Tips Dan Resepi Sukatan Cawan Agar-Agar Pandan Santan Dengan Dua Lapisan

Dengan Bismillah,
As Salam dan Salam Sejahtera,
Tips Dan Resepi Sukatan Cawan Buat Agar-Agar Pandan Santan Dengan Dua Lapisan- Alhamdulillah.Kali ini akak berkesempatan untuk kongsikan step by step buat agar-agar pandan santan dengan bentuk dua lapisan.Ehh..kenapa nak jugak dengan dua lapisan tu? kihkih.Akak ni lurus dan skema orangnya.Kalau ko nak buat agar-agar pandan dengan santan, mestilah nak jugak nampak santan dan agar-agarnya gitu.Lainlah ko buat agar-agar tanpa santan kann.Padahal tak salah pon kalau ko buat agar-agar pandan santan, tak nampak lapisnya.muehehe.

Agar-agar pandan santan dengan dua lapisan by Cik Matahariku

Resepi Sukatan Cawan Agar-Agar Pandan Santan Dengan Dua Lapisan
Resepi diolah semula :Cik Matahariku

Bahan-bahan :
  • 1 paket agar-agar tali 20 gm 
  • 5 1/2 cawan air ( 1500 ml)
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 kotak santan kotak 200ml ( akak guna santan kotak brand kara. Kalau nak lapisan yang sikit kurangkan. dan lebihkan santan kalau nak lapisan santan lebih.Kalau ikut sukatan akak, korang akan dapat lapisan yang setara.)
  • 1 biji telur ayam ( Akak hanya ambil putih telurnya sahaja. Masukkan dalam santan dan kocak sikit dengan garfu.
  • Secubit garam
  • 1/2 cawan pati pandan ( daun pandan blend halus)
  • 2 helai daun pandan, dibasuh dan disimpulkan.
  • pewarna hijau dan esen vanila (akak guna satu penutup botol tu je.)
rasa sejuk je tekak kalau dapat makan agar-agar ni time cuaca panas kann..

Cara-cara Menyediakan Agar-Agar Pandan Santan Dengan Dua Lapisan
  1. Masak 1500 air bersama gula dan agar-agar hingga gula larut.Masukkan juga simpulan daun pandan.
  2. Kecilkan api dan masukkan campuran santan bersama telur, garam, pati pandan, pewarna hijau dan esen vanila.
  3. Kacau dan tunggu hingga menggelegak atas api sederhana. Kalau ikut pengalaman akak time buat agar-agar ni, tak payah besarkan api.ko guna api sederhana je.Kalau nak dapat lapisan dan tekstur santan yang tak berkecamuk (haha) maksudnya licin, kita kacau perlahan je.Nanti lama-lama dia akan mengelegak semakin besar.Bila dia mengelegak besar, kau biarkan dalam 1 ke dua minit, dah boleh tutup api.
  4. Sediakan loyang atau bekas untuk kita tuang agar-agar santan ni.Kemudian tuang adunan agar-agar santan dan biarkan mengeras. Boleh simpan di dalam peti ais untuk mendapatkan agar-agar yang sejuk.
haih. jadi jugak agar-agar pandan santan akak nih:)

Step by step Menyediakan Agar-Agar Pandan Santan Dengan Dua Lapisan

akak sukat air sebanyak 5 setengah cawan air untuk masak agar-agar ni. Sukatan air ini akan membolehkan kita dapat agar-agar yang lembut.Sedang elok bila dimakan:)

Masukkan agar-agar, gula dan daun pandan yang kita dah simpul dlm periuk supaya mudah ia larut. Akk guna je rice cooker yang dah tak berapa nak guna..hehe.Janji ko boleh masak agar-agar tu bagi larut dengan gula!

Sukatan air sebanyak 5 setengah cawan atau 1500ml untuk satu bungkus agar-agar tali 20g.

Dah namanya agar-agar pandan, jadi akak nak jugak pati pandan sebenar digunakan dalam resepi ni.Dalam mangkuk tu daun pandan yang kak dah tapis.

Dalam pic pertama tadi, akak tak letak pic telur dan esen vanila juga pewarna hijau.Lupa sebenarnya.haha..Kali ini akak bagi chance depa masuk dlm blog..karang tak jadi pulak agar-agar pandan akak..kihkih.

akak cuma guna putih telur je dalam resepi ni. Nak kurangkan bau telur tu.Encik Husbnd akak memang tak suka kalau buat agar-agar ni tapi ada bau telur tu.Tapi insha Allah, dengan pati pandan dan esen vanilla, agar-agar kita mesti bau fresh je beb!Jangan lupa kacau perlahan telur dalam santan dengan garfu dan juga masukkan secubit garam sekali.

agar-agar akak sedang larut bersama gula dalam periuk akak yang ala-ala rice cooker tu.hehe.Padahal memang rice cooker sejati tu beb!kita buat dia kann..apaadahal..

larutan agar-agar sudah mula mengelegak kecil dan perlahan.Masa ni moment paling penting kena jaga api supaya sederhana dan kita kacau perlahan je larutan ini.

