Dia Memilih Untuk Akur PerintahNya

Dengan Bismillah,
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Banyak perkara yang seseorang itu fikirkan, terutama bagi seorang selebriti seperti Che Ta, yang baru-baru ini dikhabarkan telah berhijab sepenuhnya.Alhamdulillah.Sangat Happy saya mendengarnya.

Meski bukanlah peminat tegar artis-artis, tetapi sebagai Blogger saya mengikuti perkembangan ini.Bukan setakat penghijrahan Che Ta sahaja, malah ramai lagi artis di Malaysia yang saya kira, boleh dicontohi kisah mereka untuk dijadikan inspirasi semua wanita yang sudah berhijab atau sedang berkira-kira untuk berhijab..:)

Hasil carian imej untuk gambar che ta bertudung

Keyakinan Untuk Berubah Ke Arah Yang Lebih Baik
Seperti kita semua tahu, populariti Che Ta bukan setakat dalam dunia lakonan, beliau banyak muncul dalam kaca televisyen sebagai duta pelbagai produk berjenama, terlibat dengan pengacaraan, seorang bisnesswoman dan paling baru ialah apabila dikurniakan seorang puteri yang sangat comel meskipun hamil pada usia 40an.Cukup sempurna melihatnya!

Saya sangat terkesan apabila Che Ta menuturkan begini dalam sebuah akhbar perdana berkenaan keputusannya untuk berhijab sepenuhnya.
Saya amat bersyukur dengan hijrah ini. Apa lagi yang saya mahukan dalam kehidupan saya. Dikurniakan anak-anak yang baik, yang comel, suami yang sempurna dan rezeki yang murah.Jadi, inilah masanya saya perlu mensyukuri nikmat dariNya dengan menjadi Muslimah dan beristiqamah. InsyaALLAH,”-Sumber : Sinar Harian
Semoga Terus Diberi Hidayah dan Istiqamah
Tahniah kepada Che Ta yang memilih untuk akur akan perintahNya.Saya percaya, Che Ta sangat yakin, apabila kita bersyukur dengan setiap pemberianNya, maka dia akan tambah rezeki dan nikmat yang ada.

Tidak perlu takut akan rezeki dalam perniagaan atau pekerjaan akan semakin sempit apabila kita memilih untuk berhijrah ke arah yang lebih baik kerana Tiada yang lebih baik di dunia ini atau di akhirat sana melainkan Allah redha akan kita...




Post a Comment

0 Comments