Dengan Bismillah,
As Salam dan Salam Sejahtera,
AlHamdulillah, Marhaban Ya Ramadan:) Syukur bertemu lagi untuk Ramadan tahun ini.Seingat saya, inilah tahun yang saya sangat kurang menghadap blog sendiri.Nak kata masa yang padat, tidak juga. Doakan semoga saya direzekikan untuk kembali berblog dengan lebih aktif ya.Masalah kemudahan wifi yang tidak lagi dibekalkan ke kawasan kediaman kami menyebabkan saya jadi malas berblog.huhu.
kuih kaswi gula merah yang kenyal dan sedap kesukaan kami sekeluarga:)
Orait, kali ini, saya dan Encik Suami menziarah mak dan abah ( mertua) kami di Muar, Johor. Selain itu, dapatlah juga kami berbuka puasa dan bersahur bersama dengan orang tua. Mak Muar saya juga berkesempatan mengajak saya membuat kuih kaswi yang asalnya memang feveret kami sekeluarga.Walaupun kuih ni kalau nak makan tu macam lekat lekit sikit, tapi rasanya yang manis, kenyal dan sedap tu memang tak mudah untuk dilupakan.haha.
Memandangkan mak mertua saya ni memang pakar dalam menyediakan segala kuih-muih tradisional, maka haruslah saya kongsikan resepi ini dalam blog buat bekalan anak cucu saya dikemudian hari.ceh gitu.
Resepi Kuih Kaswi Gula Merah Yang Sedap dan Kenyal
Sumber Resepi : Mak Mertua Cik Matahariku
2 cawan tepung sagu ( tepung ubi)
3 cawan gula merah larutkan dalam air panas dan tapis
2 cawan gula pasir
4 cawan air masak
Garam secukup rasa lemak
1/4 sudu kapur makan
Acuan kuih kaswi yang mak mertua saya gunakan untuk buat kuih kaswi
Cara Menyediakan Kuih Kaswi Yang kenyal dan Sedap
- Masukkan semua bahan di atas dalam bekas adunan.
- Kacau sampai sebati dan cair macam nak buat lempeng
- Sapu minyak pada acuan/ loyang yang kita nak gunakan untuk mengukus kuih kaswi
- Tuang bancuhan kuih kaswi dalam acuan
- kukus selama 20-25 minit jika menggunakan acuan kecil sprt dalam gambar dan kukus sehingga 40-45 minit jika menggunakan loyang.
- Untuk rasa yang lebih mantap dan sedap, boleh tabur kelapa parut yang sudah digaul dengan garam.
Langkah Demi Langkah Menyediakan Kuih Kaswi Yang Sedap dan Kenyal
antara bahan yang diperlukan untuk menyediakan kuih kaswi yang sedap dan kenyal.
bancuhan tepung dan semua bahan di atas
tapis bancuhan kuih kaswi supaya kita dapat tekstur yang cantik
Ini pula rupa acuan yang mak mertua saya gunakan untuk buat kuih kaswi.Biasanya mak saya buat guna loyang, kali ini saja buat kelainan gitu.
Sapu minyak pada acuan supaya senang nak keluarkan kuih kaswi nanti.
bancuhan kuih kaswi sudah dituang ke dalam acuan.
ini rupa kuih kaswi selepas diangkat dari dalam pengukus.sedang elok je kejadiannya.
kuih kaswi gula merah ready untuk di ngap..kihkih..
Tips Buat Kuih Kaswi Gula Merah Yang Sedap dan Kenyal
- Antara tips yang mak mertua saya kongsikan supaya kuih kaswi menjadi lebih kenyal ialah penggunaan kapur makan yang sesuai.
- Adunan juga tidak boleh terlalu pekat sehingga menyebabkan kuih kaswi jadi liat dan tak sedap.
- Boleh juga dimasukkan satu atau dua helai daun pandan dalam bancuhan supaya kuih kaswi lebih wangi
- Kelapa parut juga boleh dikukus terlebih dahulu supaya tahan lebih lama.
Bagi saya yang juga penggemar kuih kaswi ni, kalau ikutkan cara buat kuih kaswi seperti yang mak mertua saya ajarkan ni mudah sahaja, tinggal kita nak belajar buat atau tidka sahaja kan.hihi.Harapnya saya dapat buat sendiri kuih kaswi ni di rumah nanti.
Anda pula, boleh kongsikan resepi mak mertua saya ni dan harapnya dapat memberi manfaat kepada sesiapa yang memerlukan resepi kuih kaswi tradisional yang pasti sedap dan memikat selera:) InshaAllah
0 Comments
Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!