Resepi Dan Cara Paling Mudah Buat Kek Pisang Kukus Moist Yang Sedap

Dengan Bismillah,
As Salam dan Salam Sejahtera,
Cara Paling Mudah Buat Kek Pisang Kukus Moist Yang Sedap-Kali ini gigih akak siapkan entri cara buat kek pisang yang moist dan sedap setelah sekian lama akk dok perhati je geng-geng masak kat facebook dan instagram tayang kek pisang depa yang sangat meletup! phew.Itu belum lagi yang buat jualan kek pisang.Hari-hari akak dok tengok gambar je.Tak boleh jadi ni.Mesti nak cuba buat juga dan dapat makan kek pisang air tangan sendiri.yay! 

Kek Pisang Kukus Moist, Gebus dan Sedap by Cik Matahariku-ehem!

Sebenarnya, ada cerita dengan pisang ni.Anak kelima akak, suka betul dengan segala mak nenek pisang.Setiap hari balik sekolah, masuk je pintu kereta ayahnya, dia akan mintak roti jagung atau pisang.Setiap hari, okey!pheww.Kakak dan abangnya mestilah fed up kan.muehee.Si bapak pulak, tak kanlah nak beli pisang dua tiga biji je, paling tidak pun mesti kena beli satu sisir kan.

Sudahnya, gigihlah si Mama yang tak pernah buat sendiri kek pisang ni, cari resepi nak buat kek pisang.Kek pisang je pun.haha.Selalu pisang yang tak habis, akak buat cekodok pisang je.Tapi kali ini akak cuba nak buat kek pisang sendiri.yeah.

Cara Paling Mudah Buat Kek Pisang Kukus Moist Yang Sedap
Macam biasa, akak try kongsi cara buat kek pisang dengan step by step.Akak buat post masak-masak dalam blog ni bukan sebab akak dah terror dan nak menunjuk-nunjuk, akak sangat memahami kat mak-mak yang takde pengalaman buat kek pisang macam akak ni.nervous kot.Entah jadi ke idok kek pisang aku ni nanti.kehkeh.

Orait, ni bahan-bahan yang akak guna nak buat kek pisang ni. Akak guna pisang berangan 4 biji, telur gred c tiga biji, tepung dua cawan, minyak masak satu cawan, gula pasir satu cawan, baking powder dan Soda bikarbonat satu sudu teh.Botol kecik tu esen vanilla.Akak kalau buat kek yang ada telur, memang suka letak esen vanilla ni. Blender seketul tu akak guna buat blend.Malas guna mixer sebab ikut resepi kata blend pon boleh.heheh.

Resepi Kek Pisang Kukus Moist Yang Sedap
Sumber resepi : klik SINI
Bahan-bahan kering
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • ( Ayak semua bahan di atas dan satukan )
Bahan untuk diblend
  • 4 biji pisang berangan (kalau tak de, gantikan dengan pisang emas dalam 7-8 biji)
  • 1 cawan minyak (akak guna minyak masak)
  • 1 cawan gula (akak guna gula pasir,nak lagi sedap separuh gula putih, separuh gula perang)
  • 3 biji telur
  • ( blend semua bahan di atas)

Cara penyediannya
1.Bahan tepung disatukan lalu diayak dan dimasukkan dalam bekas besar. 
2.Kemudian tuang bahan yang dah diblender ke dalam bekas tepung tadi.
3.Kaup balik tepung dan bahan blender hingga sebati.
4.Alaskan loyang dengan kertas minyak.Tuangkan adunan dan bakar pada suhu 170c selama 1jam atau sehingga kek masak. Kalau kukus, dalam 45 minit
5.Cucuk tengah kek dengan lidi (kalau lidi bersih tanda kek dah masak) .
6.Dah sejuk sedia dihidangkan.

Cara penyediaan Kek Pisang Kukus Moist Yang Sedap

mula-mula ekau blend pisang, gula pasir, minyak masak, telur.Akak sumbat je semua sekali dalam blend tu.Dah akak kata resepi ni memang paling senang beb! Akak memang suka bab ikut resepi yang senang-senang ni. Pisang tu jangan pulak ko masukkan sebiji sejebon dalam blend tu, karang tak mau pusing pulak blender ko tu.Ekau potong bulat-bulat macam akak buat tu.Nampak sopan sikit kan.muehehe.

yang ni akak dah siap ayak tepung gandum dengan baking powder dan soda bikarbonat.
Lepas ekau dah blend pisang and the geng tadi, ko tuang je semua tu dalam bekas tepung yang kau dah ayak tadi.mulanya dia memang berketul-ketul.Tapi jangan panic.Ekau kacau je dengan spatula sampai adunan tu dah tak berketul-ketul okay!Buang sikit lomak kat lengau ekau tu.muehehe.

