Dengan Bismillah dan Selamat Sejahtera,
Biskut Raya Popular 2013 yang saya senaraikan ini sebenarnya berdasarkan kepada apa yang saya temui setiap kali saya beraya sepanjang tujuh hari Syawal 1434H, termasuklah biskut raya dirumah mak sendiri, mak mertua, saudara mara sebelah Kota Tinggi dan Muar, dan juga termasuk biskut raya yang saya temui di daerah Segamat, Johor.Nampak sangat beraya sakan kan?hehe.
Saya tahu, ramai yang sudah selamat menunaikan puasa enam kan? InsyaAllah, saya akan mengikut jejak anda selepas ini. Maklumlah orang perempuan dengan keuzuran syari`e, doakan saya sempat menunaikannya.amin.Jadi, bagi sesiapa yang kembali menyambung ziarah raya di kediaman masing-masing, jom kita tengok. sama tak pilihan biskut raya popular kita.
Senarai Biskut Raya Popular 2013
1. Biskut Semperit
Biskut Raya Popular yang ini memang tak sempat nak hidang kat tetamu beraya di rumah mak saya di Kota Tinggi, Johor. Saya anak beranak telah berjaya melicinkan sebalang biskut semperit rangup tajaan adik saya ni. Keenakannya kerana kerangupannya memang tiada tandingan.Memang terbaiklah.Nak tahu cara buat biskut semperit rangup, resepinya di SINI.
2. Biskut Dahlia
Biskut Popular yang ini kami orang-orang Johor (ecehceh) panggil Biskut Dahlia.Memang wajib ada kot kat semua rumah.Biskut ini jadi popular sebabnya asal beraya je, biskut ini yang saya cari dulu. Bila cari biskut ini di rumah-rumah yang saya pi beraya, mesti jumpalah!. Jadi, saya buat andaian biskut Dahlia ni memang famous di seantero Johor.hehe.
3. Biskut Tart Nenas Cair di Mulut
Biskut ini saya gerenti bukan setakat popular di kampung-kampung sahaja, malahan harus ada di majlis rumah terbuka hari raya di mana-mana sahaja.Biskut popular raya yang ini, kalau tak raya pun memang orang cari. Sekarang ni, dah ramai yang pandai buat tart nenas sehinggakan banyak versi pulak saya jumpa. Apapun, tart nenas cair dimulut tetap menjadi pujaan hati saya.( kalau nak resepi tart nenas cair dimulut, klik SINI )
4. Biskut Almond London
Biskut Raya Popular ini ramai orang panggil Biskut Almond.Biskut ini memang popular sepanjang zaman. Walaupun ia biskut moden, tapi saya tengok makcik-makcik kat kampung pun ramai yang suka buat biskut ini dan bergaya betul dengan mengisinya ke dalam balang raya depa. Mungkin kerana ada unsur "london" kat situ, jadi ia boleh jadi tarikan pengunjung yang datang beraya (huh..memandai je buat teori sendiri ). Saya terpaksa sembunyikan kuih ini dari pandangan anak lelaki saya yang berusia 2 tahun, sebab taknak baju raya dia comot kalau makan biskut ni.hehe.teruknya mak sorang ni.
5.Biskut Bangkit Santan
Biskut Bangkit Santan pula terkenal sebagai biskut tradisional. Jadi, tak heranlah kalau biskut ini saya masih jumpa time beraya.Lagi satu, biskut ini merupakan biskut kegemaran mak dan mak mertua saya, maka wajiblah biskut popular yang ini popular di rumah depa.hihi.
Hmm..cukuplah setakat ini saya senaraikan biskut raya popular 2013 hasil tinjauan saya sepanjang beraya di Johor.Tengoklah gigih ke tak, raya-raya pun siap buat homework untuk blog.hehe.Nantikan pula edisi biskut raya popular di KL ya.
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
0 Comments
Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!