Happy Anniversary ke-11 Encik Suamiku

Dengan Bismillah,
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Bukanlah ingat sangat date anniversary kami ni.Entah,Tak tahu kenapa saya atau dipihak Encik Suami sendiri jarang nak ingat tarikh kami disatukan sebagai pasangan sah suami isteri.Macam pelik kan.Inipun saya teringat tatkala Amsyar Iman meluahkan kepada saya yang dia mahu makan kek.

Ini kek Hari Jadi Amsyar Iman time bulan Julai..Tengok potongan kek tu pun dah tahu kann..
betapa depa ni memang hantu kek..hoho..
Amsyar Nak Makan Kek
Saya pun naik hairan.Dia mintak nak makan kek ni pun, time saya temankan dia tidur.Saya pun mulalah fikir bila lagi birthday terdekat ahli keluarga dalam rumah kami yang akan meraikan hari jadi.Rasanya tiada.Anak sulung baru sahaja meraikan hari lahirnya pada 21 November baru-baru ini.

Masa dok fikir inilah tetiba neuron dalam otak ni bersambung-sambung ( macam dalam iklan susu anmum tu..hahah..) dan mengingatkan saya bahawasanya esok ( 7 Disember ) merupakan antara tarikh bersejarah dalam hidup kami berdua.

Yelah, biasanya apabila kami raikan bab-bab birthday atau yang lebih kurang macam tu barulah depa jumpa kek.Kalau setakat nak makan kek sesaja, tak payah!Depa ni dah cukup manis, krim, gula dan lemak dalam badan.Erkk..sebab tu montel dan bulat-bulat semua.mueheheh.

Sebab Tak Ingat Tarikh Anniversary
Nak kata tak romantik sebab anak pun dah keliling pingang, tak jugak.Ada masa, Encik Suami masih tetap suka menyuapkan makanan untuk saya.hoho.romantiklah sangat kan.Pegi balik kerja rutin kami tetap sama sejak dulu.Masih dia mencium dahi saya dan saya akan memeluknya kuat-kuat.uhuk-uhuk.sampai terbatuk den.

Sampaikan pernah Encik Suami mencipta kod tertentu bagi kami mengingati tarikh pernikahan kami ni.Terutamanya bila nak isi borang tertentu yang memerlukan kami mengisi butiran perkahwinan kami.Teruk sangat ke?..hehhe.Mungkin banyak lagi perkara lain yang lebih penting, sehingga kami tidak serius dan memfokuskan hal ini.Ya, mungkin inilah sebabnya!



Terima Kasih Suamiku
Sementara dah teringat ni, saya cubalah nak rakamkan hari bahagia kami ni dalam blog kecik ni.Dulunya time kahwin, tak tahu lagi berblog.So, takdelah nak kongsi cerita jadi raja sehari dalam ni.Nak wish macam mana ye?

Eh.eh..belek-belek entri lama, ada sangkut juga satu cerita tentang Anniversary ni.Boleh baca : Jodoh Pada 13 Syawal.

Oklah.Rasanya saya nak sebut satu perkara je dekat Encik Suami nanti.Nak ucapkan terima kasih dekat dia sebab buat saya rasa bahagia, disayangi, dihormati, dikasihi dan dihargai.huhu.Satu lagi, terima kasih sebab selalu tutup aib saya yang banyak dalam rumahtangga kami.

Saya ingin jadi isterinya yang selalu cukup dengan segala pemberiannya.Dan saya harap dia maafkan dan ampunkan semua kekurangan, kelemahan dan ketidaksempurnaan saya dalam menjadi isteri dan ibu kepada anak-anaknya (anak kami).

Untuk readers semua, sudilah apa kiranya doakan yang baik-baik dalam keluarga dan rumahtangga kami.Doakan saya dan dia (kami) akan sentiasa bersama waktu senang dan susah, waktu gembira dan sedih, waktu kami saling memerlukan.Semoga segala urusan kami dalam menunaikan tanggungjawab sama ada sebagai suami dan isteri atau ibu dan bapa kepada anak-anak kami sentiasa dipermudahkan Allah.Semoga dipermudahkan urusan kami dan ahli keluarga kami dalam menjadi hamba-hambaNya yang soleh, solehah, beriman dan bertaqwa kepadaNya.Aaamiin.

Terima Kasih semua :)




Post a Comment

0 Comments