Dengan Bismillah dan Salam Sejahtera,
Bila tulis perkataan popular tu, rasa macam perasan pulak.Macamlah popular tu sampai juta-juta pageviews kan.haha.Okeh. Ini blog saya kan. Blog Personal lagi. Dah tentu banyak cerita pasal diri sendiri atau blog sendiri.hehhe.Karang cerita pasal orang lain dan blog orang lain, kenalah buat blog khas review blog.Dok gitu ?
5 Post Popular Minggu Ini.
Apa kata, kawan-kawan semua tengok dulu senarai 5 post popular Minggu ini di Blog Cik Matahariku.Mungkin anda pernah membacanya atau pertama kali melihatnya.Yelah kan, kalau dah ini first time ekau jumpo blog yang "boleh tahan" malas update ni..uhuk.uhuk.
- Kematian Yang Dicemburui
- Post ini bukan sahaja yang popular minggu ini tetapi yang paling popular di blog saya sehingga membawa pv sebanyak lebih 10 k ke blog saya dalam satu hari.Inilah entri bermusim yang mewarnai blog saya.Entri ini menulis tentang kematian syahid seorang anak muda Ahmad Ammar Ahmad Azam yang dimuliakan di Turki.
- Sambal Goreng Jawa Sebenar Orang Johor
- Post ini pula saya publish pada bulan Ramadan yang lalu.Masih lagi menjadi antara carian popular di blog saya.Entri resepi memang boleh membawa traffik berterusan kepada blog, itulah nasihat Blogger HH dalam panduan yang dikongsikannya.
- Redha Allah dan Redha Manusia
- Post ini saya publish sebagai follow up Post Kematian yang dicemburui kerana traffic yang di luar dugaan.Pun kerana saya mengikuti panduan melalui bacaan di Komuniti SEO Tegar di Facebook, jika ada post yang popular, buat satu entri sambungan atau yang berkaitan dengan post tersebut.AlHamdulillah.Manfaat kepada pembaca dan saya juga belajar sesuatu daripada strategi ini.
- Cara buat serunding kelapa yang mudah dan sedap
- Ini pun post yang saya publish semasa bulan Ramadan lalu.Namun masih relevan kerana orang buat serunding bukan hanya bulan puasa je kan.hehhe.
- Contest SEO Eridy: Siapa Eridy?
- Antara 5 Post Popular di atas,post ini sedikit mengejutkan saya. Post Contest SEO Eridy. Sebenarnya entri post tu dah kira ke laut jugalah sebab dah tercampak ke halaman 4 atau 5 di Google.com.Tapi tulah.hehhe.Macam mana nak menang ni.huhu.Tapi saya buat juga entri sambungan untuk contest ini kerana melihat potensinya untuk terus maju.Sila Klik Contest SEO Eridy :5 entri Pilihan untuk baca entri sambungan.
Okeh.Selamat membaca semua!

0 Comments
Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!