Cara Buat Kuih Ketayap Dengan Sukatan Cawan

Dengan Bismillah,
Assalamualaikum dan Salam Sejahera,
Tentu ramai yang kenal dan pernah makan kuih ketayap kan?Makanan tradisi yang saya mula makan dan kenal sejak usia hingusan lagi.hoho.Sampai sekarang saya suka kuih ketayap ni.Anak sulung saya juga terjebak denga kesukaan saya ni.Selalunya, kalau saya beli untuk sarapan pagi, kami berdua sahaja yang belasah kuih tu sampai habis!


Pun begitu, pengalaman kali pertama saya buat sendiri kuih ketayap ni memang agak menghampakan.Mana taknya, time saya buat kuih ni dulu, saya pakat hentam keromo je cara buatnya.Saya anggap, buat kuih ni sonang je.Macam bancuh nak buat lempeng je kan.Gitulah betapa riaknya saya waktu first time buat kuih hijau ni.muehee.

Orang kata, practise make perfect kan.Saya usahakan beberapa kali buat kuih ketayap ni.Tapi mujur juga saya jumpa resepi sukatan cawan untuk buat kuih ketayap.Kuih ketayap ni, hanya akan sedap di deria rasa saya apabila tepung yang kita gulung tu lembut dan tidak liat.Warnanya juga mestilah hijau sebenar tidak pucat,

Paling penting  ialah inti kelapa yang kita letak dalam gulungan tepung tu, mestilah cukup manisnya, Tidak terlalu manis dan warnanya pula mestilah benar-benar coklat kehitaman seperti warna merah yang dimasak.Kalau warna gula merah atau inti kelapanya pun pucat semacam, pun saya tak berapa berkenan.


Hamboi, banyak benor pantang larang ekau setakat nak makan kuih ketayap ni ye!Tapi jika kita inginkan yang terbaik, mesti kita cari resepi buat Kuih Ketayap seperti yang menepati citarasa saya ni kan.Akhirnya, saya jumpa resepi yang beri hasil seperti yang saya inginkan.Marvellous beb!

Cara Buat Kuih Ketayap Dengan Sukatan Cawan
Nah, saya kongsikan resepi buat kuih ketayap paling sedap dan lembut yang pernah saya rasa.Intinya pun sedang elok time kita gigit kuih ketayap tu.Jom, buat sendiri kuih ketayap:)

Resepi Kuih Ketayap Asli dan Sedap
Sumber Asal Resepi :Resepi Cikgu Ani
Bahan-bahan untuk buat Kulit Ketayap:
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 3 helai daun pandan
  • 1 1/2 cawan santan
  • garam secukup rasa
  • 2 sudu makan minyak masak
  • Beberapa titis pewarna hijau (jika perlu)
Cara Membuat Kulit Ketayap
  • Blend daun pandan yang telah dipotong pendek-pendek dengan santan. 
  • Tapis dan perah.Campurkan semua bahan kulit, gaul rata.
  • Masukkan adunan ke dalam blender dan kisar hingga adunan sebati. (guna kaedah ni, adunan tak perlu ditapis untuk mengelakkan tepung yang bergentel.
  • Panaskan kuali. Guna api yang perlahan.
  • Sapukan kuali dengan sedikit minyak. (Saya simpulkan sehelai daun pandan dan sapu minyak menggunakannya).
  • Masukkan satu senduk adunan ke dalam kuali dan dadarkan adunan dengan melayang-layangkan kuali.
  • Biarkan kuih masak. (Tidak perlu diterbalikkan. Cukup jika dilihat atasnya sudah berwarna hijau semuanya.
  • Angkat. Ketepikan.
  • Ulang langkah yang sama hingga adunan habis. 
  • Sementara menanti kuih di dalam kuali masak, bolehlah dibubuh inti pada kuih dadar yang dah siap tadi.
  • Ambil sesudu penuh inti (nak lebih pun boleh). Letak di atas permukaan atas kuih. \
  • Ratakan. Lipat kiri dan kanan kuih. Gulung dengan kemas. Ke tepikan. 
  • Bila proses memasak dan mengintikan sudah siap, bolehlah dihidangkan
Bahan Inti Kuih Ketayap
  • 1/2 biji kelapa parut - ambil putihnya sahaja
  • 3/4 cawan gula merah - kalau tak suka manis, boleh kurangkan.
  •  secubit garam 
  • 2 helai daun pandan - disimpulkan
  • 1/2 cawan air
  • 2 sudu makan tepung gandum
Cara Membuat Inti Ketayap
  • Didihkan air dalam kuali. Masukkan gula merah, garam dan daun pandan. Masak hingga gula larut.
  • Masukkan kelapa parut. Kacau sekali-sekala hingga airnya kering.
  • Bila inti dalam keadaan agak-agak lembab, taburkan tepung gandum. Kacau rata. (Fungsi tepung ialah supaya inti melekat dan tidak berderai).
  • Sejukkan inti.

