Rezeki Blog :CPUV Oktober

Dengan Bismillah dan salam sejahtera,
Saya setuju dengan beberapa pendapat kengkawan blogger iaitu time kita dapat CPUV dari Nuffnang, sewajarnya kita kongsikan dalam blog sebagai penghargaan kepada pengiklan yang sudi pilih blog kita.Satu lagi biar kawan-kawan tahu dan tolong klik iklan..hahahha..yang ini saya pandai-pandai tambah.



Tapi itulah.Nak kata macam mana.Hampir empat bulan blog saya sepi daripada mendapat sebarang CPUV.Dalam tempoh tu, sempat jugak bertukar angin pasang iklan Komli dan Advertles, sampai hilang status Glitterati.

Akhirnya saya kembali pasang iklan Nuffnang setelah melihat kelebihan beriklan dengan Nuffnang berbanding pengiklan lain.CPUV ini saya perolehi setelah saya kembali mendapat status Glitterati dan update survey di Blog Nuffnang.

Syukur Alhamdulillah.Semoga terus bertambah CPUV untuk blog ini.aamiin.Bolehlah korang doa ramai-ramai sekali ya.heheh.

Ok.jom tengok berapa banyak CPUV yang tuan tanah dapat ni, kemain canang satu kampung.Taklah banyak mana, tapi bolehlah sebagai ganti "lepas rindu" sekian lama tak dapat CPUV kan.Menyampah!


Dapat 3CPUV sekaligus. Nampaknya kena bekerja keras tuan tanah demi meningkatkan earning dan membantu pihak pengiklan yang bersusah payah pasang iklan dekat blog ni.ecehceh.

Semoga perkongsian ini memberi insprasi dan semangat untuk kengkawan semua update blog lebih rajin ya!

Post a Comment

0 Comments