Kenapa Nak Jadi Cikgu?

Dengan Bismillah dan Salam Sejahtera,
Jika sebelum ini saya pernah kongsikan cerita Best Ke Jadi Doktor? kali ini saya bawakan khas kisah terbaru dari dalam catatan Mama Imans, akan perihal puteri kedua saya yang sudah tanamkan niat dan hasratnya suatu hari nanti untuk menjadi seorang Guru.Setakat ini, saya belum pernah dengar dari mulutnya, yang dia ingin menjadi "guru macam mama".Jadi, saya buat andaian, saya bukanlah penyebab utama dia cenderung memilih kerjaya itu.isk.isk.adehh.

Kenapa Nak Jadi Cikgu ?



Saya pernah tanyakan soalan begitu kepadanya. Masa tu, dia masih lagi dalam darjah satu.Namun jawapannya ketika itu, agak sinis dan melucukan saya.Katanya begini :" Eqin nak jadi cikgu sebab bila Hari Guru, cikgu akan dapat banyak hadiah..".Errk..boleh tahan materialistik jugak anak dara saya yang sorang ni.huhu.Namun jawapan itu, masih tetap tidak berubah sehingga kini.Ah, budak seusia dia, tentulah seronok dirasa apabila membayangkan longgokan hadiah di depan mata.

Main Cikgu-Cikgu Di sekolah
Ada seperkara yang mengagumkan saya tentang puteri kedua saya ini ialah apabila pada suatu hari, saya menemui beberapa buah buku tulis yang tertera nama beberapa orang rakannya.Di dalamnya pula, terdapat beberapa latihan serta semakan yang ditandatangani oleh seorang "Cikgu Eqin".Wahhh!Apa yang berlaku sebenarnya ialah budak Eqin ni selalu main cikgu-cikgu dengan rakan-rakan sekelasnya.Itupun saya tahu melalui cerita si kakak tentang adiknya yang selalu main cikgu-cikgu dengan teman-teman karibnya.

Nampak gaya, dia sudah asah bakat menjadi guru sejak usianya 8 tahun lagi.Sah bakal Guru Besar ni nanti.haha.Jika cita-cita kakaknya mendapat sedikit tentangan dari saya kerana menganggap kerjaya Doktor " sangat sedikit punya masa untuk keluarga dan diri sendiri " maka untuk si adik pula, saya sangat menyetujuinya dan selalu mengaitkan segala tindakannya dengan "falsafah Teacer to be".

Falsafah "Teacher To Be"
Ini petua rahsia (uhuk..uhuk..rahsialah sangat) bagi saya dalam proses mendidik anak.Sebagai salah satu kaedah mendorong anak-anak berjaya dalam pelajaran dan mencapai cita-cita mereka, saya akan kaitkan sikap,tingkah laku dan disiplin anak-anak seiring dengan apa mereka ingin jadi.



Misalnya begini, saya akan menegur Eqin jika menulis latihan dalam bukunya dengan tulisan yang comot, dan katakan kepadanya bahawa: 
Nak jadi Cikgu, tulisan kenalah cantik, kemas,Kalau comot macam ni, macam mana nanti anak murid nak baca..?
Mendorong anak berusia 8 tahun yang kadang kala terlebih "auta" memang mencabar.Selain daripada helah nak jadi Cikgu BM apabila besar nanti, maka Eqin selalu "mengelat" dan mengelak kalau saya mintanya mengulangkaji pelajaran Matematik atau menghafal sifir.Alasannya kerana mahu jadi Cikgu BM dan bukan Cikgu Matematik, jadi dia tidaklah perlu pandai dalam Matematik!

Memandangkan berhadapan dengan "akal" dan "helah" budak sekolah rendah ini ialah sebahagian "kepakaran" saya, kerana itulah rutin yang perlu saya hadapi di sekolah, maka saya jelaskan begini kepada Eqin :
Eqin,Nak jadi Cikgu kita kena pandai 10 kali dari murid kita.Kalau kita hanya pandai BM, macam mana kalau ada murid kita tanya pasal Matematik? Cikgu kena jawab dan ajar apa yang murid kita tidak tahu.Kalau cikgu tak tahu, macam mana kita nak ajar murid kita dan bagi dia pandai?

Pesan Kalau Nak Jadi Cikgu 
Saya bukanlah guru sempurna, malah sentiasa sahaja ada kekurangan di mana-mana dalam pengajaran saya.Namun begitu, dengan sedikit pengalaman ini, mungkin saya dapat berkongsi gambaran dan sedikit nasihat yang mungkin bakal guru perlukan sebelum terjun ke bidang ini.Meskipun mana-mana pekerjaan ada cabarannya yang tersendiri, untuk menjadi guru yang berjaya, kesabaran mendidik itu harus ada.

Jika seorang guru tidak belajar bagaimana untuk sabar, dia tidak akan tahu nikmatnya mendidik anak murid yang lemah dan dahagakan ilmu.Menjadi seorang guru juga perlu dedikasi. Tanpa dedikasi, mana mungkin guru itu dapat membantu muridnya memahami sesuatu pelajaran dengan baik dan berkesan.

Paling utama, guru itu haruslah punya ilmu yang menjadi bekalan baginya dalam menjadi sumber kepada muridnya.Jika seorang guru tidak punya ilmu, bagaimana dia dapat berbahagi ilmunya dengan anak muridnya?

Akhir sekali, harus juga diingat bahawa guru itu akan selamanya menjadi suri teladan dan sumber inspirasi setiap muridnya di sekolah, maka persiapkanlah peribadi, akhlak,tuturkata kamu sebagai guru.Mana mungkin, seekor ketam mampu mengajari anaknya berjalan betul.Bukan begitu?


Post a Comment

0 Comments