Dengan Bismillah,
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Nampak gaya cuti sekolah sempena Raya Deepavali saya kali ini memang sangat bermakna.Mana taknya, dok rumah sensorang, anak-anak bersekolah ( saya hantar anak ke sekolah yang berbeza dengan tempat saya berkhidmat ), sementara nak tunggu depa balik sekolah, saya pun mula buat hobi baru saya iaitu membaking kek.Cehh..cakap omputih gitu.haha.
Boleh baca kisah saya buat kek minyak kukus kali pertama di sini dan dapatkan resepinya sekali : Kali Pertama Buat Kek Minyak Kukus Moist Sukatan Cawan
Kek Minyak Kukus Moist sukatan cawan yang saya buat kali pertama |
Kali ini, memandangkan dah dapat sedikit confident tu, makanya saya nak kongsikan Cara Mudah Buat Corak Pada Kek Minyak Kukus.Taklah bagus mana, tapi saya harap dapat bantu kepada sesiapa yang baru hendak belajar buat kek khasnya kek minyak kukus.
Cara Mudah Buat Corak Pada Kek Minyak Kukus
Gambar yang saya kongsikan ini, adalah kek minyak yang saya sendiri sediakan dan harap dapat beri penjelasan yang lengkap kepada pembaca blog yang ingin tahu cara membuat corak pada kek minyak.
Buat kek minyak ni memang kena sabar sikit, especially time kita tuang adunan ikut warna tu.Kalau tak kena gaya, memang boleh bercampur semua warna. |
Nak dapat corak macam ni, letak lidi kat bahagian tengah dan tarik ke tepi loyang.Kalau dah suka corak ni, boleh terus masukkan ke dalam pengukus yang sudah mendidih airnya. |
Kali ini saya memang puas hati sebab corak saya terhasil dengan agak baik sekali.Perasaan tu, time tengok corak cantik macam ni memang sangat happy dan rasa wow!!hehhe. |
Kek Minyak selepas di kukus dalam 50 minit |
Masih kekalkan corak yang sama seperti sebelum dikukus |
0 Comments
Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!