahagian tepi plastik dan sedia untuk dipotong..yummy!

Langkah Demi Langkah Buat Kek Batik Yang Mudah dan Sedap

Andai kata, inilah first time anda nak belajar membuat kek batik yang mudah dan sedap ni, jangan susah hati. Sesiapa pun boleh buat kek ni asalkan sanggup dan mahu mencuba. Saya kata mudah sebab bagi sesiapa yang baru nak belajar buat kek batik ni, anda boleh tonton di youtube cara buat kek batik sedap ni dengan hanya klik pautan ini: Kek Batik Cikgu Menoh.

kek Batik Cikgu Menoh
Resepi kek Batik yang sedap ini memang mudah nak menyediakannya selain bahan-bahan yang digunakan pun tak banyak dan pelik-pelik. Saya ni orangnya kalau nak buat atau ikut resepi baru, paling malas kalau ada bahan-bahan yang pelik ( susah nak cari dan memang tak tahu apa ke bendanya tu ).

Jangan lupa ucapkan terima kasih kat tuan punya resepi ni :mused.moments. Apa tunggu lagi, nak tahu betul sedap ke idak resepi kek batik yang saya kongsi ni, pi lah buat sekarang..:)

Post a Comment

4 Comments

  1. Saya pernah mencubanya. Resepi itu dari kawan. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  2. Kek ni memang mudah, isteri saya selalu juge buat...memang sedap!

    ReplyDelete
  3. anak buah lelaki saya expert buat ni . sbb dia suka mkn . tapi manis nya , mak oiii ... dah thp mcm nak kena kencing manis ... heheheee

    ReplyDelete
  4. wah......dah lama tak makan kek batik.....

    ReplyDelete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!