Hmmm..siapa tak geram kalau dapat makan kuih ketayap yang macam ni.Tengok warna hijau dan intinya yang coklat tu pun dah memikat selera.Rasanya?Pastilah lebih-lebih lagi.Memang recommended betul resepi ni.

Kepada yang berminat nak cuba buat sendiri, silalah mencubanya ya!Pastikan sapu dulu kuali untuk buat kulit ketayap tu  dengan minyak supaya kulit ketayap tidak melekat.Ok, selamat mencuba:)

Post a Comment

34 Comments

  1. Cik santan tu 11/2 cawan maner biase minum teh ke atau cawan tinggi sikit

    ReplyDelete
  2. boleh buat utk berbuka puasa nanti

    ReplyDelete
  3. terima kasih bertanya,saya guna cawan teh tu je..

    ReplyDelete
  4. Salam Cik Matahari ku,
    Terima kasih atas perkongsian resepi yang mudah ni.
    inshaaAllah petang nanti baru nak start buat kuih ketayap ni. 😊

    ReplyDelete
  5. Tq cik matahariku..mohon share resepi ni ye..

    ReplyDelete
  6. FAVRITE SAYA NI , BOLEH BUATT , TQ UNTUK RESIPINYA

    ReplyDelete
  7. Kalau guna gula melaka pun boleh kan? Tak sabar nak try.he

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh guna gula melaka sis..lagi cantik warna intinya nanti:)

      Delete
  8. Da wt ikut resepi sis nie..hasilnya terbaik. Tq ya

    ReplyDelete
  9. Salam..Adunan ni sekali bancuh dapat berapa ketul ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam sis, dengan adunan ni kita akn dapat dalam 4-5 keping ketayap kalau kita dadar dengan nipis.InshaAllah:)

      Delete
  10. Biasanya utk sukatan resepi di atas ni boleh dpt brp pcskuih ketayap eh sis..

    ReplyDelete
  11. Sedap... Abis dah..pusing2 Tgk tinggal pinggan je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh..untunglah..sempat buat kuih ketayap bulan puasa ni, saya tak sempat lagi nak buat, teringin juga nak buat sendiri:)

      Delete
  12. Dah try resepi ni, lembut sangat...memang sedap. Tq cikgu

    ReplyDelete
  13. Sy suka semua resepi cik..semua menjadi..terima kasih banyak².. 😘

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, terima kasih singgah blog sy dan cuba resepi di sini..:)

      Delete
  14. Assalamualaikum puan, minta halalkn resepi ye.. Sy 1st time buat & ikut resepi ni..kecuali gula melaka.. Sy tukar kpd gula apong. Alhamdulillah.. Kuih ketayap sy lembut & lemak.. Suami & anak2 suka💕

    ReplyDelete
  15. Kalau saya, masak air gula dia dulu. Kemudian tapis sebab gula merah banyak pasir @ batu halus.. bila dah tapis, batu lah saya masak bersama kelapa parut tu.

    ReplyDelete
  16. Klu nak buat byk cuma gandakan jek quantiti tu kan sis

    ReplyDelete
  17. Salam..nak tnya klu x de daun pandan ok tak hasilnyer nt...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam sis, kalau tiada daun pandan, boleh guna pewarna hijau atau boleh pilih warna kesukaan:) cuma dengan letak daun pandan kuih ketayap akan lebih berbau harum pandan.Selamat mencuba sis.

      Delete
  18. Salam sis...resipi ni untk 4-5 keping kn? Klo nk bt 10kping gandakan jew kn bahan2 tu?

    ReplyDelete
  19. Saya baru je ambil resepi,bila² nak try buat pulak

    ReplyDelete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!