Realiti Blogger Part Time

Dengan Bismillah
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Kali akhir saya publish post seminggu atau dua minggu lepas.Nampak sangat mood berblog macam merudum je.ahaha.Bukan begitu sebenarnya.Saya belum berjaya menjadikan blog dan status sebagai Blogger Part Time kepada Full time.hoho.Cita-cita dan harapan tu memang ada.Buat masa ni saya pasrah sajalah kalau kebanyakan masa terluang saya ialah untuk keluarga dan suami.pheww..bajet mak dan isteri mithali konon-kononnya!

Hasil carian imej untuk blogger

Cuti hujung minggu yang panjang saya luangkan denga menziarah kakak saya yang baru sahaja menjalani pembedahan kecil kerana mengandung luar rahim.Kemudian ikut Encik Husband saya dengan gathering bersama ex-classmates time dia belajar di universiti dulu.Banyak kali jugak saya 'menyibuk" dalam gathering ex-classmates husband saya ni.hehhe.Kemudian penghujung cuti, saya ke rumah adik saya di Shah Alam kerana bertemu dengan ibu saya yang datang dari Batu Pahat.

Rasa lama betul saya dah abaikan blog ni.Dalam pada tu, sempat juga habiskan novel yang saya baru beli di Popular.Pun dah lama sangat tak beli novel baru.Lain-lain sebab saya tak dapat fokus untuk duduk depan laptop ialah sekolah saya baru sahaja melangsungkan sukan tahunan.Ok..apa lagi alasan nak bagi kat sini ye.muehee.

Hasil carian imej untuk blogger

Inilah realiti Blogger part time.Kalau sekadar nak kongsi cerita merapu macam yang anda sedang baca ni, memang boleh dan tiada masalah. Selalunya berlaku idea datang mencurah, waktu saya bukan sedang di depan laptop.Ada juga sesekali saya catat dalam aplikasi Notes di semartphone saya, tapi tulah, semuanya tinggal draft je.huh!

Inilah hakikat lemahnya manusia macam saya dan kita.Kalau nak kejar dunia ni memang banyak benda kita nak buat dan fikir.Tapi bila fikir balik, banyak benda yang kita nak buat tu, adakah selari dengan tujuan akhirat kita atau akan jauhkan kita dariNya.Masya Allah..

Itulah gunanya faham dan belajar tentang al Awliyat atau keutamaan kita dalam hidup.Entah.Lama sangat tak ikut usrah macam dulu-dulu.Banyak sangat dah berkarat ni.

Kepada anda yang sudi baca blog saya ni, tak banyak saya minta.Tolong kongsikan dan sebarkan selagi mana apa yang saya kongsikan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada orang lain.Itulah hajat kecil saya dengan blog ini.

Semoga kehadiran kita dalam dunia ini ibarat sebutir garam, yang ada dan tiadanya sentiasa dirasai..:)

Post a Comment

0 Comments