Cara Mudah Buat Begedil Kentang Homemade Yang Sedap

Dengan Bismillah,
As Salam dan Salam Sejahtera,
Cara Mudah Buat Begedil Kentang Homemade Yang Sedap- Kalau ikutkan ini bukanlah kali pertama saya buat Begedil Kentang di rumah.Cuma sempena cuti-cuti sekolah satu Malaysia ni, saya berkesempatan untuk kongsikan dengan anda semua cara dan tips mudah saya buat Begedil Kentang sendiri di rumah.

cara buat begedil kentang homemade
Begedil kentang dengan bahan yang paling ringkas dan mudah By Cik Matahariku

Maklumlah, anak-anak dara semua sibuk nak menolong, jadi mak dara ni tukang bagi arahan je.kihkih.Askar diraja yang lagi dua ketul pulak dah tak ambik port hal dapur sebab tengah sibuk buat gerak gempur sepahkan rumah.huwaaaa.Bertabahhlah ibu-ibu yang ada anak kecik, tambah-tambah time cuti sekolah panjang ni.mueheheh.

Sebenarnya memang banyak cara kita boleh buat begedil kentang ni.Asalnya dulu, kalau ikut cara mak mertua saya ajar, antara bahan yang digunakan selain kentang ialah bawang, ikan bilis,lada sulah, cili, garam dan juga telur untuk mengoreng.Tapi bila suatu hari, saya tengok kakak Ateh saya buat begedil kentang guna resepi lebih ringkas dan mudah, sedap pulak tu rasanya,Jadi kali ini, saya nak kongsikan cara yang saya tiru kak Ateh saya buat begedil kentang.

Begedil kentang yang dah siap dibentuk oleh anak-anak dara saya:)

Dalam bab resepi dan bahan yang digunakan untuk buat begedil ni, bagi saya takde yang salah atau betul, ikut korang nak buat cara mana.Resepi yang saya kongsikan ini, lebih kepada cara saya sendiri.Kalau suka boleh ikut, kalau tak suka, boleh tengok je.hehheeh.

Resepi Begedil kentang Ringkas Dan Sedap
Sumber resepi : Blogger Cik Matahariku
Bahan-bahan :
Kentang saiz sederhana 10 biji
Bawang Goreng dua cawan
Garam secukup rasa
Lada sulah secukup rasa
Telur gred A dua biji
Minyak untuk mengoreng
Daun Sup jika suka ( Saya tak letak )

Cara-Cara Bergambar Menyediakan Begedil Kentang

Orait, ni bahan asas yang saya gunakan untuk buat begedil kentang.Tak payah susah hati kalau kat fridge korang takde daging hancur atau isi ayam bagai, begedil tetap sedap walau tanpa daging dan ayam bagai tau.hahah.Dah kata resepi ringkas dan mudah kann. Kentang tu kupas bagi bersih dan potong ikut suka asalkan bila kita goreng nanti dia senang masak lah kan.Jangan lupa masukkan dalam tapis untuk sejatkan air selepas kita membasuh kentang tu supaya senang kita nak mengorengnya.

Goreng kentang dalam minyak yang sederhana banyaknya.Saya sengaja guna api besar supaya kentang cepat lembut dan masak, banyak lagi benda lain nak masak kan.kihkih. 

Kalau warna kentang dah kuning keemasan maknanya dah boleh angkatlah tu.Jangan sampai hangus sudahlah ya!karang tak jadi pulak begedil kentang korang.

Kentang yang dah goreng tadi, saya masukkan terus dalam periuk sebab nanti senang kerja menumbuk kentang kita.Nak bagi dia lumat dan lembut supaya sebati dengan garam dan lada sulah.Kadang kalau saya tak berapa rajin, boleh juga blend kering bawang goreng tu.Takde masalah.Lagi mudah nak sebatikan kentang dengan bawang goreng.heh.Lagi satu, pandai-pandai ko lah nak bubuh garam dan lada sulah banyak mana.Macam yang saya buat ini, bajet untuk family besar dan juga untuk simpan juga dalam fridge.Jadi sekali buat tu, terus buat banyak.Jimat masa dan tenaga beb!  

