Post Cuti Sekolah

Dengan Bismillah, 
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Cuti sekolah dah masuk seminggu.Baru kali ini saya berkesempatan update blog.Owhh.Aktiviti cuti sekolah bagi geng mak-mak macam saya ni lagi padat dan sibuk ghupanya!.Anak-anak dah rancang nak buat macam-macam.Mamanya jugak yang terkebil-kebil.Mak aii.Sapa mama sekarang ni, anak oii?





Takpelah.Redho jelah.Teringat ada satu nukilan dari seorang anak kecik kepada ibunya.Take time n no need to rush Mum..Yelah.Saya positifkan je kepala otak ni.Inilah masa terbaik untuk bersama-sama depa dan paling penting, moment dengan anak-anak ni bukan boleh diulang-ulang kan.Sebab tulah den taip entri ni kul 3.30 pagi beb.hohoho.

Dapat Mesej Dari Blogger Contact Form
Ada ke sesiapa yang pasang widget Blogger Contact Form dekat blog masing-masing?Saya ada letak dekat sidebar, dan baru-baru ni ada dapat mesej dan mesej tu lebih kepada penghargaan,bagi sayalah.Bila ada orang hantar mesej berbau pujian..ceh gitu, rasa bersalah pulak kalau biarkan blog ni senyap sunyik je.kan?

Tak patut betul kan?Orang dok ketuk pintu, beri salam dan bertandang ke rumah kita, kita buat dono je.Erkk..memang tak patut!Memang patut hukum block je blog macam ni.huhu.

Saya Dah Ada Blog kedua!
Inipun salah satu sebab musababnya.Saya baru saja siapkan buat blog baru yang kedua. Tapi blog yang baru ni dibuat memang lebih berfokus kepada dunia biz.Ceh gitu.

Tak seronok pulak, bila datang sini asyik cerita pasal komisen masyuk dan dapat jana income dari blog.Nampak sangat mata duitannya.hoho.Walaupun ia bukanlah satu kesalahan besar kan?

Belum ada perasaan nak kongsi dan bagitahu kengkawan nama blog baru tu.Ingat nak built up artikel banyak-banyak dulu baru share nama blog baru ni.Doakanlah saya mencapai impian dan buat yang terbaik untuk kedua-dua blog saya ini.Insha Allah.aamiin,

Terima Kasih Jadi Readers Blog Saya
Ini je pun yang saya boleh cakap.Terima kasih tidak terhingga sebab sokong blog kecik ni selama hampir 3 tahun ia beroperasi iaitu sejak Julai 2011.Saya bukanlah pandai sangat bab tulis ayat-ayat memuji bagai ni.Tapi apa yang saya tahu, saya akan tulis kalau hal itu lahir dari hati kecik saya.

Aikk.semua kecik je.Dah tu apa yang besar? Takde.Melainkan badan sendiri,hoho.Oklah.Selamat membaca dan ambillah mana-mana yang baik dari blog ni.Kalau bagus untuk kita, kongsikan pulak dekat orang lain, mungkin bagus jugak untuk depa:)

Post a Comment

0 Comments