Ayam Goreng Kunyit Mat Rock Memang Best!

Dengan Bismillah,
As Salam dan Salam Sejahtera,
Ayam Goreng Kunyit Mat Rock Memang Best!-phew..kemain buat tajuk post kali ini.Macamlah Abam Mat Rock nak bagi set free ayam goreng kunyit kat restoran dia kan.kihkih.Orait, ini kali kedua saya dan Encik Husband pi jalan-jalan makan kat Restoran Mat Rock-Ayam Goreng Kunyit yang terletak di Jalan Kampung Pandan, Taman Maluri Cheras.

Hidangan supreme di Restoran Mat Rock Ayam Goreng Kunyit

Kali pertama pergi sekitar bulan April tahun ni.Masa tu bawak semua rombongan Abang Haji.hehe.Kami tahu pasal Restoran Mat Rock-Ayam Goreng Kunyit ni time tengok kat HyppInspirasi program Selera Bajet, Chanel HyppTV, TM Unifi.Biasalah, askar ramai, kalau tahu pasal makanan sedap dan ikut bajet memang rugi kalau tak cuba.hoho.

Dating Makan Dengan Encik Abang
Nak jadikan cerita Encik Suami ambik cuti hari ini.Jadi, lepas ambil saya dari sekolah, kami pun pi makan kat restoran tu.Makan time lapar memang best kan?Tambah pulak ada orang yang susah-susah nak belanja.kihkih.

Sebenarnya time pergi first time dulu, kami tak berapa nak dapat nikmati makanan kat situ sebab budak kemetot yang mengeramkan tu meragam.Jadi, agenda makan kali ini selain balas dendam juga harap dapat makan dengan aman.Ceh gitu..kira dating sambil makan-makanlah ni:)-

blog Cik Matahariku review ayam goreng kunyit mat rock
sampai-sampai kat meja makan, waiters kat situ terus hulur menu yang 
warna oren garang ni.Kami pun tengok-tengoklah menu yang ada dalam tu.

Kan dah kata dua-dua pun tengah lapar, Encik Suami terus pilih set Super Supreme, sekali harung dapat semua set ayam,udang,daging dan sotong goreng kunyit.ya ampunnn abang Hajiku..ikut perasaan betul!
Habis diet ku..eceheceh...:)

Kalau datang sini, tak payah pening nak fikir bajet,sebab kat menu depa ni dah siap set makan untuk sorang, dua hingga empat orang lagi.Ko tinggal pilih je.Lagi satu jangan susah hati kot korang fikir portion ayam tu kecik-kecik ke hapa, potongan ayam ni memang just nice dan dia letak banyak kat pinggan korang tu.Memang tak kedekuts lah.

Udang yang dia bagi pun hok besar ibu jari kawe..erkk..sesuailah dengan saiz badan tukang taip ni kann..dan lagi satu, daging goreng kunyit dia memang sedap, lembut dan tak liat hokey..

blog cik matahariku mat rock ayam goreng kunyit
nilah ghupanya set supreme tu.Paling kami suka bab sambalnya yang
memang power pedas beb!memang berasap telinga dibuatnya..

Cik Matahariku ayam goreng kunyit
Dalam set ni ada jugak puding mango yang agak manis, air kami pilih lemon tea, fishball sup yang sedap, nasi yang banyak ..

puding mango and lemon tea 

cik matahariku
 haa..tengok!sah kalau macam ni mak mertua dok sebelah pon 
dia buat dek je ni..

 Dah baca bismillah ke tu Abang Haji?kihkih..
nasiblah, pi makan berdua je..tak pasal jadi model ayam goreng kunyit Mat Rock!Ehh..macam ada extra sepinggan nasi tu..siapa punya?

sotong goreng kunyit sedap mat rock
Poster hok besar kat wall restoran Mat Rock ni menunjukkan
empat menu utama kat restoran ni..

Haa..terjawab sudah hok sapa extra sepinggan nasi tadi kan..
hehe..Abang ada bela ke bang..hoho..

Dah kenyang, baru pi bayar..

 Total kami makan hari ni..
Tahun depan baru datang lagi, kihkih..bajet makan sekali sekala je..

Kalau anda peminat nasi ayam goreng kunyit, bolehlah datang makan sini.Restoran ni memang bersih, waiters dia pun bagus dan ramah.Lagi satu kalau anda juga suka akan masakan yang pedas, sambal nasi ayam goreng kunyit ini memang dapat memenuhi selera anda:)

Yang bestnya, depa jugak ada buat perkhidmatan Delivery nasi ayam goreng kunyit ni.Minima order kalau nak buat delivery ni 10 pack.Kalau order lebih 20 pack dapat satu pack percuma.Oklah tu, kot anda dengan kawan satu office malas nak keluar cari tempat makan, call je Delivery Ayam Goreng Kunyit Mat Rock.yeahh.Kenyang pun kenyang, sodap apatah lagi..kann..

Nah, ni nombor Delivery kalau nak order..:)
( Harap Abang Mat Rock boleh jemput saya datang restoran 
buat review food pulak ya..kihkih..)

Orait, thanks for reading this entry:) sampai jumpa lagi!

Post a Comment

0 Comments