Tarikh Sebenar Pemberian Bonus dan Gaji Penjawat Awam

Dengan Bismillah
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Merata, sana dan sini kawan-kawan dalam geng whatapps kongsi berita dan maklumat tarikh sebenar pemberian bonus dan gaji kepada penjawat awam.Saya yakin, ramai yang sudah maklum bahawa tarikh 5 Januari 2015 ( Isnin) yang dikatakan sebagai tarikh pemberian bonus kepada kakitangan awam adalah tidak tepat malah telah mengelirukan banyak pihak.


Inilah bahana atau kesan sampingan apabila media sosial mendahului media rasmi kerajaan.Segala maklumat sahih atau tidak menjadi faktor kedua.Malah ada yang ambil sikap, suka share dan sebar tanpa ambil peduli ketepatan berita yang dikongsikan.

Hari ini, Timbalan Menteri Kewangan kedua tampil membuat kenyataan bagi menanggani kekeliruan orang ramai khasnya kakitangan awam yang tertunggu-tunggu tarikh sebenar pemberian bonus kepada mereka.

Menurut Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, kerajaan setuju membuat pembayaran awal iaitu pada 15 Januari 2015 (Khamis) bagi imbuhan tahunan atau bonus sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM500 kepada penjawat awam dan bantuan khas RM250 kepada pesara kerajaan 

Beliau berkata, kerajaan berharap pemberian itu dapat meringankan beban penjawat awam akibat banjir serta membantu persediaan persekolahan anak-anak.

"Dalam Bajet 2015, kerajaan mengumumkan pemberian bonus sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM500 kepada penjawat awam dan bantuan khas sebanyak RM250 kepada pesara kerajaan.

"Pemberian bonus dan bantuan khas ini dijadualkan dibayar bersekali dengan gaji bulanan Januari 2015.

Jadi, jelaslah kini bahawa tarikh sebenar pemberian bonus penjawat awam ialah pada 15 Januari 2015 manakala tiada perubahan bagi pembayaran gaji bulanan kakitangan awam iaitu pada 22 Januari 2015 (Khamis).

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda:)

Post a Comment

0 Comments