Dengan Bismillah,
As Salam dan Salam Sejahtera,
Resepi Roti Sarang Lebah Sukatan Cawan Dengan Sos Butterscoth-Alhamdulillah.Dah lama saya tengok Roti Sarang Lebah ni viral sejak tahun lepas.Tapi masa tu saya belum teringin lagi nak mencubanya.Kali ini teringin nak cuba, tapi oven pulak buat hal.Ada problem kat fius.So, saya bertabah sahaja buat masa ini dan hanya mampu simpan resepi dulu dalam blog.huhu.
roti sarang lebah dengan sos butterscoth yang enak
dapat makan roti sarang lebah ni time panas-panas memang heaven kann.hehhe.
Bab roti meroti ni memang kesukaan saya sebab saya sendiri suka makan roti, dan anak-anak juga sudah mula ada yang ikut kesukaan saya ini.Ada masa memang mahu mencuba pelbagai jenis roti tapi kadang-kadang perlu cari masa yang bersesuaian.
Resepi roti sarang lebah ini saya ambil dari facebook yang telah dikongsikan oleh saudari Noy Yullan. Nampak sedap roti sarang lebah yang dikongsikan oleh akak ni, jadi saya usahakan pula untuk dikongsikan pula dalam blog saya.
rupa roti sarang lebah yang belum dimasukkan ke dalam oven.
Resepi Roti Sarang Labah Sukatan Cawan
Sumber resepi :FB Noy YullanBahan A
1 cawan air suam
3 sudu besar gula
1 sudu besar susu pekat
3 sudu kecil yis (1 bungkus/11gm)
Bahan B
1 biji telur
3 cawan tepung roti/high protein flour
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar mentega
Bahan C
* 1 biji kuning telur
* 1/4 cawan susu segar kotak atau bancuh
(Satukan dan kocak rata)
Kuaci
Almond flakes
Bijan
Sos Butterscotch
2 cawan gula perang
2 cawan susu cair atau susu segar kotak
2 sudu besar tepung gandum
1 sudu kecil esen vanila
2 sudu besar mentega
Penyediaan sos Butterscoth
Dengan api sederhana, cairkan gula sehingga menjadi karamel. Satukan susu, esen vanila, dan tepung gandum. Kocak rata. Tapis dan masukkan campuran susu tadi perlahan-lahan. Kacau. Masukkan mentega. Kacau lagi. Apabila agak pekat, tutup api.
Jika anda suka akan kelembutan dan kegebuan roti sarang lebah seperti ini,
anda harus mencubanya sendiri di rumah:)
Cara-Cara Menyediakan Roti Sarang Lebah
- Satukan bahan A. Rehatkan sekitar 10 minit atau sehingga berbuih. Jika tidak berbuih, maknanya yis sudah mati atau tidak aktif.
- Satukan bahan B. Masukkan bahan A sedikit demi sedikit sambil diuli. Tambah air mengikut keperluan doh.
- Uli doh sehingga doh tidak melekat di tangan dan mangkuk mixer.
- Sapukan tepung pada tangan. Bulatkan doh. Letak di dalam bekas yang disapu mentega atau minyak. Tutup permukaan bekas. Rehatkan doh sekitar 30-40 minit atau hingga doh naik berganda. Jika cuaca panas, doh cepat naik.
- Tekan doh bagi membuang udara dalam doh.
- Sapu loyang dengan mentega atau minyak. Bahagi dan timbang doh mengikut saiz yang diingini. (Saya buat 24gm). Susun doh. Jangan terlalu rapat kerana doh akan naik sekali lagi.
- Tutup permukaan loyang dengan plastic wrap. Rehatkan lagi sekitar 30 minit.
- Sapu atau sembur permukaan doh roti dengan bancuhan susu dan kuning telur.
- Tabur kuaci, bijan, dan almond flakes.
- Panaskan oven dengan suhu 170'C api atas bawah terlebih dahulu. Bakar doh sekitar 20 minit. (Nota: Suhu dan masa membakar roti bergantung pada oven masing-masing, ya).
- Apabila roti masak, sapu permukaan roti dengan mentega ketika roti masih panas (jika suka). Tuang sos butterscotch dan sedia dimakan.
sos butterscoth yang pastinya menambah keenakan roti sarang lebah
Selamat mencuba 😊.
9 Comments
gebunya tgk! cik timm xpernah lagi buat roti & pastry ni..
ReplyDeletebtw, bihun goreng sedap cik timm follow dari cik matahari tau..mmg dapp
yup! roti sarang lebah ni nampak gebu kann cik Timm:)terima kasih sudi cuba resepi bihun goreng dari blog ini, semoga dapat manfaatnya ya:)
Deleteya allah sedapnya tengok roti gebu sis... terima kasih sharing sis
ReplyDeletealhamdulillah, saya ambil resepi ni dari facebook, memang suka tengok rotinya yang gebus tu..:)
Deletesaya dah cuba roti ni.. sangat sedap. patut la viral
ReplyDeletesaya pernah beli roti sarang lebah ni, tapi masa tu sedikit hampa sebab rasa dan sos yang dibuatnya tak seperti yang saya bayangkan.Lepas ni, saya nak cuba buat sendiri..inshaAllah:)
ReplyDeleteSalam sis..
ReplyDeleteTerima kasih ye kongsi resipi..sy dah buat..sedap lembut gebu..suami & anak2 pon suka😊
Insyaallah next nk try pesipi yg lain pula
'Tambah air mengikut keperluan doh' tu bnyk mana ye? takut terlebih..
ReplyDeleteSaya dah buat Saya masukkan butter ngan telur dlm tepung bergentel2 doh Saya mcm ada biji2 patutnya kena masukkan dlm yus whisk semua sekali … bazir je tepung… haish… so Saya rasa tepung ngan telur campur kan dulu ngan yis baru masuk tepung sikit2
ReplyDeleteThanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!