Lebih Baik Diam Kalau Tak Tahu Masalah Orang

Dengan Bismillah dan Salam Sejahtera,
Entahlah.Hari ni ada rasa macam nak ketuk kepala sendiri.Takpun pi tepi dinding,hantuk kepala perlahan dekat situ.Ada sedikit kes terpencil berlaku pada saya hari ini time balik dari sekolah.Ringkasnya,saya takpun bermaksud nak kecilkan hati sesiapa. Tapi tulah, hati orang bukannya kita tahu kan?


Ada jugak kot tutur kata saya yang menyinggung hamba Allah tu.Sebaik sahaja hamba Allah tu "membebel" dekat saya dengan nada tak puas hati, saya terus kunci mulut.Terus kepala rasa berpinar-pinar.Automatik terfikir: Aku ada cakap benda salah ke?Haihla...

Saya tahu.Kalau saya ambil tindakan membela diri,alamat lagi sebakul saya kena balik.Untung saja dia tidak sumpah seranah.Syukur.

Saya pun luah dekat sini bukan nak bela diri atau kata saya ni bagus sebab tak lawan balik apa yang hamba Allah tu kata.

Cuma saya belajar satu perkara dekat sini.Dan saya mahu,anda yang tengah dok baca entri yang tak tahu hujung pangkal ni, pun dapat pekdah dengan luahan saya ni.Pendek kata pengajaran yang saya dapat hari ini ialah :

Manusia ni memang macam-macam.Sedangkan orang yang selalu kita jumpa atau kita kenal pun, ada masa kita tak boleh faham hati depa.Inikan pula orang yang kita jumpa entah dari mana, pertama kali pulak tu.Memang sangat harus kita tak faham depa kan.Jadinya,kalau terjadi peristiwa yang tidak diingini, atau tiba-tiba kita kena hamun bukan samun ya..err..buat tak tahu dan diam sudahlah.Mungkin terang-terang dia salah. 
Tapi manalah tahu,kalau pada cara dia berfikir,kita yang salah.sabarkan jelah.Api memang tak boleh lawan dengan api.Lagipun,manalah kita tahu masalah orang tu.Mungkin kerana masalah lain yang sedang dia hadapi,dia jadi sensitif dengan apa yang kita buat dekat dia.sabar sajalah...
Oklah.Tu je nak kongsi hari ni.Sekian terima kasih daun keladi...:) 

Post a Comment

0 Comments