Dengan Bismillah,
As Salam dan Salam Sejahtera,
Ini pula versi terkini, saya buat Burger Malaysia yang sedang viral sekarang ini.(update tahun 2021)
As Salam dan Salam Sejahtera,
Cara Mudah Buat Burger Malaysia @ Pau Sambal Yang Gebu Dengan Inti Yang Sedap- Teringat nostalgia zaman sekolah dulu, pau sambal nilah yang jadi favourite akak time beli kuih kat kantin sekolah.Time tu pulak, resepi makcik kantin tu, kalau dia buat pau sambal punyalah besar, gebu dan sambalnya memang terlajak sedap beb!walawehh.
Pau Sambal gebu dengan inti sedap by Cik Matahariku:)
Tak tahu nak kata apa, tapi cerita pau sambal kali ini ada kaitan dengan anak akak yang ke-4, Si Amsyar Iman.Minggu ini akak cuti panjang sebab menjaga anak yang kecil yang kena jangkitan Chicken Pox, Amsyar cuti juga sebab sekolah taskinya turut ditutup sementara kerana kes jangkitan chicken pox yang melebihi dua kes.
Bila nak siapkan breakfast pagi, akak akan tanya dulu Amsyar atau panggilan dalam keluarga kami Abang, dia nak breakfast apa? Dia bagitahu, mama dah lama tak buat pau sambal.Eh..eh.But gud news untuk budak Amsyar ni sebab baki sambal tumis nasi lemak semalam ada saya simpan dalam fridge.
Biasalah budak-budak ni kan, manalah depa ni nak makan timun bagai, jadi akak tukar timun dengan telur rebus.Akhirnya jadilah pau sambal akak kali ini pelik sikit walaupun asalny akak nak letak timun dan telur rebus.pheww! macam tu baru mantap!heehee.
Pau sambal ini di kenali juga sebagai burger Malaysia
Resepi Pau Sambal Yang Gebu dan Lembut
Oleh Cik Matahariku
Bahan adunan doh Pau:
Bahan-Bahan Untuk Doh ( dapat 20-24 pcs)
5 cawan tepung gandum
2 sudu besar buttercup/ marjerin/planta
2 sudu besar gula halus
1 biji telur ( tak letak pun boleh jika alergik telur )
1/2 sudu teh garam
Bahan-bahan Untuk Yis ( Kembangkan yis)
1 paket instant yeast 11g
2 sudu makan gula halus
2 sudu makan susu pekat/ susu cair
1 cawan air suam
Cara dan Petua Mudah Menyediakan Pau Yang Lembut dan Gebu
Cara Menyediakan Kuih Burger Malaysia yang sangat sedap dan lembut gebus
1. Sediakan bahan-bahan untuk kembangkan yis.Campurkan semua bahan dan biarkan sehingga yis berbuih.Jika Yis tidak berbuih ia menunjukkan yis sudah tidak elok digunakan atau sudah expired.
2. Dalam bowl lain, masukkan tepung gandum dan bahan-bahan untuk buat doh.
3. Selepas yis dah kembang atau berbuih, masukkan larutan tersebut sedikit demi sedikit ke dalam tepung.Uli tepung hingga sebati.Saya guna mixer untuk uli doh supaya lebih cepat lembut dan gebu.
4. Apabila doh sudah lembut dan elastik, biarkan sehingga 40-45 minit atau sehingga doh mengembang dua kali ganda. Balut bowl doh dengan plastik wrap atau penutup yang sesuai. Jangan pula biarkan doh mengembang melebihi masa, ia akan menjadi lembik dan menyerap minyak apabila digoreng.
5. Selepas doh mengembang dua kali ganda, boleh bulat-bulatkan doh mengikut saiz yang dikehendaki.
6. Biarkan doh yang sudah dibulat-bulatkan tadi mengembang sekali lagi dalam sekitar 20-30 minit.
7.Kemudian, panaskan minyak dengan sukatan agak banyak supaya doh Burger Malaysia kita dapat digoreng dengan cantik.Gunakan api perlahan supaya isi dalam masak elok.
8. Bila sudah kekuningan, angkat dan toskan minyak
9.Bila sudah sejuk, boleh belah dua pau (jangan belah sampai habis) dan masukkan inti sambal tumis, timun dan hirisan telur rebus, salad atau ikan bilis goreng.
Yang bestnya dengan resepi pau sambal ni ialah bila dah sejuk pun dia maintain lembut je.
Bahan-Bahan untuk buat Inti Pau Sambal:
- 100gram cili kering yang telah digunting,direbus.
- 3 ulas bawang merah.
- 2 ulas bawang putih
- garam secukup rasa
- 3-4 sudu gula pasir ( ikut kesesuaian)
- 1 sudu asam jawa adabi.