Ni ha hasilnya selepas akak mengacau-ngacau adunan kita dengan spatula tadi.Kann.sonang je.Tak payah ko nangis sebab Abg Haji ko tak belikan mixer kat rumah, kita buat dia dik.Dalam pada tu, ekau jangan lupa pulak didihkan air kukusan ko.Dah kata nak buat kek pisang kukus!

Orait, akak tengah didihkan air dalam pengukus. Bila air tu dah mendidih, barulah nanti ekau masukkan loyang yang ko letakkan adunan kek tadi.Apa ke halnya akak pakaikan penutup pengukus tu dengan kain kak?macam pakai tudung pulak pengukus akak ni.Hey dei! akak buat macam tu supaya air kukusan tu tak jatuh kat atas kek pisang kita nanti.Karang ko tuduh akak  bagi resepi tak betul kalau kek ko mendap lah apalah..huh!

Sebelum tuang adunan kek pisang tadi dalam loyang, ko boleh alas dengan kertas minyak supaya kek ko tak melekat kat loyang dan senanglah nanti nak keluarkan dari loyang. Akak malas nak letak kertas minyak bagai, akak tenyeh je loyang tu dengan marjerin yang ada kat rumah.setel.Tunggu sekejap ya.Kejap lagi kita masukkan  loyang dalam pengukus tu.

sementara tunggu air pengukus ko mendidih, kita hias sikit kek pisang kita dengan potongan pisang berangan yang cute ni ya.haha.Barulah nampak semengah sikit kek pisang kukus akak nanti.Mak mertua den tengok pun, sejuk mata memandang.kihkih.

orait, ni rupa paras kek pisang akak yang baru je akak angkat selepas dikukus selama 45 minit.puas hati tak dengan resepi yang akak kongsi ni? terbaik beb! kan naik kembang cantik kan kek pisang ni.Ko jangan dok gelakkan akak pakaikan tudung kat pengukus akak eh.Ni resepi fakta bukan auta okey!

Nah, close up sikit.First time akak buat kek pisang kukus ni tau! macam tak caya pulak den ado bakat terpondam buek kek pisang kukus.Alhamdulillah.Syukur akak tak membazir.Kalau tak jadi tadi, segan beb!Mana akak nak letak kek pisang akak kann.huhu.

yang ni akak dah keluarkan dari loyang.Nampak kegebusannya kann.terima kasih banyak-banyaklah kat orang yang kongsi resepi ni.semoga Allah berikan dia kebaikan yang lebih banyak sebab bagi kita resepi yang boleh diikut.aamin.

Nak bagi puas hati kat korang, akak siap potong bagai kek pisang ni tau.Nak korang tahu yang resepi ni memang bagi kita kek pisang yang moist, sedap dan rasa macam kek pisang versi bakar yang kita jumpa kat kedai tu.Entah-entah depa yang jual tu pun guna resepi ni.mana tau kann,hihi.

Cuma bagi akak yang tak berapa kuat manis, kalau akak nak buat lagi lain kali, akak akan kurangkan sukatan gula kepada separuh cawan je.Macam manis sangat pulak kat lidah akak kek pisang ni.Yelah, kita baru cuba  buat, mana kita tahu kan.

syukur.semuanya dipermudahkan semasa akak buat kek pisang kukus moist ini.Selamat mencuba readers semua:)Kalau korang buat jadi, kongsi kat ruangan komen kat bawah okey!

Thanks reading this entry!Semoga dapat beri manfaat yang banyak kepada sesiapa yang baru nak belajar buat kek pisang kukus-Doakan akak sekeluarga diberi kesihatan yang sempurna dan dapat menunaikan ibadah dengan lebih baik.aamin:)

Post a Comment

35 Comments

  1. menarik resepinya tidak banyak dan mudah.(^_^)

    ReplyDelete
  2. betul tu ucing, bila kita dah buat sendiri barulah puas hati.rasanya memang moist dan sedap!cubalah resepi ni..:)

    ReplyDelete
  3. Terima kasih banyak kak sudi share resepi Nina.
    Tumpang happy lompat bintang nengok kejadian cantik terlajak gebus kek pisang akak.. Tahniah kak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama sis:) Resepi sis memang yang terbaik, menjadi dan senang nak ikut.Tahniah ya sebab kongsi resepi yang berguna kepada pembaca..

