Saturday, June 27, 2015

Petua Mudah Buat Pau Sambal Yang Gebu dan Lembut

Dengan Bismillah
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Masih ingat dan rasa kembang semangkuk pulak perasaan saya petang semalam tatkala kami sekeluarga sedang menikmati hidangan berbuka puasa.Encik Husband saya sangat susah memuji makanan saya dengan perkataan.Biasanya dia akan tunjukkan yang masakan saya mengikut seleranya dan sedap apabila dia makan banyak kali dan minta saya buat banyak kali.Itu je signal yang saya fahamlah setakat berumahtangga dengannya.

Hasil carian imej untuk pau sambal lembut

Tapi petang semalam, saya ada buat satu hidangan baru.ceh.macamlah apa sangat yang saya buat ek.Tapi respon Encik Suami yang buat saya senyum meleret tak berhenti.hoho.Mulanya dia kata begini, sebaik Pau sambal yang baru sahaja saya belajar membuatnya singgah ke mulutnya :

"Hmm..sedapnya! beli kat mana ni.."

Owhh..sedap ke? Lembut je kan paunya..saya pula tambah "angkat bakul sendiri"

Anak kedua saya yang mendengar kata-kata si Ayah, mencelah dalam perbualan kami.

"Pau sambal ni mama buatlah tadi ayah, bukan beli..Eqin dengan adik Mia pun tolong tadi."

"Ya ke..ehh..betullah..memang sedap..ishhh..sedapnya!!"


Agaknya kemenjadian pau yang lembut dan gebu membuatkan dia sampai terlupa "pantang larang" sampai terpuji pau sambal yang saya buat.muehee.

Kalau ikutkan, saya pun berdebar juga kot first time buat sendiri pau sambal ni, tapi dengan resepi yang mudah yang saya ambil dari blog ini: Ruhayurazali.blogspot.com,nyata pau sambal saya menjadi elok dan sangatlah gebunya.pheww..

Meh, saya kongsikan resepi dan cara buat Pau sambal yang gebu dan lembut.Ikut resepi ni, saya dapat hasilkan 12 biji pau dengan saiz sederhana besar.Sebenarnya niat nak buat comel-comel, tapi tak sangka pulak bila dia mengembang naik seganda besarnya.walaweh..

Resepi Pau Sambal Yang Gebu dan Lembut
Bahan adunan doh Pau:
  • 400 g Tepung gandum ( 4 cawan tepung)
  • 1/2 peket Yis mauripan yang telah dikembangkan dengan air suam
  • 2 sudu gula pasir
  • 1 sudu majerin
  • 2 sudu susu tepung
  • Sedikit garam
  • Sedikit air untuk mencanai doh

Cara dan Petua Mudah Menyediakan Pau Yang Lembut dan Gebu
  • Sediakan setengah paket yis mauripan dengan air suam dan satu sudu kecil gula pasir.Kacau hingga larut dan biarkan hingga berbuih.
  • Masukkan tepung ke dalam mangkuk,buat lubang,masukkan semua bahan-bahan dan uli hingga lembut.
  • Biarkan doh dalam 30 minit.Bila doh mengembang, tumbuk doh perlahan untuk buang angin.Kemudian buat bentuk bulat saiz ikut kesukaan sendiri.
  • Biarkan doh sampai mengembang sehingga seganda.
  • Goreng pau dengan minyak penuh supaya pau masak rata dengan gunakan api yang sederhana.
  • Bila sudah kekuningan, angkat dan toskan minyak.
  • Bila sudah sejuk, boleh belah dua pau (jangan belah sampai habis) dan masukkan inti sambal tumis, timun dan hirisan telur rebus.
  • Siap untuk dihidang.
Bahan-Bahan untuk buat Inti Pau Sambal:

  • 100gram cili kering yang telah digunting,direbus.***
  • 3 ulas bawang merah.***
  • 2 ulas bawang putih ( saya letak, resepi asal tak letak)
  • 1 sudu garam
  • 5 sudu gula pasir
  • 1 sudu asam jawa adabi
  • 1 sudu udang kering*** ( saya tak letak, tapi ganti dengan ikan bilis)
  • minyak masak untuk menumis
  • 1 ulas bawang besar potong dadu.( saya letak, resepi asal tak letak)

Cara memasak sambal Untuk Buat inti Pau
  • Blender bahan bertanda ***
  • Panaskan kuali, masukkan bahan kisar dan biarkan sampai naik minyak.
  • Masukkan gula,garam,asam jawa.
  • Masukkan bawang besar yang dipotong dadu.
  • Biarkan sehingga kering.
  • tutup api.
Kalau ikutkan, sambal yang saya guna time buat pau ni ialah sambal nasi lemak yang saya buat hari sebelumnya.Tu yang saya terfikir nak try buat pau sambal ni.

Alhamdulillah.Happy sangat sebab cubaan pertama menjadi dan disukai oleh anak-anak dan suami.Kalau anda berminat nak cuba buat pau sambal ni, memang reccommended dari sayalah-:)

Memandangkan Pau sambal ni feveret anak beranak saya, kira dah banyak kali jugaklah saya buat pau sambal ni dengan resepi yang sama.Memang terbaik resepi tu:) Yang di bawah ni, saya kongsikan pau sambal yang saya buat sendiri di rumah.Part yang saya suka ialah kita boleh letak sendiri sambal tu banyak mana.Yeahhh!

Buat Sendiri Pau Sambal Di Rumah




Boleh baca kat sini Cara Bergambar Buat Pau Sambal Yang lembut dan Gebu-pengalaman kali ke berapa entah saya berjaya buat pau sambal yang lembut dan gebu hih.hhhee.Memang puas hati dan berbaloi sebab dapat makan puas-puas pau sambal yang sedap.InsyaAllah:)



Blog Personal Berkongsi Panduan Kekeluargaan, Informasi Dunia Pendidikan dan Berita Semasa Serta Menulis Tentang Pengalaman & Hikmah Kehidupan.InsyaAllah.

2 comments

Hi sis, 1/2 peket yis tu yis yg berat nya bp gm?

Sila kongsi Komen anda disini dan terima kasih atas kesudian singgah membaca post dalam blog ini- Semoga ada manfaatnya kepada anda semua:)
EmoticonEmoticon