Monday, March 20, 2017

Tips Dan Cara Mudah Buat Kerabu Taugeh Dan Pucuk Ulam Raja Yang Sedap

Dengan Bismillah,
As Salam dan Salam Sejahtera,
Tips Dan Cara Mudah Buat Kerabu Taugeh Dan Pucuk Ulam Raja Yang Sedap-Haih.Panjang pulak tajuk post akak kali ni.haha.Orait,minggu lepas, akak balik kampung Encik Suami di Muar, Johor.Part balik kampung yang best ni bila mak muar ( mak mertua den) akan tanya nak makan apa?Akak bajet menantu hantu ni.kehkeh.

Akak request kat mak mertua nak makan kerabu :)

Biasanya Encik Suami akan ke pasar dengan mak, akak tukang pesan je.Saja biar anak dengan mak together pi pasar sama-sama.Asalnya nak makan kerabu taugeh dengan daun selom, tapi balik pasar mak bagitahu daun selom takde, pasrah jelah.Pucuk ulam raja pon boleh mak.Kita buat dia kann.

orait, ni rupa pucuk ulam raja, kot bila-bila ekau nak mintak suami pi pasar dan dia tak tahu
rupa ulam raja macam mana, ko tayang pic ni kat dia okeh.haha.

Kebetulan masa request nak makan kerabu atau orang jawa panggil urap atau keluban ni, ada pucuk daun ubi muda kat tepi rumah mak, maka abah pun petik sekali dan masukkan juga dalam kerabu yang kita orang plan nak buat.

Yup, abah mertua akak pun tolong petik daun pucuk ubi dengan siap bersihkan sekali dik oi.Kalau nak buat kerabu, daun pucuk ubi tu ekau kena celur dulu dik.Karang serupa kambing pulak ko makan daun pucuk ubi yang belum masak.kihkih.

Ini antara bahan utama nak buat kerabu taugeh dan pucuk ulam raja. Mestilah kena ada pucuk ulam raja,taugeh yang dah cuci bersih, daun pucuk ubi yang dah dicelur, ikan bilis goreng, bawang putih, cili padi dan cekur. Pic kelapa parut tak masuk lagi sebab tengah diparut.Jap lagi akak tunjuk ok.

Cekur Dalam Masakan Orang Jawa
Satu lagi tips nak bagi kerabu korang mantap, boleh masukkan buah cekur atau orang jawa panggil kencur.Akak rasa kerabu orang jawa je yang ada letak buah cekur ni.Rasanya dan baunya memang fresh.Tambah-tambah kalau kita masak lemak cili api, tumbuk sekali buah cekur ni dan hiris nipis daun cekur, memang meletup lemak cili api korang dik.Gerenti!

Tapi akak tahu, ada jugak yang tak suka bau buah cekur ni.Ikut koranglah.Kalau family atau ada kalangan family ko yang tak suka dengan bau atau rasa cekur ni, baik ko lupakan jelah.Biasanya kaum kerabat jawa macam akak ni je yang suka cekur segala bagai nih.hoho.

ikan bilis tu kita kena goreng dulu supaya kerabu kita lebih lemak, masin dan tahan lama.Cili padi tu kalau ko tak suka pedas, ko letak jelah dua tangkai cili, karang anak-beranak beratur depan toilet.Bagi family akak, kalau tak pedas, takde ummphhlah kerabu korang..muehehe.

Tiga sayuran utama kerabu kita iaitu pucuk ulam raja, daun pucuk ubi dan taugeh.

nampak tak rupa buah cekur tu.Kalau ada daun dia sekali pon boleh ko masukkan dalam
kerabu yang ko nak buat.

orait, ni complete set bahan kerabu taugeh plus ulam raja dan pucuk ubi kita.
nampak tak kelapa parut kat tengah-tengah tu,Yang kat atas tadi takde pic kelapa parut tu.

pastikan kita tumbuk dulu bawang putih, ikan bilis goreng, buah cekur dan cili padi tu ya.
Tak payah dok gediks nak blend bagai.Tumbuk-tumbuk sudah.

Lepas tumbuk bahan tadi, kita masukkan dalam bekas yang ada kelapa parut.
Kasi gaul bagi rata.Masa ni boleh masukkan garam dan gula sesedap rasa je.

ok, yang ini bahan tumbuk dah sebati dengan kelapa parut.Kalau boleh nak bagi kerabu kita rasa lemak dan sedap, gunalah kelapa yang muda dan ambil yang bahagian putihnya sahaja.

kita gaul dulu pucuk ubi yang dah dicelur tadi.Jangan pulak ko tabur semua sayur tu dalam satu bekas.Jenuh pulak karang ko nak gaul bagi rata.

Kalau rajin, pucuk ulam raja tu boleh je ko hiris halus, tapi mak mertua akak kata kita ramas dan patah-patahkan sendiri dengan tangan pun ok, daun tu pun lembut je.

last sekali barulah kita masukkan taugeh.

yay! dah siap kerabu taugeh plus ulam raja dan pucuk ubi kita.

Dah siap.Mudah je kan buat kerabu taugeh ala jawa ni.Lepas ni takde alasan kalau suami korang 
mintak buatkan kerabu taugeh. Sebenarnya sayur ulaman itu boleh ikut kesukaan kita.
Kita buat dia kann.haha.

Siap je kerabu taugeh ni, akak dengan anak bujang mertua akak terus je ngap kerabu ni.Sedapnya la hai.Makan gitu je pun.Ni kalau dapat makan dengan nasi panas, memang meletop beb!Dah, jangan buat muka malas, pi dapur ko sekarang, buat kerabu ni,lepas tu, hantar komen kat blog akak ni, jadik ke tak kerabu korang.

Terima kasih baca post Kerabu taugeh ulam raja dan pucuk ubi akak ni ya!Semoga dapat beri manfaat dan bantu readers buat kerabu yang sedap.yeahh.

RANDOM POST :

5 comments:

  1. tq sis sudi share,nampak sedap :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, cuba dulu dan insha Allah sis akan suka akan rasanya..:)

      Delete
  2. Tenganga la tgk entri akak. huhuhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheh...ternganga sebab tengok kerabu tu ke..?

      Delete
  3. resepi kerabu taugeh dan ulam raja:)

    ReplyDelete

Sila kongsi Komen anda disini dan terima kasih atas kesudian singgah membaca post dalam blog ini- Semoga ada manfaatnya kepada anda semua:)