      Delete
  4. Terima kasih atas perkongsian resepi.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah tkasih resepinya. Mlm tadi akak try buat kek minyak kukus, ya Allah cantik sungguh kejadiannya. Ribuan tkasih perkongsian resepinya, semoga Allah balas dgn kebaikkan, aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. slm sis, terima kasih sudi cuba resepi dlm blog ini.Kebanyakan resepi yg saya kongsi, biasanya saya dah buat sendiri supaya mudahkan saya nak kongsi dengan readers semua:)

      Delete
  6. Salam..
    Terima Kasih kongsikan resepi nie.. sangat bermanfaat..
    Wah, nampak nya penerangan cukup menghiburkan . cuma nak kepastian lagi, esen vanila tu bila nak campurkan..? dan brapa banyak nak guna..?

    hehe.. terima kasih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. As slm, terima kasih singgah blog ini☺️esen vanila boleh masukkan bila kits dah gaul sebati bhn blend dgn tepung.. maaf, kl resepi tk lengkap..

      Delete
    2. esen vanila tu biasa akk letak satu penutup botol dia je..

      Delete
  7. MOHON KEBENARAN COPY RESEPI NI YE

    ReplyDelete
  8. sis...sy copy resepi n try buat..mmg sedap sis..gebu je keknye..mintak halal resepi ye sis

    ReplyDelete
  9. Sdap mnjadi rspi ni.tq kak coz sdi kngsi resepi ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, pandai sis buat ikut resepi dan menjadi:) great job!

      Delete
  10. YUZIE YAHAYA @ JITRA
    Alhamdulillah...Tkasih Sis sbb kongsi resepi yg sedap & mudah ni,ptg ni 2 biji kek pisang kukus sy sempat buat, sedekah utk sedara mara & jiran. Memang menjadi kek yg sy buat ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, terima kasih sudi cuba resepi dlm blog ini:) bagusnya buat kek dan sedekah kat jiran-jiran, mesti depa semua happy kann:)

      Delete
  11. Menarik dan nampak senang. Dah lama tak buat kek pisang. Sebelum ni byk kali buat masa bujang. Tapi, keras dan mengecewakan. Sejak kahwin anak sorang ni lama tak ber kek. Kat dapur banyak jugak pisang yang dah masak hasil tangkapan balik kampung beraya baru ni. Boleh lah try petang nanti. Thanks ye Cik Matahari share resepi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, saya pun buat kek pisang ni kalau ada pisang kat umah je..hihi..ramai yang dah cuba resepi ini dan menjadi, bolehlah sis cuba nanti ya..:)

      Delete
  12. Nampak mcm sis guna susu pekat 1 cawan

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu sebenarnya minyak masak sukatan satu cawan..:)-

      Delete
  13. Replies
    1. alhamdulillah, tahniah kerana kek menjadi, terima kasih cuba resepi di blog ini:)

      Delete
  14. Alhamdulillah terima kasih sis ..kek saya menjadi

    ReplyDelete
    Replies
    1. great! tahniah kerana kek menjadi..mesti happy kann..hehe..

      Delete
  15. Terima kasih atas resepi. Dah buat dan menjadi. Sangat gebu dan sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, terima kasih cuba resepi di blog ini:)

      Delete
  16. Alhamdulillah....resepi ni sgt senang... kek pun menjadi....rasa pun sedapppp... terima kasih sbb share resepi ni... yeayyyy

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama, sy memang suka buat resepi yang senag-senang je..hihi..tq try resepi ni..

      Delete
  17. Terima kasih kak..baru jer cuba resepi akak ni..first time cuba buat kek pisang menjadi juga hehe anak² pun suka sbb moist.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, tahniah berjaya buat:) bagi akk kek pisang yang sedap mestilah moist, kalau kering memang kurang sedap..kann..

      Delete
  18. Ok nnt nak cuba. Memang tengah resepi mencari kek pisang kukus yang mudah. Thanks.

    ReplyDelete
  19. Jadi..tqvm..homescholl hari ni buat ngn anak2

    ReplyDelete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!