Friday, March 03, 2017

Tips Dan Cara Mudah Buat Cup Cake Coklat Moist

Dengan Bismillah,
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Terasa lama pulak saya tak update resepi cuba buat sendiri ( omputihnya kata Do It Yourself ). Sebenarnya saya tetap masak macam biasa cumanya tak sempat nak kongsi lagi dalam blog kecik ni.Yelah, saya ingatkan bila start cuti sekolah, maka akan cutilah semuanya.Err..kononnyalah kan.

Padahal tak sedar tu, time cuti sekolahlah anak-anak pakat buat sekolah sendiri kat rumah.haha.Bajet macam ada anak sorang.Dan anak sorang tu baby lagi.kehkekh.Saya hanya sepenuh masa di rumah mulai minggu ketiga cuti sebab minggu pertama cuti masih ke sekolah dan kena bagi siap dan setel semua report tahunan bagai.

Orait, kek coklat kukus moist ni saya buat beberapa minggu lepas sebelum cuti sekolah.Kali ini bukan anak-anak yang teringin makan kek coklat tapi mama depa yang sorang nilah tetiba teringin makan kek coklat versi cup cake dengan topping bagai.hoho.

Kek Coklat Moist Kesukaan Famili
Bab kek coklat moist ni, memang feveret saya anak beranak.Tambah lagi kalau dapat makan dengan topping yang meleleh tu kan.Jom saya belanja gambar kek coklat kukus moist versi cup cake saya.Tak jugak cup cake sangat sebab saya belasah guna container yang biasa orang buat letak dadih tu.hhehe.Asal bahagia takpelah dik oii.

Cup Cake Coklat Moist Paling Sedap dan Mudah
Memang tak dapat nak nafikan keenakan bila kita dapat makan dan rasa kek coklat yang kita buat sendiri.Dapat pulak resepi yang memang mudah dan sedap.Hmm..inilah hasilya!Kalau nak resepi buat cup cake coklat ni boleh tengok dekat sini : Resepi cup cake coklat kukus moist-

Suka tak tengok cup cake ni?Comel je kan.Tu belum rasanya lagi yang moist dan yummy!

Cup cake ni saya guna resepi yang saya biasa guna dan saya dah kongsi pun dalam blog ni.Memang mudah nak membuatnya walaupun kita baru kali pertama mencubanya.:)

Kalau setakat sebiji cup cake ni, boleh tahan lima minit je kenyangnya.hahha.Mahu dua tiga biji makan baru puas hati kann.

Saja tunjuk close up sikit.Kalau bab deco cup cake nampak gayanya saya memang failed lagilah..



Kek Coklat Kukus Moist Dalam Container Dadih
Yang ni pulak saya buat dalam container dadih.Puas hatilah jugak bila boleh makan puas-puas anak beranak.Sebab tu saya suka buat sendiri kat rumah.Kalau beli dekat luar, mahu habis dua tiga puluh hinggit hanya nak layan cup cake yang ciput ni kan.Tambah lagi saya ni bukan setakat dua tiga orang anak beb, sebelah tangan tu..Alhamdulillah jelah kan.Syukur..:)

yang ni saya baru tuang adunan kek coklat kukus moist dalam container
tak boleh isi penuh, karang melimpah cup cake akhkak..kihkih..

Kan dah kata tadi.Nampak gebu dan kembang elok je kan cup cake coklat moist ni.Bab rasa tak payah cerita.Ramai yang guna resepi ni dan bagitahu kek coklat ni memang sedap dan moist.

Yang ini saya dah siram topping.Dah tabur coklat rice juga.Tapi nampak kedekut sikit part coklat rice tu sebab dah tu je bajet yang ada.hihi.

Sebenarnya tak tahu teknik curah topping dalam container ni.Saya guna sudu kecik je time curah topping tu.Tu yang nampak tak smooth tekstur coklat topping dia.Haih.amatur betul bab deco kek ni.

cup cake yang ni belum tabur coklat rice lagi.saya letak yang colourful rice dulu.Tak boleh letak banyak-banyak.jimat beb.kedekut tau.haha.

Yang ni dah kenapa? Tulah pasal.terkejut I tengok dia merekah kat tengah-tengah tu.Inilah istimewanya buat resepi DIY kat kitchen kita kan.Ada ke chef femes nak tunjuk pic yang macam ni semua? Takde kan.Kat blog Akhkak je you all jumpa ni semua.kehkeh.

Ada jugak beberapa kali saya tengok CD ni tentang tips dan cara buat cup cake sendiri di rumah.Kalau anda berminat atau ada hasrat nak buat part time jual cup cake, panduan yang saya kongsikan ini pasti dapat bantu :Panduan Buat Cup Cake Di Rumah-Sila klik.

Orait semua readers, terima kasih baca sampai habis cerita buat kek coklat sendiri saya ni.Moralnya kalau benda yang kita boleh buat sendiri dan ada kemampuan, buat jelah kat rumah tu.At least anak-anak pompuan kita tu tengah learn how mum should do at home.ceh gitu.:)-

1 comment:

Sila kongsi Komen anda disini dan terima kasih atas kesudian singgah membaca post dalam blog ini- Semoga ada manfaatnya kepada anda semua:)