Dengan Bismillah,
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Kalau ikutkan dah banyak kali saya buat Pau sambal sedap ni dengan ikut resepi yang sama.Cuma kali ini saya sempat kongsikan gambar sekali time saya membuatnya.Ini juga bukanlah menu baru yang saya buat petang atau pagi semalam, seingat saya Pau Sambal ni saya buat sebab puteri sulung saya nak bawa ke sekolah sempena jamuan akhir tahun kelasnya.
Pau sambal lembut dan gebu
Ini kira permintaan dialah.Saya ikutkan je memandangkan buat Pau Sambal ni tak banyak bahan nak kena siapkan.Setakat sambal tumis untuk letak dalam pau ni, saya boleh sediakan sebelah malam.Senang cakap, pau sambal ini memang dah jadi feveret saya anak beranaklah gitu.:)
Sebenarnya ada cerita disebalik pembikinan kali pertama Pau Sambal saya ni.Kalau anda nak tahu, boleh baca kat sini : Pau Sambal Mama Sedap dan lembut-
Langkah Buat Pau Sambal Lembut dan Gebu
Apa yang saya kongsikan ini, mungkin tidaklah yang terbaik kalau dibandingkan dengan blogger masakan lain yang femes amous tu, tapi saya suka kongsikan ini khususnya kepada mereka yang baru nak belajar buat Pau Sambal yang sedap macam saya ni.
Boleh juga tengok post saya buat pau sambal inti telur rebus kat sini : Cara Mudah Buat Pau Sambal dengan Hirisan Telur rebus
Saya tahu, orang yang nak belajar dan beginner Cooker je yang sibuk Google resepi bagai nih.Jadi anggaplah anda telah bertemu dengan blog belajar buat sendiri resepi baru-ceh gitu.Jom kita mulakan sekarang ya adik kakak semua:)
Selepas dah uli tepung gandum, kita kena biarkan doh tu naik seganda macam dalam gambar.
Lepas tu, kalau dah naik, tumbuk perlahan doh tu untuk keluarkan angin dan uli semula dengan santai.Tak payah beriya macam mula-mula kita uli doh tadi.
Kemudian, bolehlah kita bulat-bulatkan doh tadi.Pun sama, biarkan juga supaya dia kembang lagi.Sebenarnya sedang elok kita siap buat bulat-bulat ni, ia akan mengembang sendiri dan ia tak banyak ambik masa kita pun.
Kalau dah kembang cantik semua, bolehlah kita goreng dengan api perlahan dan minyak yang penuh.
Kalau minyak sikit, pau ni tak masak dengan warna sempurnalah nanti.
Ini pau sambal yang baru diangkat dari kuali.Tunggu sejuk sikit bolehlah kita belah tengah dan masukkan inti sambal tumis.
Kalau nak senang dan cepat, belah tengah semua pau sambal tu barulah kita masukkan inti sambal tumis.Buat satu-satu ya!
Orait, yang ini dah letak semua inti sambalnya.Saya memang buat comel-comel supaya senang kawan-kawan kat sekolah anak saya nak ngap nanti.hehehe.
Nampak comot sikitlah.Maklumlah kerja sorang beginner kan.Kalau nak lagi sedap boleh tambah hirisan timun atau telur rebus dalam inti sambal tadi.
Yang tu, edisi lain kali lah ya!
Resepi Pau Sambal Lembut dan Gebu
Resepi Pau Sambal Yang Gebu dan LembutSumber asal : RuhayuRazali.blogspot.com
Berjaya di cuba oleh : Cik Matahariku
Bahan adunan doh Pau:
- 400 g Tepung gandum ( 4 cawan tepung )
- 1/2 peket Yis mauripan yang telah dikembangkan dengan air suam
- 2 sudu gula pasir
- 1 sudu majerin
- 2 sudu susu tepung
- Sedikit garam
- Sedikit air untuk mencanai doh
Cara dan Petua Mudah Menyediakan Pau Yang Lembut dan Gebu
- Sediakan setengah paket yis mauripan dengan air suam dan satu sudu kecil gula pasir.Kacau hingga larut dan biarkan hingga berbuih.
- Masukkan tepung ke dalam mangkuk,buat lubang,masukkan semua bahan-bahan dan uli hingga lembut.
- Biarkan doh dalam 30 minit.Bila doh mengembang, tumbuk doh perlahan untuk buang angin.Kemudian buat bentuk bulat saiz ikut kesukaan sendiri.
- Biarkan doh sampai mengembang sehingga seganda.
- Goreng pau dengan minyak penuh supaya pau masak rata dengan gunakan api yang sederhana.
- Bila sudah kekuningan, angkat dan toskan minyak.
- Bila sudah sejuk, boleh belah dua pau (jangan belah sampai habis) dan masukkan inti sambal tumis, timun dan hirisan telur rebus.
- Siap untuk dihidang.
Bahan-Bahan untuk buat Inti Pau Sambal:
- 100gram cili kering yang telah digunting,direbus.***
- 3 ulas bawang merah.***
- 2 ulas bawang putih ( saya letak, resepi asal tak letak)
- 1 sudu garam
- 5 sudu gula pasir
- 1 sudu asam jawa adabi
- 1 sudu udang kering*** ( saya tak letak, tapi ganti dengan ikan bilis)
- minyak masak untuk menumis
- 1 ulas bawang besar potong dadu.( saya letak, resepi asal tak letak)
Cara Memasak Sambal Untuk Buat Inti Pau
- Blender bahan bertanda ***
- Panaskan kuali, masukkan bahan kisar dan biarkan sampai naik minyak.
- Masukkan gula,garam,asam jawa.
- Masukkan bawang besar yang dipotong dadu.
- Biarkan sehingga kering.
- tutup api.
Ok.Setel dah bab buat Pau Sambal yang sedap, lembut dan gebu.Ada resepi lain yang saya pernah cuba tapi tak menjadi.Dengan resepi inilah saya berjaya buat Pau Sambal yang sedap dan lembut sehingga menjadi kesukaan anak-anak dan Encik Suami:).
Terima kasih sudi baca dan harap-harap anda juga suka mencubanya..:)
2 Comments
Assalamu'alaikum.. Terima kasih kongsi resepi.. Sy x try lg tp at least ada panduan.. - pn jai
ReplyDeleteT.k.Puan.Boleh try nih!
ReplyDeleteThanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!