Cara Mudah Buat Roti Jala Yang kekal Lembut dan Kari Ayam Resepi Istimewa Yang Sedap

Dengan Bismillah,
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Seronok sangat anak-anak saya kalau mama depa buat roti jala dan cicah dengan kari ayam.Buat macam orang lain jugak.Tak beza mana pun.Yang depa kata sedap dan dok puji sebab mama depa jarang-jarang buat roti jalan ni.hohoho.Ingat senang nak menjala atas kuali leper tu?

Kalau buat setakat makan dua tiga orang memang takdak hal kan, den ni kalau buat roti jala tu, mahunya separuh paket tepung gandum tu harus habis.hahha.Anak-anak tengah membesar dan tambah lagi makan ramai-ramai sesama adik beradik, mana tak sedar sorang makan sampai 3 ke 4 keping roti jala.Sabar jelah ye.

Set hidangan lengkap roti jala yang kekal lembut dengan resepi istimewa kari ayam versi mak mertua :)
Cara Buat Roti Jala Supaya Lembut
Saya ni kalau nak masak apa pun, kena ada resepi atau tukang ajar.Takdelah memandai sendiri atau buat terus jadi.Maklumlah den ni kan Chef to be.hohoho.Yelah sangat tu kan.

Jadi, saya ikut je resepi ni.Memang sedap hasil roti jala yang saya buat tu,tak syak lagi beb!

Bahan-Bahan Buat Roti Jala :
3 cawan tepung gandum
3 ½ cawan air / santan / susu cair
1 biji telur
sedikit pewarna kuning
1 sudu besar marjerin ~ dicairkan
1 sudu kecil rata garam
sedikit minyak (untuk lengser pada kuali)
roti jala yang sedap ialah apabila kita makan ia berasa lembut, berlemak dan boleh dimakan begitu saja.Resepi yang saya ikut ini memang very recommended.

Cara-Cara Membuat Roti Jala: 
  1. Campurkan semua bahan-bahan di atas menggunakan whisker hingga sebati. Tapiskan.Kalau nak cepat, boleh blend dalam blender bahan-bahan di atas.
  2. Panaskan kuali. Lengserkan dgn sedikit minyak pada kuali.
  3. Dengan menggunakan acuan roti jala ceduk adunan tadi  dan kirai ke dalam kuali menjadi seperti jala .
  4. Biarkan hingga roti jala masak. Tak perlu dibalikkan. Terus saja angkat & masukkan ke atas pinggan lalu dilipat atau digulung mengikut kesukaan anda.
  5. Buat hingga habis. (tak perlu lengser minyak setiap kali nak kirai roti jala,lengserkan sekali sekala saja kerana dah ada marjerin dlm adunan.Jika guna non stick pan lagi senang )
  6. Pastikan setiap kali sebelum menceduk adunan mesti sentiasa dikacau adunan terlebih dahulu supaya adunan sebati semula daripada proses mendapan.
  7. Hidangkan samada bersama kuah kari, rendang, serawa durian atau apa saja kuah kegemaran anda.
Hidangan kari ayam ni sesuai untuk banya aktiviti makan-makan seperti jamuan, kenduri kesyukuran, pot luck atau jamuan rumah terbuka hari raya.

Bahan-Bahan Untuk Buat Kari Ayam
1/2 ekor ayam ~ dipotong kecil
2 biji kentang ~ potong dadu atau belah kepada dua atau 4 bahagian pun boleh
3 ulas bawang merah dihiris
3 ulas bawang putih ditumbuk halus/ kisar
4 ulas bawang merah ditumbuk halus/kisar
1 cm halia ditumbuk halus/kisar
4 sudu besar rempah kari ayam
2 sudu kecil cili kering blend
3 sudu makan serbuk ketumbar/ tumbuk ketumbar ( resepi istimewa mak mertua)
sikit saja air asam jawa/ 1 keping kecil asam keping
1 kotak santan kara atau sebarang jenama/santan sebenar
air secukupnya utk kuah (nak pekat jgn byk sgt)
sikit minyak
garam & perasa secukupnya
bunga lawang, kayu manis dan biji pelaga (1 set)
daun kari 3 tangkai
Cara-Cara Menyediakan Kuah Kari Ayam Istimewa Yang Sedap
  1. Panaskan minyak, masukkan hirisan bawang merah, daun kari dan tiga sekawan kayu manis and the gang.Biarkan sehingga terbit bau.
  2. Masukkan bahan yang ditumbuk dan bahan campuran rempah. Kacau dan biar hingga wangi.
  3. Masukkan isi ayam dan sedikit air. Biar mendidih dan  ayam hampir masak. 
  4. Masukkan bahan-bahan lain spt ubi kentang, santan, garam & perasa dan masak hingga kentang empuk. 
  5. Renihkan kuah dengan api yang kecil sehingga terbit minyak.
  6. Biarkan secukup rasa. Sedia dihidangkan bersama roti jala atau apa saja kegemaran anda.
Enaknya kari ayam istimewa resepi mak mertua saya.Satu-satunya resepi masakan kari ayam yang kita tambahkan serbuk ketumbar.Ia menjadikan kuah lebih pekat dan kari kita lebih sedap.Cubalah resepi ini, InshaAllah korang pasti menyukainya juga.heh.

Selain roti jala yang kekal lembut, korang pun mesti utamakan kari ayam yang sedap.Saya pula,memang akan buat kuah kari  yang sedikit pekat jika mahu dimakan bersama roti jala.Barulah ngam kann.

Contoh Acuan Roti Jala Supaya Roti Jala Cantik Digulung
antara contoh acuan roti jala yang bleh digunakan untuk membuat roti jala


Ini pula contoh acuan roti jala dengan botol.saya pula guna acuan biasa yang berwarna oren

Selamat mencuba ya! kepada yang baru pertama kali ingin membuatnya jangan risau tak jadi.Kalau susah sangat ekau buat je lempeng biasa.Cicah kuah kari. pon sodapp.hahaha.


Post a Comment

6 Comments

  1. 3bwg merah dihiris dan 4bwg merah ditumbuk atau kisar tu y mne bwg kecil n bwg besar ye?hehe...rempah kari boleh tahu jename ape?terima kasihhh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tiga ulas bawang merah yang dihiris tu bawang kecil, 4 ulas bawang merah yang dikisar tu juga bawang kecil.Tujuan bawang kecil yang dihiris tu nak bagi rempah tumisan berbau lebih sedap dan harum.Biasanya bawang yang dihiris tu saya masukkan mula2 bila minyak dah panas bersama daun kari dan herba 3 sekawan tu..

      Delete
    2. saya guna rempah kari babas, tapi sekarang sebab sokong produk muslim first saya guna rempah kari Adabi:)

      Delete
  2. Saya dah cuba memang menjadi lembut, terima kasih berkongsi resipi.

    ReplyDelete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!