- segengam ikan bilis
- minyak masak untuk menumis
- 1 ulas bawang besar dihiris nipis.
Cara memasak sambal Untuk Buat inti Pau
- blender atau tumbuk bawang merah, bawang putih, ikan bilis sehingga lumat.
- Hiris bawang besar.
- Panaskan kuali, masukkan dulu bawang besar yang dihiris tadi.
- kemudian bila dah naik bau bawang besar tadi, masukkan bahan kisar dan biarkan sampai naik minyak.
- Masukkan gula,garam,asam jawa.
- Biarkan sehingga betu-betul dah naik minyak, kemudian tutup api.
Langkah Demi Langkah Buat Pau Sambal yang Gebu dan lembut.
Bahan-bahan yang digunakan untuk buat pau sambal yang gebu dan lembut
air dalam cawan tu jangan ko tuang semua dalam bekas doh tu pulak.Tu sample je akak guna air untuk canai doh ni nanti.Akk cuma guna suku je air dari dlm cawan tu.
Dah siap uli doh pau sambal kita.Kalau ko nak tahu doh kita dah okey ke belum, bila kita uli tu sampai tangan kita dah takde lekat dengan tepung tu kira oklah tu.Bekas doh ni pun dah licin kan.
lepas kita biarkan doh ni dalam 30-40 minit, dia akan mengembang seganda dari yang asal.
Dengan resepi ini korang akan dapat dalam 15 ketul pau sambal yang sederhana saiznya.Masa ni akak baru siap bentukkan doh ni.Pau sambal ni pun tak naik gebus lagi.
ni hasilnya bila pau semakin mengembang.
bila pau dah mengembang cantik, kita dah boleh mula mengorenglah jawabnya.
Goreng pau ni dengan api sederhana dan minyak yang penuh supaya pau masak rata dan warnanya juga nanti sekata selepas digoreng.
orait, comel-comel je kan pau sambal akak..heheh..sebabnya orang yang request ni pun comel ya amat..haha.Ikut korang nak goreng sampai macam mana, akak suka warna keemasan yang macam ni.
Nah, dah siap pun pau sambal kita yang gebu dan lembut dengan inti yang sedap.yeahh.
Selamat mencuba resepi pau sambal gebus akak ni ya!
Alhamdulillah, satu kepuasan bagi akak sendiri sebenarnya bila kita dapat buat sendiri makanan kesukaan kita mengikut cara dan citarasa yang kita suka.Tambah menyeronokkan lagi kalau apa yang kita baru belajar ini, dapat pula kita kongsikan dengan orang lain.
Bagi akak, blog ini memang menjadi medium dan ruang akak untuk berkongsi makanan kesukaan kami sekeluarga.Kalau ada cara memasak atau menyediakan yang tidak sama, anggaplah itu sebagai perbezaan yang membolehkan kita belajar lebih banyak lagi.Insha Allah:)
Orait, sampai sini dulu.Selamat mencuba resepi pau sambal gebu dan lembut.Terima kasih baca post ini dan semoga bermanfaat kepada anda yang memerlukannya.:)
14 Comments
Assalamualaikum nk tnya marjerin tu kan kalau digantikan dgn minyak menjd x.
ReplyDeleteBoleh sis, saya tak pernah cuba, tapi saya tengok orang lain buat dengan letak minyak ganti marjerin, pau depa tetap lembut dan menjadi.
Deletewaalaikumussalam sis, tak pasti pulak kl guna minyk menjadi ke tak.. stkt nk cuba tkde masalah rasanya.. hehe..
ReplyDeleteTerima kasih tecer cik matahariku atas perkongsian resepi.. ��
ReplyDeletesama-sama sis😘dah cuba buat belum pau sambal ni?
ReplyDeleteTq cg insyaallah sy akn try resepi ni
ReplyDeleteselamat mencuba sis:)
DeleteTq sis sedap n menjadi resepi ni sy dh try..😋😘
ReplyDeleteAlhamdulillah, terima kasih kerana percayakan resepi-resepi yang dikongsikan dlm blog ini:)
DeleteinshaAllah, semuanya sedap dan menjadi:)
Tq cikgu atas perkongsian. Tapi rasanya kebanyakan pau sambal yang dijual sekarang takde diletakkan telur rebus. Mungkin nak jimat kos barangkali :)
ReplyDeleteTq teacher. Sy cuba letak minyak, jadi keras. Mungkin terlebih minyak hihi
ReplyDeleteletak minyak dalam adunan ke..?kalau sis ganti butter dgn minyak atau butter dicairkan, doh memang tak jadi.. ikut resepi yg sy bagi ya..😚😚
Deletesusu tepung tu,apa2 susu tepung ker sis?
ReplyDeleteyup, apa-apa susu tepung pun boleh, kalau takde pun takpe.
DeleteThanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!