Kisah Kasut Sekolah Buruk dan Anugerah Pelajar Cemerlang

Dengan Bismillah,
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Kadang-kadang saya takut saya salah dalam mendidik cara berfikir kepada putera puteri saya.Tapi berbekalkan dengan semangat dan cara berfikir yang begitulah saya anggap Saya dan Encik Suami dapat melayari kehidupan berkeluarga kami dengan rukun damai dan sederhana.Alhamdulillah:).

Kakak Iman dan adiknya Nur Iman Saqeenah-Sama-sama menduduki tempat pertama dalam peperiksaan Akhir tahun 2015.Bergambar selepas Majlis Ihtifal Sekolah.

Kisah Kasut Sekolah Buruk
Ini kisah peribadi dan benar tentang saya dan puteri sulung saya yang dipanggil Kakak.Adik-adik memanggilnya Kak Iman sahaja.Kakak bagi saya seorang yang nampak teliti dan cermat dalam melaksanakan pekerjaannya.Tapi pada masa yang sama dia juga sebenarnya seorang yang mudah careless.Dalam kelebihan dia teliti, dia jugak seorang yang cuai.Entahlah.Tak tahu nak kata sifat kakak yang sebenarnya.hehhe.

Nak jadikan cerita, belum pernah terjadi dalam sejarah persekolahan anak-anak saya yang lain yang seperti Kakak.Dalam tempoh 6 bulan pertama dia berada dalam darjah satu, dia telah berjaya hilangkan kasut sekolah sebanyak 5 kali dan mungkin lebih.Bayangkan! pheww.Ni kalau tauke balak pun mahu mengamuk dibuatnya.hihi.

Tapi tulah.Cara mendidik Kakak supaya menjaga kasut sekolahnya dengan baik tak lain tak bukan ialah kami biarkan dia pakai kasut sekolah yang buruk sahaja.Ada beberapa kali kasut sekolahnya tertukar, dia jumpa balik kasut orang lain yang ditinggalkan di sekolah.Kasut tu dah tentu buruk sikit dari kasutnya yang sebenar.

Setiap kali masuk tahun baru persekolahan, Kakak memang tak dapat chance beli kasut baru.Kenapa dia boleh tertukar kasut? Biasanya Kakak suka tukar kasut sekolah kepada selipar biasa sementara tunggu si Ayah mengambilnya pada waktu petang.Jadi, kerana sikap careless dia itulah menyebabkan dia selalu lupa dan tak ambik port kat mana dia letak kasut sekolahnya.

Nasihat Kasut Buruk 
Pada masa sama, sebagai Ibu, saya juga kasihan melihat Kakak yang jarang dapat rasa pakai kasut baru pergi sekolah.Tapi saya didik dia supaya tidak memikirkan  tentang kasut sekolahnya yang buruk itu.Saya katakan begini kepadanya :

"-Kakak, untuk berjaya kita tak perlukan alatan atau pakaian mahal.Tak perlu pensel mahal, kasut sekolah baru atau beg sekolah yang cantik-cantik.Yang penting kita kena fokus terhadap pelajaran kita.Tak semestinya kita tidak boleh berjaya kalau pakai kasut buruk ke sekolah.Yang tentukan kejayaan ialah usaha dan sikap kita.Bukan benda atau alat.Kemahuan dan keinginan kita untuk berjaya itulah yang buat kita boleh capai impian kita-

Kakak ketika itu berusia 10 tahun.Sangat kecilkah bagi anda untuk saya ajar cara berfikir yang begitu? Tidak bagi saya dan tidak juga kepada Kakak.Kerana saya telah bercakap secara terus dengannya sejak dia dalam kandungan dan sekitar usia 2 tahun saya sudah berbicara cara orang dewasa kepadanya.

Sejak itulah, Kakak tidak pernah hirau kalau dia tak dapat beg sekolah atau kasut baru untuk tahun baru persekolahannya.Sebabnya dia sentiasa dapat hadiah beg sekolah baru di sekolahnya sebagai hadiah kerana mendapat kedudukan tempat kedua dalam peperiksaan Akhir Tahunnya.

Kakak Iman menerima hadiah tempat pertama dalam kelas dan aliran pada Majlis Ihtifal Sekolah.

Baru-baru ini, dalam Majlis Ihtifal Sekolahnya, Kakak sekali lagi membuktikan dia melangkah setapak lagi ke hadapan apabila berjaya merebut tempat pertama dari seorang juara bertahan sejak kakak darjah 2 lagi.Kisahnya ada saya ceritakan di sini : Kejayaan Yang Sebenar- 


Semasa menerima Anugerah Pelajar cemerlang sekolah

Bukan itu sahaja, Kakak juga dipilih sebagai penerima Anugerah Pelajar Cemerlang bagi kategori perempuan tahap 2.Saya dan Ayahnya tidaklah begitu mengharap akan pengiktirafan itu kerana menyangka pasti ada "anak orang lain" yang lebih baik dan hebat daripada Kakak.Namun rezeki berpihak kepada Kakak.AlHamdulillah.

Pun begitu, dalam senyap dan diam-saya sentiasa sedar dan tahu apa yang Kakak buat sehingga memperolehi pencapaian yang sangat mengembirakan kami sekeluarga.Dalam hati, tatkala saya mendengar namanya diumumkan sebagai penerima Anugerah tersebut, saya cepat berbisik : You deserve it dear.."

Pun begitu, saya telah terlebih dahulu berbicara dengan Kakak, bahawa nilai berjaya itu luas.Tidak hanya dapat tempat pertama atau anugerah terbaik.Kakak sendiri pernah bertanya kepada saya begini : Lepas dapat nombor satu apa Mama?-

Saya senyum dan tahu dia ingin jawapan sebenar dari saya.Saya katakan begini :

"Kakak, kita hanya akan berjaya apabila kita dapat bantu orang lain berjaya macam kita.Kalau kakak dah dapat nombor satu, bukan bermakna akak dah tak payah belajar.Bukan bermakna akak dah cukup semuanya.Allah ajar kita, bila kita dah capai sesuatu yang kita inginkan, usahakan pula pekerjaan yang lain dan buatlah dengan sungguh-sungguh.kejayaan dalam peperiksaan tu hanya sebahagian hal dalam kehidupan kita.Ia hanya motivasi supaya kita sentiasa berusaha untuk capai yang terbaik .Kerana yang kita patut buat ialah Bersyukur.-


Semoga anak-anak kami akan terus suksess mencapai impian:)

Azam Untuk Bersyukur
Tentang bersyukur pula, ada saya kongsikan dalam cerita ini : Dan Jika Kamu Bersyukur-Bukan mudah untuk didik diri sendiri erti bersyukur yang sebenar.Tambah lagi kepada anak-anak kecil kami.Cumanya dalam setiap perkara saya atau Suami akan selalu ingatkan jangan membazir dan gunakanlah apa yang ada sebaiknya-InsyaAllah.

Saya kongsikan kisah ini dan berharap anda dapat hal baik daripadanya-Sampai jumpa lagi dan wassalam:)

Post a Comment

0 Comments