Kenapa Cari Suami Cik Matahariku ?

Dengan Bismillah dan Salam Sejahtera,
Minggu lepas bukan main pasang azam, kalau cuti sekolah nanti, nak update entri kat blog banyak-banyak.Kalau boleh satu hari, nak update sampai 2 hingga 3 entri. Nampak gayanya, semangat menulis tu tak berpanjangan sampai ke minggu cuti.huhu.Semangat nak kena update entri tu sebabnya, dekat akaun Nuffnang, blog saya ada dapat 6 CPUV yang on going.

Blogger lain kata, kalau banyak iklan tengah On Going, kenalah rajin update entri supaya boleh tingkatkan Unique Visitor (UV) ke blog.Kenapa pulak macam tu ? Yelah kan,Unique Visitor ni kira pengunjung berbeza yang datang ke blog kita. Sebab earning CPUV ni dikira dengan melihat kepada bilangan UV yang kita dapat setiap hari selama iklan tu terpasang di blog. Kalau nak tengok CPUV yang blog saya dapat,bolehlah klik sini : CPUV Di Blog Cik Matahariku :)- Kalau nak tolog penuhkan tabung Nuffnang saya, boleh juga.hihi.

Kenapa Cari Suami Cik Matahariku ? 

Ha,ni satu lagi kemusykilan yang melanda fikiran saya sejak semalam.Kenapa Cari Suami Cik Matahariku? Saya nampak di search keywords dashboard blogspot saya, ada "orang diluar" yang menaip begini : Suami Cik Matahariku.Apa kehalnya dengan Encik Abang saya ni?hehhe.Wahh, berminat nampak!

Malam tadi, semasa kami keluar bersama-anak-anak.Saya kongsikan hal ini kepada Encik Suami yang di cari orang.haha.Encik Suami saya buat muka tiada perasaan saja.Nampak sangat dia tak faham dengan apa yang saya ceritakan.Saya ulang dan beritahu semula padanya.Barulah dia tunjuk reaksi.Owhh..dia cari Blog Abang tu..bagitahu nama Blog Abang "Go Blog".hahha.Kami sama-sama tergelak selepas itu.Perasan kan! Macamlah orang kenal dia.Saya ni yang ada blog sendiri pun, orang tak heran. Alih-alih yang orang cari Suami Cik Matahariku.Uikss.

Cerita Tentang Suami Modal Saya Dalam Blog

Begitulah rasanya.Kalau anda pembaca setia blog saya, sedikit sebanyak, saya akan selitkan cerita tentang suami atau anak-anak dalam blog saya.Tapi rasanya,lebih banyak cerita tentang suami kot.haha.Ya, itulah modal saya dalam menulis blog.

Saya tak tahulah sama ada dia ada baca apa yang saya tulis dalam blog ini atau tak.Cuma, yang saya tahu dia tahu saya ni Manager Blog Cik Matahariku.hehhe.

Senarai Entri Yang Ada Cerita Suami Cik Matahariku

Oklah, Bagi peluang kepada "orang" yang mencari Suami Cik Matahariku.Dia ada dalam cerita-cerita saya ini.Selamat Berkenalan ya..:)

8. Belajar Menyukai
9. Fahami Bahasa Tuhan
10.Hero Kecil dan Hero Besar

Akhirnya, Entri kali ini juga, dengan terpaksa saya bermodalkan kisah Encik Suami.heheh.



Post a Comment

0 Comments