Orait, kerja menumbuk kentang nak bagi lumat ni diserahkan kepada anak nombor tiga,Dia memang dah biasa buat kerja-kerja menumbuk nih.hahaha.Banyak alat ko boleh guna nak bagi kentang ni lumat, sama ada guna anak lesung macam saya, atau guna sudu atau garfu ( tapi makan tahun nak siaplah, atau guna cawan plastik.apa-apalah asal bahagia.:)

Taraa.begedil kentang saya dah siap dibentuk.Encik Ayah depa memang dah pesan awal-awal, kalau nak buat begedil, jangan buat besar-besar.Buat comel-comel je, nanti senang nak ngap gitu.iyolahh.

okey, siap sedia untuk mengoreng begedil kentang kita.Sebenarnya, kalau taknak kentang ni hancur time kita goreng dia, saya akan simpan sekejap dalam fridge sekitar dua jam.Jadi bila kita nak goreng begedil tu, taklah lembik atau lembut sangat.Lagi satu, masa kita bentukkan dia, tekan kuat sikit biar padat dan tak cepat hancur.Insha Allah.

Celupkan begedil ke dalam telur sebelum kita goreng dia.Lepas tu, bila minyak dah panas, boleh masukkan begedil kentang tu.

resepi begedil kentang yang sedap
Yeahhh.Dah siap pun begedil kentang saya yang simple dimple tapi rasanya tetap mantap.Begedil akak tak letak daun sup sebab anak-anak tak suka.Lagi satu, saya buat begedil ni sebab nak buat lawan makan dengan mi sup.Dalam sup ayam tu pun saya dah masukkan daun sup, jadi fair and square lah kann.haha.

Barulah complete bila dapat makan mi sup dengan begedil kentang dan kalau orang Johor, bila makan sup haruslah ada sambal kicapnya sebagai penyeri majlis.eh..eh..

Orait, yang ni baru betul style orang Johorean makan mi sup, ada begedil kentang plus sambal kicap yang pedas meletup.yeahhh.Jemput tengok jelah ya:)

Alhamdulillah, gigih ko kongsi cara buat begedil kentang je pun.hiks.Saya niatkan perkongsian resepi ini kepada readers yang memang baru pertama kali mahu mencuba buat begedil kentang sendiri di rumah.Kalau hampa yang dah terorr tu, tak payahlah nak ikut resepi ni.Entah-entah pejam mata je dah siap.Orait, selamat mencuba Begedil Kentang Homemade Yang Sedap ini ya!

Terima kasih kerana baca post ini dan boleh share kepada rakan taulan yang suka makan begedil kentang:)

Post a Comment

11 Comments

  1. Thanks for your marvelous posting! I quite enjoyed reading it, you could be a great author.
    I will be sure to bookmark your blog and definitely will come
    back someday. I want to encourage one to continue
    your great writing, have a nice holiday weekend!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi! thanks for reading this blog.hope u enjoy..:)

      Delete
  2. may Allah bless you with this wonderful sharing
    aameen

    ReplyDelete
  3. Hai.. thank u for sharing. Senang aka resepi. Bahan pun x banyak. Sedap hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. u re wlcomw sis:) thanks for reading this blog and pls try the recipe..:)

      Delete
  4. Nnt nak trylah. Saya mmg suka kentang so apa2 jer yg melibatkan kentang mmg saya suka. Mekasih kongsi resepi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama, cubalah resepi ni, inshaAllah pasti sedap.Samalah kita:) saya pun suka kalau apa2 makanan yang berasaskan kentang:)

      Delete
  5. Thank you so much kak for this simplest but tasty recipes ! 😆❤️ Semoga Allah murahkan rezeki dan permudahkan segala urusan kak sekeluarga.
    جزاك الله خيرا ✨
    وبارك الله فيكم

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama sis, semoga dapat kongsikan resepi bergedil ni pada orang lain pulak ya..:)

      Delete
  6. Thanks for the easiest resepi bergedil ni. x delah banyak kerja nk buat....

    ReplyDelete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!