Cara Tingkatkan Earnings CPUV Dengan Cepat dan Banyak

Dengan Bismillah dan Salam Sejahtera,
Memandangkan dua tiga menjak ni ramai geng bloggers yang sakan kongsi dapat durian runtuh CPUV dari Nuffnang, maka sukalah hati saya untuk kongsikan info Cara Tingkatkan Earnings CPUV Dengan Cepat dan Banyak yang saya Google dekat Blog Tuan Hasrul Hassan. Ya, sudah tentulah info ini berkaitan dengan hal yang korang geng bloggers suka.heheh. 

cara mudah tingkatkan earnings cpuv

Seperti mana para blogger tahu dan maklum, bahawasanya pendapatan CPUV dari Nuffnang ni dikira dengan bilangan Unique Visitor (UV) yang datang ke blog kita.Tahu dok UV tu ghapo?Huk aloh mu.

UV tu sebenarnya bilangan pengunjung yang berbeza IP datang ke blog kita. Ringkasnya kalau nak mudah faham, dalam satu-satu masa, UV itu ialah individu yang berlainan singgah baca entri dekat blog kita.Kalau dalam sehari, Aaron Aziz datang blog saya dekat seploh kali, itu tidak dikira 10 UV sebab Si Aaron Aziz tu kan Selebriti..hoho..sori.Maksudnya kalau orang yang sama datang blog kita banyak kali pon, jangan perahsan UV korang bertambah dengan pesat ya.

Pengiklan akan beli sejumlah bilangan trafik daripada pengunjung unik (UV) blog anda. Kempen ini akan tamat apabila kuota atau jumlah trafik UV telah dicapai. Contohnya; pengiklan dari Sony akan bayar anda untuk setiap 1 UV dengan nilai RM0.10 dengan had maksima sebanyak 500 UV atau sebanyak RM50.00 bagi 500UV sepanjang kempen berjalan.

Ada juga yang pengiklan membayar mengikut tempoh masa, katakan selama 7 hari. Selama 7 hari iklan CPUV dari Sony (contohnya) akan kekal berada di dalam blog kita. Dan pihak iklan akan bayar sebanyak mana UV yang ada ketika kempen berjalan. Andaikata UV pada masa kempen berjalan adalah sebanyak 1000, dan pengiklan bayar setiap 1 UV itu dengan nilai RM0.20. maka dapatlah income dalam RM200.

Untuk iklan ini, jika peratusan dapat capai 100% CTR, maka anda akan dapat bonus-CTR. Katakan tadi pengiklan hanya mahukan 1000 UV je untuk iklan mereka dipaparkan, tetapi semasa iklan CPUV ini berlangsung nilai UV yang hadir dalam blog adalah lebih, maka Nuffnang akan berikan bonus ini. Bonus ini dibayar oleh Nuffnang dan bukan pengiklan.( Sumber : Blog Tuan HH )

Walaupun ada yang beranggapan pendapatan dengan Nuffnang ini bergerak amat perlahan, tapi sebenarnya ada cara dan teknik tertentu yang kita boleh guna pakai untuk memastikan earnings tersebut bertambah dengan cepat dan banyak.

Ya, tentu kawan-kawan nak tahu, bagaimana dan apa cara hal ini boleh terjadi? Apa kata kawan-kawan baca info seterusnya ini.Berikut merupakan cara termudah dan paling owesome untuk anda Tingkatkan Earnings CPUV Dengan Cepat dan Banyak.
  • Anjurkan segeman, giveaway atau contest ketika iklan CPUV berada di dalam blog anda.
  • Blogwalking dan bloghopping sekerap boleh untuk mendapat perhatian blogger lain jejaki blog anda.
  • Menyertai segmen, giveaway dan contest yang blogger lain anjurkan.
  • Ping blog anda ke laman ping, Facebook dan Google+ Page.
  • Buat satu atau dua entri dengan kata kunci popular ketika itu. Walaupun, entri tak tersenarai dalam laman pertama enjin carian, tetapi tidak salah mencuba. Ia boleh bawa trafik dari pengunjung unik walaupun entri berada di laman kedua atau ketiga.( Sumber : Blog Tuan HH )
Apabila anda melakukan teknik yang dinyatakan secara istiqamah, maka Insha Allah akan meningkatlah bilangan UV ke blog anda.Ringkasnya, apabila UV bertambah , maka secara tidak langsung ia juga akan meningkatkan pendapatan CPUV anda.

Memandangkan ramai blogger yang sedang bergumbira dengan mendapat CPUV yang berderet-deret daripada Encik Nuffnang,maka saya sarankan segeralah bertindak dengan melakukan mana-mana cara Tingkatkan Earnings CPUV Dengan Cepat dan Banyak.

Terima kasih sudi baca dan boleh kongsikan jika suka..:)

Post a Comment

0 Comments