Ini rupa kalau larutan agar-agar kita mengelegak kuat.Kacau dalam 1 hingga 2 minit kemudian tutup api.Masa nilah proses yang tentukan kita akan dapat dua lapisan atau tidak.

 Tuang larutan agar-agar tadi dalam bekas yang ada kat rumah ko.Kalau ko ada acuan yang cun dan berbunga bagai, bolehlah guna.Macam akak ni, akak tuang je dalam bekas container dan tupperware yang tak berapa nak tupperware..haha.setel.kita buat dia dik!

Sebenarnya masa tuang ni kita dah dapat jawapan, sama ada agar-agar pandan santan ko jadi lapisannya ke tak.Macam akak ni, Insha Allah, dah boleh kembang hidunglah kiranya ni.hehe.

Alhamdulillah, inilah hasilnya agar-agar pandan santan resepi akak dengan dua lapisan yang mantap dengan warna hijau yang memikat kalbu.ceh gitu..:)

Sementara Encik Suami balik kerja, bolehlah kita potong siap-siap dan simpan dalam fridge, karang dia balik, sedang elok boleh makan dan dapatlah sejukkan tekak..ecehceh..

Tips Buat Agar-agar Santan Pandan
  1. Sukatan satu cawan gula pasir dalam resepi ini menghasilkan rasa agar-agar yang kurang manisnya. Kira manis buah je gitu.Jadi, kalau korang nak rasa agar-agar yang lemak dan manis, bolehlah tambah sukatan gula ya. Time ko tengah kacau agar-agar bagi larut tu, ko boleh rasa manisnya macam yang ko nak.sonang je kann.
  2. Sukatan 1500 ml air pula dapat hasilkan agar-agar yang lembut tapi tidaklah sampai lembik sampai ko tak boleh potong agar-agar tu.Just nice bila masuk dalam mulut kita.Kalau korang nak agar-agar yang keras sedikit, kurangkan sukatan air ya.
  3. Agar-agar pula, boleh pilih ikut suka ko nak pakai agar-agar yang bertali atau yang serbuk.
  4. Kalau taknak guna pati pandan pun ok je, boleh guna pewarna hijau.Jangan pulak ko bubuh warna biru atau unggu tapi ko panggil resepi ko agar-agar pandan santan, pening pulak mak mertuo ko nak hadam karang.tak payah nak hipster sangat..
Akhir sekali, thanks reading this post!Mintak maaf dan tolong halalkan kalau ada mana-mana bahagian resepi yang akak kongsikan ini tak begitu tepat sebagai rujukan.Sampai jumpa lagi, Insha Allah.

Post a Comment

14 Comments

  1. Suka kalau makan agar agar masa berbuka puasa.(^_^).

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...dh jd kalau ikut tul² resepi n petua cik matahari..tq ya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama sis:)kalau kita rajin buat agar-agar ni, lama-lama step buat agar-agar ni jadi mudah dan simple je pun sebenarnya kann.

      Delete
  3. Tq cik matahariku....alhamdulillah jd dgn cantik sekali...ank2 suka..

    ReplyDelete
  4. Tq cik matahariku....alhamdulillah jd dgn cantik sekali...ank2 suka..

    ReplyDelete
  5. akak ni luculah, terhibur saya waktu baca resepi akak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahha..thanks:) berkongsi dan menulis juga satu terapi buat saya, kalau anda terhibur, saya happy utk you sis:)

      Delete
  6. Masa kecil2 mak saya selalu masak utk saya...xpernah tanya resepi... tau mkn je...
    Terima kasih atas perkongsian cikgu

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama sis:) saya pula mula-mula belajar dulu Encik husband yang ajar..haha..lagi teruk:)

      Delete
  7. nak tanye...klu agar2 santan kita lembik...blh ke kta adjust blik ats dapur?

    ReplyDelete
  8. Sis, sy ada tgk resepi yg sama sis buat ni tp version xde telur. Situ tulisnya agar2 tali 11g, lain2 sukatan adalah sama... sy nk rujuk mana yg paling tepat ye sis

    ReplyDelete
  9. terima kasih bertanya, baru perasan saya tersalah taip dalam entri yang lagi satu, agar-agar tali 20g ya.ikut yang ini.

    ReplyDelete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!