Dengan Bismillah,
As Salam dan Salam Sejahtera,
Kebanyakan resepi yang saya kongsi dalam blog ini, antaranya saya belajar dari mak mertua saya atau panggilan biasa sejak saya berumahtangga dengan Encik Suami ialah Mak Muar.Ini antara ajaran Encik Suami yang saya sukai iaitu sebaik sahaja kami berkahwin, tiada istilah ibu atau bapa mertua dalam hidup kami.
Kami mengelar ibu bapa masing-masing sebagai Mak Muar dan Mak Kota, Abah Muar dan Abah Kota.That's it.Alhamdulillah.Hal ini berterusan sehingga kami mempunyai 5 cahayamata.
Kalau ikut tajuk post saya pada kali ini, sebenarnya saya nak kongsikan tips, petua dan resepi masak asam pedas ikan mayong dengan style masak mak Muar sayalah ya.hihi.Orang Muo gitu.muehehe.
Cara Masak Asam Pedas Ikan Mayong Style Johor
Asam pedas orang Johor memang istimewa sebab rasanya yang menyegarkan dan tak banyak sangat letak rempah yang pelbagai.Jadi, bila kita hirup kuah, rasanya memang umphh.Ceh, bajet orang Johor.Marah orang Melaka yang juga terkenal dengan Asam Pedasnya.hihi.
Eh, saya taklah ekstrim sangat dengan Asam pedas Johor sahaja, ada masa kalau balik kampung, mak Muar saya akan masak asam pedas style Melaka pulak.Menantunya yang sorang ni buat apa pula? Err..macam biasa saya suka ambik bahagian tukang potong dan siapkan semua bahan masakan, lepas tu Chef Barmah lah yang akan masak.hehe.
Jom saya kongsikan Cara Masak Asam Pedas Ikan Mayong bergambar lagi ko :)
Antara bahan-bahan Asam Pedas Ikan Mayong iaitu bawang merah, bawang putih, halia, kunyit hidup,serai,tomato, bunga kantan dan kacang bendi-Biasanya mak letak jugak daun kesom, tapi hari ni daun kesom ilek.hoho.
Satu lagi bahan penting masak asam pedas ialah cili kering yang kita kena blend dulu.
Sebelum tu, cili kering kena rebus dulu supaya cili masak dan bila kita guna dalam asam pedas rasanya lebih sedap.
Panaskan minyak terlebih dahulu.
Masukkan bawang merah, bawang putih, kunyit bidup dan halia yang kita tumbuk tadi.Tips mak saya kata, kalau nak asam pedas homemade yang sedap, bawang merah kena banyak dan ekau kena tumbuk segala mak nenek bawang tu.Serai tu kita ketuk sudah!hehe.
Masukkan cili kering blend tadi juga
Masukkan juga tomato yang dibelah empat dan juga serai yang dah diketuk tadi.
Biarkan sekejap sampai naik minyak dulu.
Bila bahan tumbuk termasuk cili kering blend dah naik minyak,
masukkan ikan mayong yang dah cuci bersih ya akhkak-akhak semua..:)
kacau ikan mayong tadi sampai rata dan masukkan pula air perahan asam jawa
Biarkan sekejap sehingga rempah masakan tadi sebati dulu dengan ikan.
Masukkan pula air secukupnya.Kalau suka hirup kuaha asam pedas macam saya,
kenalah letak kuah lebih sikit beb:)
Akhir sekali, kita masukkan bendi yang sudah kita potong tangkainya.
Pheww..nampak tak kuah asam pedas tu tengah dok mendidih.
Dah siap Asam Pedas Ikan Mayong kita..:)
Orait, yang mana terlebih atau terkurang tu, saya mintak maaflah ya.Bolehlah kepada sesiapa yang baru nak belajar masak asam pedas ikan mayong tu, belajar slow-slow ya.InsyaAllah, bila ada kemahuan dan niat yang betul, ALLAH akan permudahkan urusannya.aamin:)
0 Comments
Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!